Nuffnang Ads

Wednesday, October 31, 2012

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini Setakat 30 Oktober 2012

Assalamualaikum & Salam sejahtera Kawan-kawanku semua.

Berikut adalah senarai jawatan kosong terkini :

[+]  Job Vacancies at Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ)
---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-majlis-perbandaran-kajang-mpkj-3

[+]  Job Vacancies at Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-institut-pendidikan-guru-kampus-perlis

[+]  Job Vacancies at Pejabat Menteri Besar Negeri Johor
---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-pejabat-menteri-besar-negeri-johor

[+]  Job Vacancies at Yayasan Warisan Johor
---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-yayasan-warisan-johor

[+]  Job Vacancies at Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-universiti-malaysia-kelantan-umk-2

[+]  Job Vacancies at Majlis Agama Islam Negeri Kedah
---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-majlis-agama-islam-negeri-kedah



Pastikan anda lihat tarikh tutup setiap jawatan terlebih dahulu sebelum memohon.

Monday, October 29, 2012

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini Setakat 29 Oktober 2012

Assalamualaikum & Salam sejahtera Kawan-kawanku semua.

Berikut adalah senarai jawatan kosong terkini :

[+]  Jawatan Kosong di TNB Engineering Corporation Sdn Bhd
---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-tnb-engineering-corporation-sdn-bhd

[+]  Jawatan Kosong di Universiti Putra Malaysia (UPM)
---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-universiti-putra-malaysia-upm-5

[+]  Jawatan Kosong di Bank Rakyat
---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-bank-rakyat-3

[+]  Jawatan Kosong di Bank Muamalat Malaysia Berhad
---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-bank-muamalat-malaysia-berhad-2

[+]  Jawatan Kosong di Kontena Nasional
---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-kontena-nasional-2

[+]  Job Vacancies at Multimedia Development Corporation (MDeC)
---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-multimedia-development-corporation-mdec



Pastikan anda lihat tarikh tutup setiap jawatan terlebih dahulu sebelum memohon.

Khasiat Tomato Mampu Mencantikkan Kulit

29 Okt – Dengan kewujudan banyak produk kecantikan di pasaran, adakala kita terlupa pada amalan dahulu kala menggunakan bahan semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai agen kecantikan. Selain boleh dimakan, kandungan nutrisi serta vitamin pada buah-buahan segar ini membantu menjadikan kulit lebih sihat, cantik dan berseri. Lebih penting sama ada dijadikan pembersih, penyental atau masker, kandungannya benar-benar bersih tanpa campuran bahan kimia.

Tomato atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada dimakan begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.

Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.

Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.

Tomato boleh merawat masalah kulit seperti jerawat . Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat itu hilang. Ia juga boleh membersihkan kulit wajah anda. Dengan menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E dimana kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

Menggunakan cara yang mudah, tanpa mengeluarkan belanja yang banyak sesiapa juga boleh melakukannya. Sama ada buah-buahan ini diletakkan pada wajah begitu saja atau dilenyek dijadikan masker, jika dilakukan secara berkala akan memberikan kesan menakjubkan pada kulit.

Namun sebelum memakainya pada wajah, jangan lupa cuci atau bersihkan wajah terlebih dulu. Ada baiknya sekiranya menggunakan air suam supaya liang roma lebih terbuka dan mampu meresap nutrisi daripada bahan semula jadi ini pada kulit wajah anda.

Maya Karin Masih "Single" What!!!

Maya Karin berkata bahawa beliau masih solo.


Orang secantik Maya Karin, kalau tak dikaitkan dengan insan bernama lelaki, memang ia sesuatu yang tidak normal. Maka, setiap kali digosip mempunyai hubungan cinta dengan lelaki, aktres cantik tersebut hanya tersenyum.

Dalam nada yang tenang tetapi tegas, Maya yang telah berpisah dengan suaminya, Steven David Shorthose pada tahun 2010 menafikan dia kini bercinta dengan mana-mana lelaki.

Dia tidak bercinta dengan aktor Remy Ishak yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini selepas dilihat makan berdua-duaan di sebuah restoran di The Curve, Petaling Jaya pada malam sebelum dia berlepas ke Nepal untuk bercuti, sementara Remy pula ke kota London untuk menjalani penggambaran drama terbarunya.

