Nuffnang Ads

Friday, August 17, 2012

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 8


Assalamualaikum & Salam sejahtera kawan-kawanku semua

Berikut adalah senarai jawatan kosong terkini :


[+] Jawatan Kosong di Tabung Haji

---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancy-at-tabung-haji-2

[+] Jawatan Kosong di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT)

---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-yayasan-pembangunan-keluarga-terengganu-ypkt-2

[+] Jawatan Kosong di Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA)

---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-perusahaan-otomobil-kedua-perodua-3

[+] Jawatan Kosong di Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana)

---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-syarikat-prasarana-negara-berhad-prasarana-2

[+] Jawatan Kosong di Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)

---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-syarikat-air-negeri-sembilan-sains-2

Pastikan anda lihat tarikh tutup setiap jawatan terlebih dahulu sebelum memohon.

Thursday, August 16, 2012

Rangka Mona Lisa Sebenar Ditemui

rangka-mona-lisa

Click Here

FLORENCE – Beberapa ahli arkeologi kelmarin menemui satu rangka manusia di bawah simen biara Sant’Orsola di sini yang dipercayai mungkin model wanita lukisan Mona Lisa yang dilukis oleh pelukis terkenal, Leonardo da Vinci.

Sebelum ini beberapa rangka tulang manusia juga telah ditemui dalam misi mencari kubur model tersebut yang dipercayai isteri seorang pedagang sutera, Francesco del Giocondo iaitu Lisa Gherardini.

Kerja-kerja untuk mencari rangka Gherardini itu diketuai seorang ahli arkeologi Itali, Silvano Vinceti di biara tersebut pada tahun lalu.
Ia dilakukan selepas dokumen terbaharu yang ditemui mengesahkan Gherardini pernah tinggal di biara tersebut selepas kematian suaminya.

Rangka-rangka manusia itu akan dikaji bagi mengetahui sama ada ia kepunyaan Gherardini.

Selepas identiti rangka manusia itu diketahui, kerja-kerja untuk membentuk semula mukanya akan dilakukan selama dua bulan.
Kebanyakan ahli sejarah bersetuju bahawa Gherardini merupakan model untuk lukisan Mona Lisa.

Lukisan itu dihasilkan antara tahun 1503 dan 1506. Ketika ini lukisan tersebut dipamerkan di Muzium Louvre, Paris.

Rangka Mona Lisa Sebenar Ditemui

rangka-mona-lisa

Click Here

FLORENCE – Beberapa ahli arkeologi kelmarin menemui satu rangka manusia di bawah simen biara Sant’Orsola di sini yang dipercayai mungkin model wanita lukisan Mona Lisa yang dilukis oleh pelukis terkenal, Leonardo da Vinci.

Sebelum ini beberapa rangka tulang manusia juga telah ditemui dalam misi mencari kubur model tersebut yang dipercayai isteri seorang pedagang sutera, Francesco del Giocondo iaitu Lisa Gherardini.

Kerja-kerja untuk mencari rangka Gherardini itu diketuai seorang ahli arkeologi Itali, Silvano Vinceti di biara tersebut pada tahun lalu.
Ia dilakukan selepas dokumen terbaharu yang ditemui mengesahkan Gherardini pernah tinggal di biara tersebut selepas kematian suaminya.

Rangka-rangka manusia itu akan dikaji bagi mengetahui sama ada ia kepunyaan Gherardini.

Selepas identiti rangka manusia itu diketahui, kerja-kerja untuk membentuk semula mukanya akan dilakukan selama dua bulan.
Kebanyakan ahli sejarah bersetuju bahawa Gherardini merupakan model untuk lukisan Mona Lisa.

Lukisan itu dihasilkan antara tahun 1503 dan 1506. Ketika ini lukisan tersebut dipamerkan di Muzium Louvre, Paris.

BERNAS | Hari Raya 2012 (The Journey) TV Commercial Director's Cut (Baha...

Iklan Raya Dari Bernas Cetus Keinsafan Kita


iklan bernas

Mula-mula masuk pagi, seronok membaca kisah Pandelela Rinong menyumbang pingat gangsa kepada pasukan negara.

Alhamdulillah, tanda matlamat sukan negara menuju ke arah yang tepat.

Selepas itu, kawan hantar link Youtube mengenai iklan raya Bernas tahun 2012.

Tajuk link yang kawan tu bagi ialah ‘serius sedey gaban’.

Mulanya penulis fikir..apalah iklan raya syarikat beras nak sedih sangat.

Selepas menonton…wow…ternyata penulis silap.

Jika dahulu iklan Petronas yang terbaik, tidak keterlaluan kalau dikatakan setakat ini untuk tahun ini, iklan Bernas layak diberikan gelaran itu.

Serius…sangat menyentuh hati.

Penulis yakin, terutama wanita atau yang sudah menjadi ibu bapa, yang belum menonton iklan ini, pasti akan menangis atau sedih yang teramat bila melihatnya untuk kali pertama.

Banyak pengajaran dalam iklan yang lebih bersifat sebuah filem pendek itu.

Ia menceritakan kisah dua sahabat yatim piatu istimewa yang berusaha pulang menziarahi pusara ibu salah seorang daripada mereka.

Secara tidak langsung mengajar kita untuk bersyukur dan memperingatkan kita akan nikmat yang diberikan Allah SWT.

Di samping memperingatkan tanggungjawab kita yakni ada anggota dalam masyarakat yang memerlukan bantuan dari kita.

