Nuffnang Ads

Friday, June 16, 2017

ADAP KAT MANA? HADAPAN PASARAYA JALAN REKO

Assalammualaikum, Salam Negaraku dan Salam Seperjuangan...

Adap kat mana, mungkin kita boleh bahaskan disini dan menghormati setiap kerja sukarela yang mungkin di bayar atau tidak dibayar. Kisah ini berlaku di Jalan Reko, berhadapan dengan pasaraya murah di sini. Perkataan yang dikeluarkan sungguh kesat. Orang melaka pun marah bila sebut nama "Bapak Kau!!!" kepada orang yang sedang menjalankan tugasnya (Alza Putih W2459X). Segelintir anak muda sekarang ini, bila bercakap sedap mulut saja. Ini bulan Ramadhanlah dek oiii...kenapa lah orang-orang kita sekarang nie bila dah nak dekat raya, menjadi-jadi gilanya. Beli barang-barang persiapan nak raya dan pakaian raya buatlah seperti hari biasa. Kekadang tu, sama jer benda-benda yang nak dibelinya. Ini tidak segala peraturan dilanggarnya. Sampai bergaduh-gaduh...pendekarmontel pun tak fahamlah, segelintir orang-orang nie semua, berebut-rebut nak dapatkan diskaun pada malam raya. Dek oii semua tu hanyalah retorik semata-mata saja. Diskaun sampai 80%, tapi hakikatnya kualiti hancuq!!! "Hah!!kan pendekarmontel sampai terkeluar dah cakap penang"!!hehehe. Bak kata Pendekarmontel #ADAPKATMANA...Jom kita tengok video ini;




Sekian.... Salam Ramadhan Al-Mubarak

Thursday, June 15, 2017

JALAN-JALAN KAT JALAN TAR, KUALA LUMPUR

Assalammualaikum, Salam Negaraku dan Salam SeperjuanganKu...

Jalan-jalan kat Jalan TAR. Ini percubaan kali ke-3. 2 kali pergi tak dapat parking. Orang punyalah ramai. Pendekarmontel nak bagi tips kalau nak mai sini, kena ada pada jam 6.30 petang iaitu sebelum berbuka. Ini kerana, waktu orang ramai sedang mencari port untuk berbuka puasa...hahaha. Pendekarmontel baharu saja dapat idea tu selasa lepas...



"Tengok kan tak ramai orang...sebab geng-geng Jalan TAR tengah menjamu selera...hahaha"



"Mamalong tengah cari baju untuk Cik Fatihah A.K.A Cik Teha Pot Pot..hehehe...baju comel-comel lah adik..."



"Singgah sekejap kat booth kain pelekat untuk dihadiahkan pada Ayahanda tersayang A.K.A Pak Gudit@Gajah. Macam-macam brand ada, Wadimor, Gajah Duduk, Atlas, Lagenda Gajah Kerusi, Ayam Serama dll. Dalam botol ada...dalam kotak ada...dalam plastik pun ada...". Adik comel tu kata dia jual sehelai RM29.00, tapi beli 3 helai dapat RM25.00 sehelai...terima kasih adik comel yer...nanti kalau Pendekarmontel nak beli lagi...abang maii kedai adik yer...". Dalam masa sama adik comel tanya jugak...Pendekarnontel dengan Akak Nana keje mana..? " sebab Pendekarmontel pakai baju kerja.." Tips aku bagi ialah...buka SPA Online...InsyAllah berjaya..."


"Hehehe...Tak mau Tak mau!!! Kakak tu kata kat Muaz ada inner...sekali pergi cari...tak der daa..."

DODOL MONTEL, PAK GUDIT , MELAKE


#Assalammualaikum, Salam Negaraku dan Salam Seperjuangan...