Tidak juga bercinta dengan orang kuat syarikat permotoran Lotus seperti didakwa selepas gambarnya dalam garaj pasukan Lotus, pada Formula One di Singapura beredar di internet.

“Saya masih solo. Tapi saya akui memang ramai berkawan dengan lelaki. Namun bercinta, belum lagi, malah belum pernah sejak bercerai dua tahun lalu,” ujarnya.

Tambah Maya, apa yang lebih penting dalam kehidupannya ini adalah untuk menikmati kehidupan dengan sepuasnya seperti mengembara ke seluruh dunia. Terkini, bersama bapanya, aktres jelita itu sedang menawan puncak gunung Kathmandu di Nepal yang memakan masa empat hari pendakian. Maya berada di Nepal selama 10 hari dan kembara tersebut bukan kembara pertamanya, sebaliknya Maya telah mengembara ke beberapa destinasi menarik dunia seperti ke Amerika Selatan dan berenang di dalam sungai yang dipenuhi ikan pirahna.

“Saya tidak mahu terbeban fikir soal jodoh. Saya kini banyak mengembara dan siapa tahu dalam kembara saya, saya bertemu jodoh?” kata Maya yang pernah merangkul trofi Pelakon Filem Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 21.

Dalam masa yang sama, Maya menyatakan dia juga lebih suka memberi fokus terhadap kariernya. Mengaku lebih selektif, apa yang penting setiap kemunculannya dapat memberi impak kepada masyarakat.

Bakal muncul dengan filem “Lagenda Budak Setan 2” - Katerina bersama Farid Kamil pada bulan hadapan, jelas Maya: "Saya tidak kisah kalau jarang muncul dalam mana-mana naskhah. Tapi apa yang penting, biar hanya dengan sekali kemunculan setahun, ia akan memberi impak buat penonton. Sebab itu saya tak kisah menolak watak yang saya rasa tidak memberi sebarang impak kepada saya ataupun industri."

Kelebihan Makan Petai

25 Okt- Keenakan petai sebagai ulam, jeruk, mahupun menjadi bahan dalam masakan seperti sambal tumis udang atau sambil ikan bilis dan sebagainya, membuatkan penggemar-penggemar petai berasa lapar.

Di sebalik keenakan petai bersama kesan bau mulut yang kurang menyenangkan, petai turut mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi. .

Pokok petai merupakan spesis pokok asli yang tingginya sekitar 30 meter, dan banyak tumbuh di kawasan hutan Malaysia, Indonesia dan Thailand. Buah petai mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding buah-buah hutan yang lain. Selain itu, buah petai mengandungi kalsium, fosforus, zat besi serta kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C (vitamin C boleh jadikan anda awet muda!). .

Yang paling berkhasiat ialah petai yang segar dan besar buahnya. Jadi jika memilih petai di pasar tu, pilihlah yang bijinya nampak besar dan segar, itulah yang terbaik. .

KHASIAT PERUBATAN PETAI

Biji Petai
* Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun
* Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)
* Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.

Khasiat Petai Belalang
Petai belalang mempunyai buah yang kecil. Petai Belalang ini boleh didapati di kawasan kampung. Petai Belalang ini baik bagi mereka yang hendak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkan petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk membuat pemeriksaan.