Bagi yang jiwa lembut tu, siaplah kotak tisu kat sebelah tu yea…serius sedey gaban.

(Penulis ulang tengok 4 kali pagi ni sahaja…tahniah Bernas).

Iklan Raya Dari Bernas Cetus Keinsafan Kita


iklan bernas

Mula-mula masuk pagi, seronok membaca kisah Pandelela Rinong menyumbang pingat gangsa kepada pasukan negara.

Alhamdulillah, tanda matlamat sukan negara menuju ke arah yang tepat.

Selepas itu, kawan hantar link Youtube mengenai iklan raya Bernas tahun 2012.

Tajuk link yang kawan tu bagi ialah ‘serius sedey gaban’.

Mulanya penulis fikir..apalah iklan raya syarikat beras nak sedih sangat.

Selepas menonton…wow…ternyata penulis silap.

Jika dahulu iklan Petronas yang terbaik, tidak keterlaluan kalau dikatakan setakat ini untuk tahun ini, iklan Bernas layak diberikan gelaran itu.

Serius…sangat menyentuh hati.

Penulis yakin, terutama wanita atau yang sudah menjadi ibu bapa, yang belum menonton iklan ini, pasti akan menangis atau sedih yang teramat bila melihatnya untuk kali pertama.

Banyak pengajaran dalam iklan yang lebih bersifat sebuah filem pendek itu.

Ia menceritakan kisah dua sahabat yatim piatu istimewa yang berusaha pulang menziarahi pusara ibu salah seorang daripada mereka.

Secara tidak langsung mengajar kita untuk bersyukur dan memperingatkan kita akan nikmat yang diberikan Allah SWT.

Di samping memperingatkan tanggungjawab kita yakni ada anggota dalam masyarakat yang memerlukan bantuan dari kita.

Bagi yang jiwa lembut tu, siaplah kotak tisu kat sebelah tu yea…serius sedey gaban.

(Penulis ulang tengok 4 kali pagi ni sahaja…tahniah Bernas).

Masjid Atas Gunung Di Iran


GAMBAR: Masjid Atas Gunung Di Iran

Masjid yang di atas gunung ini adalah Masjid Al Khidhr (as).

Ianya terletak di atas gunung Nabi Khidhr di Qum-Iran.

Walaupun berada di atas gunung, masjid ini tidak asing bagi jemaah-jemaah islam yang sentiasa berkunjung dan menggunakan masjid ini seperti masjid-masjid yg lain.

source

Bernikah Di Masjid Tayang Tali Bra


Ada sesiap yang tahu tak gambar di mana dan bila ni?

Pelik tak cara berpakaian pengantin perempuan tu?

Ingat kahwin kat gereja ke?

Agaknya tok kadi kalau perasan dan jenis cakap lepas, mahu berkilo-kilo jugak taskirah pra-perkahwinan yang diberikan.

Namun, cakap apa pun tak guna kot, kalau akal jenis ni. Ini tak benda yang tak payah ajar patutnya kalau Islam tu dah otomatik tahu.

Takkan pemahaman tu setakat rambut aje wajib tutup yang lain takpe?

Masalahnya…bebudak kita tu kekadang nak sangat jadi mat salleh, sampai lupa asal usul dan agama yang dianuti.

Sebab itu dah ada kelompok remaja Islam yang begitu asyik menyambut Krismas daripada berpuasa dan menyambut raya.

Konon nampak moden la. Pemikiran bodoh.

Nasib jumlahnya tak ramai.

Inilah contoh pemikiran yang ada, nak sangat jadi American, sedangkan asal usul mungkin Batang Berjuntai, Kuala Selangor aje kot!

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 7


Assalamualaikum & Salam sejahtera kawan-kawanku semua...

Berikut adalah senarai jawatan kosong terkini :

[+] Jawatan Kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-lembaga-hasil-dalam-negeri-lhdn-2

[+] Jawatan Kosong di Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM)
---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-universiti-pertahanan-malaysia-upnm-2

[+] Jawatan Kosong di Bank Simpanan Nasional (BSN)
---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-bank-simpanan-nasional-bsn

[+] Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM)
---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-universiti-teknologi-mara-2

[+] Jawatan Kosong di Pos Malaysia Berhad
---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-di-pos-malaysia-berhad

[+] Jawatan Kosong di Kementerian Pelajaran Malaysia
---> http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-kementerian-pelajaran-malaysia-4

Pastikan anda lihat tarikh tutup setiap jawatan terlebih dahulu sebelum memohon.

Wednesday, August 15, 2012

(Kanak-Kanak Hilang) - Beri Bantuan

Sathiskumar a / l Tamilvanan, 5 years old is missing in Kawasan Jalan Permatang Pauh, Seberang Jaya, Pulau Pinang at 2.00 pm August 8, 2012. He is approximately 70cm tall and weighs 15kg.

Sathiskumar was last seen wearing green shorts, t-shirt with yellow Spiderman hat, socks & shoes.

If you've ever seen this kid, please contact :

Police Headquarters Operations Room Across Central hotline : 04 - 538 2222 or
Insp Mohamad Abu Bakar Bin Ehsan online : 012 - 2494002

ALLAHHU AKBAR mayat hidup

(Video) Kisah Benar! Mayat Dalam Kubur Digali Dan Hidup Kembali

[Video] Kisah Benar! Mayat Dalam Kubur Digali Dan Hidup Kembali

Banjarmasin, Indonesia : Kubur seorang lelaki digali semula oleh pihak keluarga kerana diyakini mayat dalam kubur tersebut masih hidup. Lelaki yang telah dikubur lapan jam itu dipercayai bernama Yadi, warga Kelurahan Kelayan Selatan, Banjarmasin Selatan, Kalimantan Selatan.