#OpenOrder
#DodolMontelNegeriMelakeee
#RM20.00/Sekilo
#PastiSedap
#PastiMembuatkanJuadahHariRayaMenarik
#Wassap #Call #012-6974617
#www.pendekarmontel.com
#MurahJerBro
#MurahJerKakLonggg...
#LastOrder #Jumaat/5.00petang
#ResepiKeluargaGudit
#JomSokongProdukKampung

Sunday, June 4, 2017

NASI KANDAR, KAMPUNG MELAYU, PULAU PINANG...TERBAIKKKK TOQQ...

Assalammualaikum, Salam Negaraku dan Salam Seperjuangan...

Seketika di Pulau Pinang Pulau Mutiara yang penuh dengan kesenian, kebudayaanya yang tersendiri. Syurga makanan yang terkenal sejak dahulu lagi. Wah! Aku dan keluarga tidak ketinggalan untuk merasai masakkan mamak iaitu Nasi Kandar M.R Kampung Melayu,Pulau Pinang.



" Wah!!...Beratur panjang nampaknya...meja pun dah penuh daa.."



" Wah!!...Masih jauh lagi...Lauk nampak menarik..dari jauh dah bau..Sedapnyer.."



" Sempat shoot gambar gua dengan wife dan sepupu gua...haha "


" Wow!!!...banyak jugak lauk..Telur Sotong ada..Ikan Masak Kari ada...Daging Masak Kicap...Telur Dadar...Ayam Masak Kari...Udang perghhh...siki punya besau daa dan banyak lagi..serta ulam ulaman yang berkhasiat...sungguh menyelerakan.."


"Wahhh....sedapnyer sayang...pinggan abang ker sayang punya tu....hehehe"


"Roti Canai pun ada....tengok atas kuali tu...penuh daa..."


"Oder sekepinglah...nampak menarik, ternyata sedap bro..inilah yang dikatan syurga dunia dan syurga makanan di Pulau Mutiara ni. Apa-apa pun, mai datang cuba ok.." Sekian dariku...TQ

LAILA KUDAP KUDAP KINI DI CAFE UNIVERSITI MALAYA

Assalammualaikum, Salam Negaraku dan Salam Seperjuangan



#OpenOrder     
   


#LailaKudapKudap
#RM12.00jer
#Call #Wassap
#0126974617
#Sedap #Ranggup
#KrupKrap
#EmpinganJagung
#IkanBilis
#Kacang
#DisiradenganCiliKering
#Terbaik
#KiniBolehDidapati
#CafeUniversitiMalaya




Friday, May 19, 2017

LAILA KUDAP KUDAP

Assalammualaikum dan Salam Negaraku,Salam Seperjuangan...

#OpenOrder

#LailaKudapKudap
#EmpinganJagung
#Kekacang 
#IkanBilis
#DiSiraDenganCiliKering
#RM12.00/Pack
#Call#0126974617
#www.pendekarmontel.blogspot.com
#JomBeli
#Murah
#Sedap
#Ranggup

#HadiahDisetiapPackBertuah
#TempohPeraduan
#1 Mac 2017 - 1 Ogos 2017
#JanganKetinggalan
#KrupKrap

#JomSokongUsahawanKita

JAM AJU TANPA JARUM

Assalammualaikum dan Salam Negaraku, Salam Seperjuangan...


Ini mungkin kisahku....tapi agak berbeza sedikit dari riwayat hidup yang pernah dialami suatu masa dahulu. Dia adalah aku " AJU"...

Aku hidup dalam keluarga yang agak sederhana. Aku seorang abang kepada 2 orang adik perempuan. Tanggungjawab yang amat besar bagiku suatu ketika dahulu. Aku seorang yang agak optimis dan aktif dari tadika sehingga ke sekolah menengah lagi....

Jiwaku ingin menjadi seorang olahraga negara yang boleh mengharumkan nama negara. Acara balapan adalah acara yang paling aku minati. Aku pernah mewakili negeri dalam Majlis Sukan Sukan Negeri Melaka.

Mungkin anda pernah dengar jenama "Syarikat Minyak Techron". Akan bersambung...