Amy Search Kecewa Restoran Cheng Ho Ditutup

28 Okt – Penyanyi lagenda rock tanah air, Amy Search meluahkan rasa kesal dan kecewanya apabila terpaksa menutup Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju baru-baru ini.
Menurut laporan Kosmo, restoran yang terkenal dengan masakan ala Cina yang sudah beroperasi selama empat tahun itu terpaksa ditutup kerana mempunyai pelbagai masalah.
"Saya sedih kerana perniagaan ini sudah lama dijalankan tetapi akhirnya terpaksa ditutup," katanya.
Menurut Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, dia memulakan perniagaan tersebut dengan modal sebanyak RM250,00 empat tahun lalu. Dia kemudiannya telah menyerahkan segala urusan perniagaan kepada seorang rakan namun ia berdepan dengan pelbagai masalah.
Namun Amy berkata, dia bernasib baik kerana telah mempatenkan nama Cheng Ho sebelum ini, oleh itu tiada pihak lain yang boleh menggunakan nama tersebut.
Dalam pada itu, Amy memberitahu bahawa kini dia sedang mencari pelabur baru untuk membuka kembali restoran itu di lokasi lain.
Terdahulu, pada tahun 2010 pihak Mahkamah Seksyen Sivil telah memerintahkan Amy untuk membayar ganti rugi sebanyak RM18,000 kepada Nik Zahir Nik Mohd Idris yang menfailkan saman bagi pihak anaknya Nik Zakwan, 6, yang melecur pada bahagian belakang badan selepas terkena kuah tomyam akibat kecuaian pekerja restoran itu.

Sunday, October 28, 2012

Israel Mesti Ditekan Secara Berterusan

KUALA LUMPUR: Penduduk di Palestin khususnya di Gaza tidak akan dapat mencapai kebebasan dan pasti terus menderita di bawah pendudukan Israel selagi masyarakat dunia enggan memberikan tekanan kepada rejim Zionis yang angkuh serta tidak menghormati prinsip kemanusiaan.
Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM), Datuk Adnan Mohd Tahir berkata semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) harus menjalankan kempen menyedarkan masyarakat bagi memperjuangkan hak penduduk Palestin yang sekali gus sebenarnya akan menjadikan konteks dunia lebih aman, stabil dan adil.

“Dua tahun sudah berlalu sejak pasukan bersenjata Zionis merampas hak penduduk Gaza dengan cara kejam dan keji. Tarikh 27 Disember 2008 mesti diingati masyarakat dunia sebab rejim Israel tanpa perikemanusiaan menyerang Gaza,” katanya ketika bersama aktivis Viva Palestina Malaysia menyertai imbasan massa lakonan semula kekejaman serangan Israel terhadap Gaza di KL Sentral, di sini.

'Sembunyi Daripada Komunis'!!!

“PERGI sorok lekas... komunis datang.” Itu antara kata-kata berbaur cemas yang sering diungkapkan penduduk di sekitar perkampungan pekan Batang Kali, Selangor, antara 1945 hingga 1989 setiap kali gerombolan komunis datang untuk menggeledah rumah mereka.
Disebabkan kawasan didiami mereka antara laluan komunis, boleh dikatakan ada wanita di sana turut diculik serta dilarikan komunis untuk memuaskan nafsu mereka.

Berikutan itu, penduduk membina pondok kecil di kawasan bukit berdekatan pekan Batang Kali untuk memudahkan anak gadis serta isteri mereka bersembunyi daripada komunis.

Akhirnya, kawasan pondok itu dijadikan penempatan tetap bagi kebanyakan penduduk yang tidak tahan diganggu komunis.

Penduduk, Robiah Naim, 86, berkata kampung itu diberi nama Kampung Menyuruk (menyorok) berikutan ketika komunis mengganas, ada wanita di sana dilarikan mereka.

Katanya, anggota komunis tidak memilih mangsa, sebaliknya akan menculik serta melarikan anak gadis atau isteri orang jika cantik pada pandangan mereka.

“Mak cik pindah ke sini mengikut suami ketika berusia 20 tahun. Ketika itu, kawasan ini sering diganggu komunis sebab ia antara laluan mereka untuk ke utara semenanjung serta Pahang.

“Jika datang ke sini, mereka menggeledah kampung sekitar Batang Kali untuk mencari bekalan makanan. Namun pada masa sama, mereka menculik serta melarikan wanita di kampung ini sebagai pemuas nafsu,” katanya.

Menurut Robiah, ada anak gadis diculik berikutan komunis tidak berpuas hati kerana tiada bekalan makanan disimpan oleh penduduk.

“Kerana marah, mereka menangkap wanita dan mengugut ahli keluarga lain untuk menyediakan bekalan makanan dalam tempoh beberapa hari.

“Jika tidak, anak gadis atau isteri mereka akan dibunuh atau dibawa ke tempat lain,” katanya.