Setelah dikeluarkan dari kuburnya, jasad Yadi yang terbungkus kain kafan dibawa ke hospital Banjar baru. Pasukan keselamatan setempat menyatakan lelaki bernama Yadi berselimut kain kafan itu sudah meninggal. Oleh kerana tidak yakin, pihak keluarga telah membawa mangsa pulang ke rumah.

Penduduk setempat datang untuk melihat Yadi. Satu keanehan terjadi pada mangsa, walaupun tidak bergerak dan bernafas, tubuhnya masih hangat bahkan mengeluarkan peluh. Beberapa pengamal agama dipercayai ‘ustaz’ yang datang menyatakan ada tanda-tanda mangsa, Yadi masih lagi bernyawa.

Walaupun Yadi dikatakan telah meninggal dunia akibat lemas di sebuah sungai. Keluarganya menemui Yadi dalam keadaan ‘tidak bernyawa’ kerana sudah 10 minit lemas. Ketika dibawa ke Hospital Ulin, pihak doktor mengatakan Yadi sudah meninggal.

Selanjutnya keluarga telah menyemadikan Yadi.

Pada malam harinya, isteri Yadi berasa ‘tidak sedap’ dan meminta agar kubur suaminya Yadi digali semula kerana dirinya percaya suaminya itu belum meninggal. Pihak keluarga yang mendengar keluhan isteri Yadi lalu sepakat menggali semula kubur Yadi. Kini, rumah Yadi terus didatangi warga yang mendengar cerita ini.

Lihat video ketika kubur Yadi digali semula dibawah.

(Kisah Benar) Azab Mayat Seorang Anggota Polis

 (Kisah Benar) Azab Mayat Seorang Anggota Polis

Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar.

Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut. Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.

Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.

Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam. Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.

Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur. Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.

Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa. Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu. Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri. Cintai Allah, Cintai Islam.

Pengajaran cerita:

1. Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa. Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran sempit.
2. Jika inilah tahap polis Melayu, maka apa yang dihairankan polis berkelakuan seperti anjing membelasah rakyat tanpa belas semata-mata menurut kehendak tuannya. Sudah tentu bukan semua polis berkelakuan begitu.

Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus diuruskan seperti mayat orang Islam juga.

Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.

“Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.”
Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. Ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal.

Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak, Fikir-fikirkan.

Mendiang Isteri Pesan Melalui Mimpi Buru Koncu bujang Sebelak

Mendiang Isteri Pesan Melalui Mimpi Buru Konco Bujang Sebelak

SARATOK : Selepas mewarisi ilmu ‘selembur buaya’ daripada pawang terbilang, ketua rumah panjang Sungai Anak di Roban, Embol Asum, 48, berjaya menangkap dan membunuh seekor reptilia sepanjang tiga meter di Sungai Sebelak dekat sini semalam.

Suami kepada mangsa Bujang Sebelak itu memberitahu, dia kembali memburu buaya di sungai berkenaan selepas mendapat pesanan mendiang isterinya, Siah Munsong, 42, menerusi mimpi supaya memburu dan menghapuskan generasi Bujang Sebelak.

Menurut Embol, meskipun hanya tiga minggu menuntut ilmu daripada gurunya iaitu pawang terkenal dari Betong, Indet Sanabong, 49, dia sudah mampu menjinak, menangkap serta membunuh enam ekor buaya dipercayai konco-konco Bujang Sebelak sejak dua minggu lalu.

“Saya mendapat mimpi didatangi isteri saya dan mendiang meninggalkan pesanan untuk membunuh konco-konco Bujang Sebelak menyebabkan dendam kesumat terhadap reptilia ganas itu kembali membuak-buak.

“Menerusi ilmu yang dipelajari daripada Pawang Indet, saya berjaya menangkap dan membunuh beberapa ekor buaya termasuk seekor yang panjangnya tiga meter semalam sebelum haiwan itu dibakar dan dimakan dagingnya,” katanya ketika ditemui di kediamannya dekat sini semalam.

Kosmo! difahamkan kesemua buaya tembaga yang ditangkap itu puratanya sepanjang kira-kira dua hingga empat meter. – Kosmo

Mendiang Isteri Pesan Melalui Mimpi Buru Koncu bujang Sebelak

Mendiang Isteri Pesan Melalui Mimpi Buru Konco Bujang Sebelak

SARATOK : Selepas mewarisi ilmu ‘selembur buaya’ daripada pawang terbilang, ketua rumah panjang Sungai Anak di Roban, Embol Asum, 48, berjaya menangkap dan membunuh seekor reptilia sepanjang tiga meter di Sungai Sebelak dekat sini semalam.

Suami kepada mangsa Bujang Sebelak itu memberitahu, dia kembali memburu buaya di sungai berkenaan selepas mendapat pesanan mendiang isterinya, Siah Munsong, 42, menerusi mimpi supaya memburu dan menghapuskan generasi Bujang Sebelak.

Menurut Embol, meskipun hanya tiga minggu menuntut ilmu daripada gurunya iaitu pawang terkenal dari Betong, Indet Sanabong, 49, dia sudah mampu menjinak, menangkap serta membunuh enam ekor buaya dipercayai konco-konco Bujang Sebelak sejak dua minggu lalu.

“Saya mendapat mimpi didatangi isteri saya dan mendiang meninggalkan pesanan untuk membunuh konco-konco Bujang Sebelak menyebabkan dendam kesumat terhadap reptilia ganas itu kembali membuak-buak.

“Menerusi ilmu yang dipelajari daripada Pawang Indet, saya berjaya menangkap dan membunuh beberapa ekor buaya termasuk seekor yang panjangnya tiga meter semalam sebelum haiwan itu dibakar dan dimakan dagingnya,” katanya ketika ditemui di kediamannya dekat sini semalam.

Kosmo! difahamkan kesemua buaya tembaga yang ditangkap itu puratanya sepanjang kira-kira dua hingga empat meter. – Kosmo

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 6


Assalamualaikum & Salam sejahtera kawan-kawanku semua

Berikut adalah senarai jawatan kosong terkini :

[+] Jawatan Kosong di Yayasan Pahang
[+] Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
[+] Jawatan Kosong di Perbadanan Bukit Bendera
[+] Jawatan Kosong di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)
[+] Jawatan Kosong di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
[+] Jawatan Kosong di Universiti Sains Malaysia (USM)
[+] Jawatan Kosong di Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas)
[+] Jawatan Kosong di Proton Holdings Berhad
[+] Jawatan Kosong di Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri

Pastikan anda lihat tarikh tutup setiap jawatan terlebih dahulu sebelum memohon.

Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat, Nauzubillah!!!


http://i3.makcdn.com/userFiles/f/a/fathy1000/images/rqaeq58.jpg

http://www.youtube.com/watch?v=-f78En-oYO4

Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.

Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

TEORI QURAN VS TEORI BARAT

Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.

Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.

Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.

Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).

Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.

Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.

Doa Dan Hadis-Hadis Berkaitan Lailatul Qadar


http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2012/08/doa-lailatu-qadr11.jpg?w=457&h=342

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2012/08/lail.jpg?w=456&h=304

http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/08/doa-lailatul-qadar-a-sq.jpg?w=455&h=184

Jadikan 10 malam terakhir di bulan ramadan sebagai malam untuk mengumpulkan sebanyak pahala. Semoga kita dapat bertemu dgn Malam Lailatulqadar..setiap orang muslim pasti ingin bertemu dengan malam lailatulqadar itu..kerana malam itulah mukjizat Allah S.W.T iaitu Al-Quran diturunkan..dan malam itu lebih baik dari 1000 bulan..

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur`an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al-Qadr:1-5)

اِلْتَمِسُوْهَا فِي العَشْرِ الأَوَاخِرِ (يَعْنِي لَيْلَةَ القَدْرِ) فَإِنْ ضَعُفَ أَحَدُكُمْ أَوْ عَجَزَ فَلاَ يُغْلَبَنَّ عَلَى السَّبْعِ البَوَاقِي
“Carilah di sepuluh hari terakhir, jika salah seorang di antara kalian tidak mampu atau lemah maka jangan sampai terluput dari tujuh hari sisanya.” (HR. Muslim no.1165)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ القَدْرِ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Barangsiapa shalat malam/tarawih (bertepatan) pada malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Al-Bukhariy 38 dan Muslim no.760)

Disunnahkan untuk memperbanyak do’a pada malam tersebut. Diriwayatkan dari ‘A`isyah, dia berkata: Aku bertanya: Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku tahu kapan Lailatul Qadr (terjadi), apa yang harus aku ucapkan? Beliau menjawab: “Ucapkanlah:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
“Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (HR. At-Tirmidziy 3760 dan Ibnu Majah 3850, sanadnya shahih)

Tanda-tandanya
Dari Ubaiy, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Pagi hari malam Lailatul Qadr, matahari terbit tidak ada sinar yang menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi.” (HR. Muslim no.762) Dan dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Malam Lailatul Qadr adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, dan keesokan harinya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan.” (HR. Ath-Thayalisiy 349, Ibnu Khuzaimah 3/231 dan Al-Bazzar 1/486, sanadnya hasan)

Ciri-ciri Lailatul Qodr

Dinamakan lailatul qodr karena pada malam itu malaikat diperintahkan oleh Allah swt untuk menuliskan ketetapan tentang kebaikan, rezeki dan keberkahan di tahun ini, sebagaimana firman Allah swt :

Artinya : ”Sesungguhnya kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi[1369] dan Sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (yaitu) urusan yang besar dari sisi kami. Sesungguhnya kami adalah yang mengutus rasul-rasul.” (QS. Ad Dukhan : 3 – 5)

Al Qurthubi mengatakan bahwa pada malam itu pula para malaikat turun dari setiap langit dan dari sidrotul muntaha ke bumi dan mengaminkan doa-doa yang diucapkan manusia hingga terbit fajar. Para malaikat dan jibril as turun dengan membawa rahmat atas perintah Allah swt juga membawa setiap urusan yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di tahun itu hingga yang akan datang. Lailatul Qodr adalah malam kesejahteraan dan kebaikan seluruhnya tanpa ada keburukan hingga terbit fajar, sebagaimana firman-Nya :

Artinya : ”Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (QS. Al Qodr : 4 – 5)

Diantara hadits-hadits yang menceritakan tentang tanda-tanda lailatul qodr adalah :

1. Sabda Rasulullah saw,”Lailatul qodr adalah malam yang cerah, tidak panas dan tidak dingin, matahari pada hari itu bersinar kemerahan lemah.” Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah yang dishahihkan oleh Al Bani.