Robiah berkata, sepanjang menetap di situ, dia sering terpaksa menyusup masuk daripada ruang bawah dapur ke semak di belakang rumah sebelum melarikan diri
untuk menyorok di belakang bukit yang kini dipanggil Kampung Menyuruk.

“Mak cik ingat lagi terpaksa menempuh semak-samun dalam keadaan gelap jika tiba-tiba komunis datang mengetuk rumah. Keadaan waktu itu memang sangat menakutkan.

“Habis calar balar serta luka tangan serta muka kerana menempuh duri serta kayu tajam di dalam semak,” katanya.

Bagi mengelak komunis tahu kewujudan mereka, Robiah berkata, wanita yang menyorok di belakang bukit terpaksa tunggu sehingga siang sebelum kembali ke rumah.

Ini kerana mereka khuatir komunis dapat mengesan dan tahu mereka menyembunyikan diri.

“Oleh kerana tempoh kami menyorok itu lama iaitu sehingga keesokannya, akhirnya penduduk di sini membina pondok kecil untuk anak serta isteri mereka berlindung.

“Pondok ini sangat kecil dan hanya muat untuk tidur. Nak masuk ke rumah ini pula kena membongkok,” katanya.

Menurut Robiah, bagi mengelak pondok dikesan komunis, ia dibina di tepi bukit saja serta ditutup dengan semak serta daun pokok.

Katanya, api serta pelita langsung tidak boleh dipasang kerana khuatir dikesan komunis.

“Pondok ini hanya untuk kami menyorok serta berlindung dan kami tidak dibenarkan tinggal di sini kerana tidak mahu komunis tahu ada rumah di sini.

“Namun, lama-kelamaan, apabila tentera Britain menempatkan unit polis
di sini, akhirnya kedatangan komunis berkurangan dan penduduk membangunkan kawasan ini sebagai tempat tinggal.

“Sejak itu kampung ini dipanggil Kampung Menyuruk bagi mengingatkan bahawa
ia dulu tempat kami menyorok daripada komunis,” katanya.



FAKTA:

Kampung Menyuruk, Batang Kali, Selangor

  • Terletak empat kilometer dari pekan Batang Kali
  • Penduduknya kira-kira 200 orang
  • Pertanian adalah aktiviti serta sumber ekonomi penduduk
  • Perokok Tetap Beli Walau Harga Naik!

    KUALA LUMPUR: “Setinggi mana pun kenaikan harga rokok, perokok tegar tetap membelinya. Kenaikan 20 sen tidak memberi kesan, apatah lagi menghentikan tabiat berkenaan,” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan.
    Menurutnya, untuk menggalakkan perokok berhenti, resolusi lebih baik diperlukan berbanding tindakan terus menaikkan harga tembakau itu.

    “Perokok sebenarnya ‘sakit’ dan mereka hanya puas apabila dapat menghisapnya. Tidak ubah seperti lagak penagih, sesukar mana pun tidak menjadi masalah. “Mereka sanggup melakukan apa saja asal dapat melepaskan gian,” katanya mengulas kesan kenaikan harga terbaru rokok kepada pengguna.
    Harga rokok keluaran British American Tobacco (BAT) dinaikkan sebanyak 20 sen mulai Isnin lalu berikutan kenaikan eksais dan cukai.

    Nadzim berkata, kerajaan perlu mewujudkan kumpulan sokongan dalam usaha memerangi tabiat merokok, terutama membabitkan pelajar sekolah.

    “Sama ada langkah kerajaan itu efektif, ia masih menjadi persoalan kerana rokok dilihat sebagai ‘trend’ di kalangan budak sekolah, baik lelaki mahupun perempuan.
    “Oleh itu, perangi habis-habisan dengan cara mendidik orang awam lebih baik. Alternatif terbaik ialah gerakkan kumpulan sokongan dalam masyarakat berbanding menaikkan harga rokok,” katanya yang memaklumkan 99 peratus daripada penagih dadah adalah perokok.

    Suami Ditanam Paras Kepala, Jannah!!! Jannah!!! Jannah!!