2. Sabda Rasulullah saw,”Sesungguhnya aku diperlihatkan lailatul qodr lalu aku dilupakan, ia ada di sepuluh malam terakhir. Malam itu cerah, tidak panas dan tidak dingin bagaikan bulan menyingkap bintang-bintang. Tidaklah keluar setannya hingga terbit fajarnya.” (HR. Ibnu Hibban)

3. Rasulullah saw bersabda,”Sesungguhnya para malaikat pada malam itu lebih banyak turun ke bumi daripada jumlah pepasiran.” (HR. Ibnu Khuzaimah yang sanadnya dihasankan oleh Al Bani)

4. Rasulullah saw berabda,”Tandanya adalah matahari terbit pada pagi harinya cerah tanpa sinar.” (HR. Muslim)

Terkait dengan berbagai tanda-tanda Lailatul Qodr yang disebutkan beberapa hadits, Syeikh Yusuf al Qaradhawi mengatakan,”Semua tanda tersebut tidak dapat memberikan keyakinan tentangnya dan tidak dapat memberikan keyakinan yakni bila tanda-tanda itu tidak ada berarti Lailatul Qodr tidak terjadi malam itu, karena lailatul qodr terjadi di negeri-negeri yang iklim, musim, dan cuacanya berbeda-beda. Bisa jadi ada diantara negeri-negeri muslim dengan keadaan yang tak pernah putus-putusnya turun hujan, padahal penduduk di daerah lain justru melaksanakan shalat istisqo’. Negeri-negeri itu berbeda dalam hal panas dan dingin, muncul dan tenggelamnya matahari, juga kuat dan lemahnya sinarnya. Karena itu sangat tidak mungkin bila tanda-tanda itu sama di seluruh belahan bumi ini. (Fiqih Puasa hal 177 – 178)

Perbedaan Waktu Antar Negara

Lailatul qodr merupakan rahasia Allah swt. Untuk itu dianjurkan agar setiap muslim mencarinya di sepuluh malam terakhir, sebagaimana sabda Rasulullah saw,”Carilah dia (lailatul qodr) pada sepuluh malam terakhir di malam-malam ganjil.” (HR. Bukhori Muslim).

Dari Abu Said bahwa Nabi saw menemui mereka pada pagi kedua puluh, lalu beliau berkhotbah. Dalam khutbahnya beliau saw bersabda,”Sungguh aku diperlihatkan Lailatul qodr, kemudian aku dilupakan—atau lupa—maka carilah ia di sepuluh malam terakhir, pada malam-malam ganjil.” (Muttafaq Alaihi)

Pencarian lebih ditekankan pada tujuh malam terakhir bulan Ramadhan sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori Muslim dari Ibnu Umar bahwa beberapa orang dari sahabat Rasulullah saw bermimpi tentang Lailatul Qodr di tujuh malam terakhir. Menanggapi mimpi itu, Rasulullah saw bersabda,”Aku melihat mimpi kalian bertemu pada tujuh malam terakhir. Karena itu barangsiapa hendak mencarinya maka hendaklah ia mencari pada tujuh malam terakhir.”

Dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah saw bersabda,”Carilah ia di sepuluh malam terakhir. Jika salah seorang kalian lemah atau tdak mampu maka janganlah ia dikalahkan di tujuh malam terakhir.” (HR. Muslim, Ahmad dan Ath Thayalisi)

Malam-malam ganjil yang dimaksud dalam hadits diatas adalah malam ke- 21, 23, 25, 27 dan 29. Bila masuknya Ramadhan berbeda-beda dari berbagai negara—sebagaimana sering kita saksikan—maka malam-malam ganjil di beberapa negara menjadi melam-malam genap di sebagian negara lainnya sehingga untuk lebih berhati-hati maka carilah Lailatul Qodr di setiap malam pada sepuluh malam terakhir. Begitu pula dengan daerah-daerah yang hanya berbeda jamnya saja maka ia pun tidak akan terlewatkan dari lailatul qodr karena lailatul qodr ini bersifat umum mengenai semua negeri dan terjadi sepanjang malam hingga terbit fajar di setiap negeri-negeri itu.

Karena tidak ada yang mengetahui kapan jatuhnya lailatul qodr itu kecuali Allah swt maka cara yang terbaik untuk menggapainya adalah beritikaf di sepuluh malam terakhir sebagaimana pernah dilakukan oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya.

Ciri-ciri Orang Yang Mendapatkan Lailatul Qodr

Didalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Bukhori dai Abu Hurairoh bahwa Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa melakukan qiyam lailatul qodr dengan penuh keimanan dan pengharapan (maka) dosa-dosanya yang telah lalu diampuni.”

Juga doa yang diajarkan Rasulullah saw saat menjumpai lailatul qodr adalah ”Wahai Allah sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Maaf, Engkau mencintai pemaafan karena itu berikanlah maaf kepadaku.” (HR. Ibnu Majah)

Dari kedua hadits tersebut menunjukkan bahwa dianjurkan bagi setiap yang menginginkan lailatul qodr agar menghidupkan malam itu dengan berbagai ibadah, seperti : shalat malam, tilawah Al Qur’an, dzikir, doa dan amal-amal shaleh lainnya. Dan orang yang menghidupkan malam itu dengan amal-amal ibadah akan merasakan ketenangan hati, kelapangan dada dan kelezatan dalam ibadahnya itu karena semua itu dilakukan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ridho Allah swt.

Antara amalan yang dilakukan Rasululah SAW dan para sahabat pada malam-malam terakhir Ramadhan ialah:

  • Mandi, berpakaian cantik dan berwangi-wangian.
  • Beriktikaf iaitu mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
  • Mengejutkan keluarga agar bangun beribadah.
  • Uzlah (tidak mendekati) isteri.
  • Memperbanyakkan amal ibadat dan berqiamulail di masjid atau surau.
  • Menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji hadith, tafsir dan sirah nabi.
  • Memperbanyakkan bertasbih, tahmid, takbir, istighfar dan bersalawat.
  • Membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah.
  • Bersolat Tarawih, Witir, Tahajud, Taubat dan solat Hajat.
  • Bertaubat daripada segala kesalahan dan dosa selama ini.
  • Berdoa ke hadrat Ilahi. Baginda SAW sering membaca doa: “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”

Berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu

Selamat mencari malam Al-Qadr

Monday, August 13, 2012

Tangisan Ustaz Don Sebelum Berangkat Menjadi Tetamu Allah

Kira-kira pukul 11.50 pagi tadi, pendakwah muda terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don berlepas dengan sekumpulan jemaah ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah.

Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi syahdu sebaik sahaja Ustaz Don membaca doa sejurus sebelum berlepas.

Difahamkan, inilah kali pertama Ustaz Don menjejakkan kaki ke sana hingga membuatkan beliau begitu sebak dan terharu kerana menjadi tetamu Allah.

Turut menemani beliau ke sana ialah ibu dan bapanya sendiri.

Bersama ke sana ialah seorang penerbit TV Al Hijrah, Ayie Azhari.

Azhari dan Ustaz Don juga akan membuat kerja-kerja pra-produksi untuk program ‘Umrah Bersama Ustaz Don’ yang kini dalam proses perbincangan untuk diterbitkan di stesen televisyen berkenaan.

Sebelum ini program interaktif agama, 30 Minit Ustaz Don di saluran TV Al Hijrah semakin mendapat sambutan hangat di hati para penonton.

Program 30 Minit Ustaz Don yang ke udara di kaca televisyen setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 9.30 malam sejak Oktober lalu adalah kesinambungan program yang mula-mula diterajui oleh beliauiaitu Program Ihya Ramadan

Program ini disasarkan kepada golongan remaja dan anak-anak muda untuk mereka menimba pelbagai ilmu agama melalui rancangan bual bicara dan interaktif.

Ustaz Don berkelulusan dari Universiti Al-Azhar dan kini berkhidmat sebagai pensyarah Fakulti AL-Quran & Al-Qirat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor .

Tahniah Ustaz Don...Kau Sumber Inspirasi Anak-Anak Muda Zaman Kini

USTAZ Don Daniyal Don Biyajid begitu disayangi dan disenangi ramai, apatah lagi karakternya mudah mesra serta peramah membuatkan siapa saja senang mendekati pendakwah muda ini.

Umurnya baru menjangkau 28 tahun, tapi anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini mempunyai banyak pengalaman menjadi penceramah bebas.

Pemilik Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir bagaimanapun sentiasa cuba mengelak untuk berbicara soal peribadi dan lebih suka berahsia kerana baginya soal percintaan dan perkahwinan biarlah diketahui oleh individu yang rapat dengannya saja.

Namun, dia tidak menafikan sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga dengan pelajar jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir, dalam masa terdekat.

Ustaz Don atau Don , 28, pengendali program 30 Minit Ustaz Don yang bersiaran setiap Isnin sehingga Khamis, jam 10 malam di TV AlHijrah.

Sekarang ini gambar kad undangan perkahwinannya di internet mula ‘bertebaran’…moga-moga pernikahan beliau akan kekal hingga ke akhir hayat, Insya Allah

Kad Kahwin Ustaz Don Daniyal Don Biyajid Yang Cute Macam Tuannya!

Selepas membuat pengakuan telah bertunang baru-baru ini, pasti ramai yang teruja untuk mengetahui tarikh perkahwinan Ustaz Don Daniyal. Terima kasih kepada seorang pembaca yang mengirimkan gambar kad perkahwinan Ustaz Don dan Husna seperti di bawah. Comel sangat kad kahwin ini. Cute gila kan?

Sayangnya tidak pula dinyatakan bila tarikh perkahwinan akan dilangsungkan antara Ustaz Don Daniyal dan Husna. Apa pun ucapan tahniah sangat-sangat kepada pasangan ini atas berita gembira ini. Semoga segalanya berjalan lancar dan rumah tangga yang dibina kekal abadi sehingga ke akhir hayat.

Masjid Yang Berdinding Dua Kalimah Syahadah

Sejak dirasmikan 2010 lalu, bangunan ini sudah mencuri perhatian tidak hanya warga sekitar tetapi juga di dunia maya. Masjid yang terletak di Padalarang ini termasuk to 5 “Building Of The Year 2010″ oleh National Frame Building Association.

Acara terbesar yang melibatkan para arkitek di seluruh dunia ini menempatkan Masjid Al Irsyad dalam kategori religious architecture. Menurut ArchDaily, situs arkitek terpopular, Masjid Al Irsyad cukup popular di antara tempat ibadah yang lain dan hanya dikalahkan oleh Gereja Tampa Covenant, Florida, Amerika Syarikat.

Jika umumnya masjid memiliki kubah atau menara, tidak dengan Masjid Al Irsyad. Masjid yang dirancang oleh Ridwan Kamil, arkitek Indonesia ini direka mirip Ka’bah, berbentuk kubus dengan warna abu-abu. Rekaanya sederhana, tidak banyak ornamen namun tetap memiliki keindahan tersendiri.

Dinding masjid terbuat dari batu bata yang disusun sedemikian rupa sehingga membentuk celah yang terbaca sebagai dua kalimat syahadah.

Selain memiliki fungsi artistik, lubang-lubang ini juga berfungsi sebagai ventilasi udara. Menjelang malam ketika lampu di dalam masjid mulai dinyalakan, sinar lampu akan menerobos celah ventilasi sehingga jika dilihat dari luar tampak seperti masjid yang memancarkan cahaya berbentuk kalimat syahadah. Sangat mengagumkan.

Keindahan tidak hanya tampak dari luar masjid. Di dalam masjid terdapat 99 lampu bulat berukir asmaul husna yang jika dinyalakan, cahayanya akan membentuk siluet nama-nama suci Allah SWT. Terasa sekali kemegahannya.

Masjid Al Irsyad juga seolah ingin mendekatkan kita pada alam. Lantai tepi mimbar dimanfaatkan untuk kolam di lantai. Suara gemericik air kolam memberikan suasana teduh yang dapat menambah ketenangan ketika beribadah.

Dinding di belakang mimbar juga dibiarkan terbuka sehingga jama’ah dapat menikmati pemandangan Padalarang yang menyegarkan.

Didirikan di atas lahan seluas 1.100 meter persegi, masjid berkapasitas 1.500 jama’ah ini selain menjadi tempat ibadah juga menjadi tujuan wisata tak hanya bagi para sekitar Bandung dan Jakarta tetapi juga mancanegara.

Berikut Untuk Detail foto di dalam masjidnya :

Serangan 11 September Dan Kaitan Dengan Lukisan Misteri Yang Berusia 10 Tahun Dijumpai!

Misteri Lukisan Serangan 11 September | Sebut sahaja tragedi 11 september, semua orang akan membayangkan saat WTC di Amerika Syarikat dirempuh oleh kapal terbang.

Tarikh keramat 11 september ini jugalah yang sentiasa akan dikenang warga Amerika di sana. Sejak dari peristiwa tersebut, semuanya saling menuding jari bagi melihat siapakah yang bertanggungjawab serangan ini. Akhirnya Islam juga dituduh sebagai pengganas dan ini menyebabkan kemarahan umat Islam di dunia. Pada masa yang sama, satu lukisan berusia puluhan tahun yang seolah meramalkan kejadian itu akan berlaku telah di jumpai.

Lukisan kapur yang menggambarkan seorang budak perempuan yang sedih sambil di sisinya di lukis gambar 2 menara,kapal terbang dan api yg marak, di percayai juga lukisan ni telah di hasilkan 10 tahun sebelum kejadian itu berlaku.

Siapakah pelukisnya?

Beliau ialah Willie Gardner,bagaimanapun telah meninggal dunia dan tak dapat di pastikan kesahihannya. Lukisan tersebut telah bertahun-tahun lamanya di gantung di unit pendidikan di Stirlingshire.

Masjid Yang Didirikan Oleh Mahluk Ghaib

Dibangunkan sekitar abad ke-12 masihi, Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali, Afrika Barat, hingga kini masih menjadi misteri terutamanya dari segi struktur dan reka bentuk bangunannya.

Kewujudan Masjid Nando adalah hasil dari pengaruh Islam ke Afrika Barat yang mula tersebar pada abad IX Masehi. Pada waktu itu, Islam dibawa oleh para pedagang Muslim dari suku Tuareg dan Berber. Kedua-dua suku ini merupakan suku nomad yang suka mengembara di gurun sahara selatan dan utara.

Bangunan Masjid Nando dikategorikan unik, tidak ada marmar atau kubah sebagaimana masjid-masjid lain secara umumnya. Seluruh bangunan hanya dilapisi lumpur, termasuk lantai dalam masjid.

Bahkan bahagian tepi lantai, tetap dibiarkan lebih tinggi dari bangunan yang lain dan menyerupai pinggiran benteng dengan rekabentuk lama. Meski demikian, pada setiap sisi dalam bangunan masjid dihiasi dengan tulisan
kaligrafi yang juga dibuat dari lumpur.

Menurut mitos masyarakat setempat, Masjid Nando tidak dibangunkan oleh manusia, akan tetapi oleh makhluk halus yang berbadan besar. Keyakinan ini diperkuat jika anda melihat struktur bangunan, bahan yang digunakan
untuk membina masjid , serta adanya bekas tapak kaki besar pada salah satu sisi masjid.

Subhanallah! Kubur Bercahaya Hingga Ke Langit

Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata.

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek alqur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.

Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua -tranungkite-

Isteri Henyak Kepala Suami Guna Anak Lesung Kerana Enggan Belikan Baju Raya

Isteri Henyak Kepala Suami Guna Anak Lesung Kerana Enggan Belikan Baju Raya

KUALA LUMPUR : Enggan membeli baju raya, seorang lelaki berusia 40-an cedera di kepala selepas dihentak dengan anak lesung batu oleh isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, wanita berusia lewat 20-an terbabit dilaporkan hilang pertimbangan sebelum menyerang suaminya selepas pasangan itu bertengkar lebih 10 minit.

Menurut sumber, semuanya bermula apabila wanita berkenaan mengajak suaminya untuk membeli baju raya.

“Bagaimanapun, suaminya meminta wanita itu supaya berjimat dan memakai pakaian sedia ada kerana tidak mahu membazir,” katanya.

Sumber berkata, wanita itu tidak berputus asa sebaliknya terus memujuk suaminya itu untuk membawanya ke pusat beli-belah. – Metro

Gambar Erin Malik Dengan Siapa Tu?

Erin Malik Dedah Kekasih Hati


Erin dikatakan telah membawa kekasihnya itu semasa menjayakan aktiviti amal iaitu, Amal Kasih Rama bersama Jamu Mak Dara dan majalah Mangga.

kekasih erin malik

Erin sewaktu ditanya mengaku jejaka yang dipanggil Walid itu sangat membahagiakannya dan memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Erin telah membuat pengakuan tersebut kepada Deel dari majalah Mangga.

Ditemui dari hasil carian:
  • 101 etech9 2012 erin malik dedah kekasih hati
  • erin malek bersama kekasih
  • blogger my 25696 erin malik dedah kekasih hati
  • erin malek dan kekasih
  • erin malik dan seorang jejaka
  • teman lelaki erin malik
  • majalah mangga
  • kekasih erin malik
  • kekasih erin malek
  • gambar walid kekasih erin malik

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 6


Assalamualaikum & Salam sejahtera sahabatku semua

Berikut adalah senarai jawatan kosong terkini:

[+] Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara ---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-universiti-teknologi-mara-2

[+] Jawatan Kosong di Securities Comission (SC) ---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-securities-comission-sc

[+] Jawatan Kosong di Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah ---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-lembaga-pembangunan-koridor-wilayah

[+] Jawatan Kosong di Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) ---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancy-at-pembangunan-sumber-manusia-berhad-psmb-3

[+] Jawatan Kosong di Lembaga Zakat Selangor ---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancy-at-lembaga-zakat-selangor

[+] Jawatan Kosong di Bank Negara Malaysia ---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-bank-negara-malaysia

Pastikan anda lihat tarikh tutup setiap jawatan terlebih dahulu sebelum memohon.

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 5


Assalamualaikum & Salam sejahtera dan Salam Ramadhan kepada semua rakan-rakan ku

Berikut adalah senarai jawatan kosong terkini:

[+] Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara Terengganu ---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancy-at-universiti-teknologi-mara-terengganu

[+] Jawatan Kosong di International Islamic University Malaysia (IIUM) ---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-international-islamic-university-malaysia-iium-2


[+] Jawatan Kosong di Yayasan Guru Malaysia Berhad ---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-yayasan-guru-malaysia-berhad

[+] Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kluang ---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-majlis-perbandaran-kluang

[+] Jawatan Kosong di Majlis Daerah Lipis ---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-majlis-daerah-lipis

[+] Jawatan Kosong di Majlis Daerah Setiu ---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-majlis-daerah-setiu

Pastikan anda lihat tarikh tutup setiap jawatan terlebih dahulu sebelum memohon.

Friday, August 10, 2012

Si Burung Merbah






Assalammualaikum…

Kisah Si Burung Merbah, Matimu Tanpa Nisan…

Di suatu hari yang agak tenang dan sunyi. Kesian burung nie, entah kenapa tiba-tiba saja dia mati di tingkap pejabat aku tengahari lalu. Aku amat berasa pelik akan keadaan ini kerana tiada bunyi atau benda jatuh pun kat tingkap tu. Mungkin si burung ini tidak dapat melihat tingkap cermin di bangunan ini yang kelihatan cerah dari luarnya.

Aku sempat mengambil gambar burung tu, matanya tertutup rapat, bulunya berwarna coklat. Di bahagian bawah perutnya kelihatan tompok-tompok berwarna coklat kuning Tapi kalau diamati dibahagian kepala burung tu kelihatan setompok darah yang sudah kering. Ini kerana burung tu jatuh diatas permukaan plat besi yang agak panas. Aku pasti burung nie terbang rendah dan terlanggar tingkap kaca ku.

Kenapalah si burung nie terbang rendah, aku pun tidak tahu. Mungkin sudah ajalnya. Aku sempat berkongsi cerita dengan Zura, rakan sepejabatku. Tapi dia sibuk dengan menonton cerita Korea, sehinggakan tidak tahu apa yang berlaku disekelilingnya, kelakar sungguh. Dimana si burung nie tinggal agaknya ya?. Kalau manusia boleh kita cari alamat, kalau haiwan macam si burung nie, bagaimana agaknya?

Apakah burung ini mempunyai anak atau ibu yang sedang menanti kepulangannya. Kalau kita dikaitkan dengan kisah si burung ini sebagai manusia biasa, cer renung-renungkan?. Tentu keluarga kita sedih dan risau kerana kita tidak pulang-pulang ke rumah. Begitu jugalah dengan nasib si burung ini. Kita dianugerahkan dengan akal fikiran yang waras untuk menentukan hala tuju hidup kita sendiri. Tapi, ingat jangan sesekali melupakan ibubapa kita dan dimana tempat kita berasal.