    RAMTHA (JORDAN): Ditembak, disembelih, dibom, dipukul hingga mati dan dibunuh beramai-ramai. Begitulah seriusnya gambaran keadaan pergolakan di Syria.
    Perang saudara yang meletus di antara puak pembebasan dan tentera rejim Bashar al-Assad sejak Mac lalu menyebabkan ratusan ribu terbunuh, manakala lebih sejuta warga Syria menjadi pelarian di Jordan. Jumlah itu meningkat saban hari.

    Pengamatan wartawan Harian Metro selama lapan hari di bumi Jordan mendapati, setiap pelarian mempunyai kisah dan pengalaman ngeri masing-masing.
    Malah, plot ceritanya hampir sama iaitu berkisarkan kekejaman dan penderitaan yang terpaksa ditanggung, namun antara yang menarik perhatian wartawan ialah kisah Asma, 43, berasal dari Dar’a, ketika lawatan Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang ditemani Duta Besar Malaysia ke Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz untuk mengedarkan barang keperluan berupa makanan dan selimut serta tilam kepada 1,500 pelarian.

    Asma yang mempunyai suami dan enam anak berusia antara 10 hingga 45 tahun kini tinggal sebatang kara selepas seluruh keluarganya dibunuh kejam tentera kerajaan, jam 11 pagi pada 6 Ramadan lalu.

    Ketika diminta wartawan untuk berkongsi kisah derita itu, air mata Asma bercucuran laju mengenangkan nasib anak dan suaminya.
    Asma mengambil masa lebih 10 minit untuk menenangkan emosi sebelum berkata, suami dan anaknya dibunuh tentera kerajaan selepas menemui sebuah buku ‘Ikhwanul Muslimin’ di depan rumahnya.

    “Saya percaya buku itu dibuang seorang daripada puak pemisah yang melarikan diri daripada buruan tentera kerajaan,” katanya.
    Ketika ditanya wartawan yang dibantu dua pelajar Malaysia di Jordan iaitu Zainal Abdullah dan Muhd Alimin Mohd Abiah bagaimana seluruh keluarganya dibunuh, Asma sekali lagi menangis teresak-esak sebelum berkata dengan kuat, “Jannah! Jannah! Jannah!” (Syurga! Syurga! Syurga!) “Saya yakin janji Allah bahawa orang teraniaya seperti keluarga saya akan masuk syurga. Anak dan suami kini menunggu saya di syurga,” katanya yang enggan mengulas bagaimana suaminya dibunuh kerana terlalu emosi.

    Sikap Asma membuatkan wartawan percaya dia menyimpan kisah menarik untuk dikongsi dengan rakyat Malaysia, membuatkan wartawan terus cuba meyakinkannya supaya bercerita.

    Selepas mengambil masa 30 minit untuk menenangkan perasaan, Asma akhirnya membuka mulut.

    Katannya, ketika kejadian dia berjalan ke sebuah kedai berhampiran rumah untuk membeli barangan dapur.

    “Saya melihat sebuah kereta membawa enam hingga lapan anggota tentera berlegar-legar bagai memburu seseorang.

    “Yakin suami dan anak saya tidak menyertai mana-mana kumpulan pembebasan, saya terus pergi ke kedai,” katanya sebelum mendengar bunyi puluhan das tembakan.

    Curiga dengan keadaan itu, Asma berlari pulang ke rumah sebelum melihat suaminya dalam keadaan tertanam di tanah sehingga paras kepala dalam keadaan berlumuran darah.

    “Malah, enam anak lelaki saya terbujur kaku di keliling bapa mereka. Ketika itu, saya juga ingin mati bersama mereka,” katanya.

    Tambahnya, hanya Allah tahu keadaannya ketika itu dan dia dibawa menaiki sebuah kereta untuk berlindung di Jordan oleh jirannya selepas pengebumian enam anak dan suaminya.

    Sebelum mengakhiri temubual itu, Asma meminta wartawan Harian Metro, Zainal dan Muhd Alimin supaya mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat Syria.

    Doa dibacakan Zainal membuatkan Asma terus menangis. Wartawan kemudian meninggalkan khemah diduduki Asma sebelum bergerak pulang ke pusat penginapan dengan perasaan bercampur-baur.

    Muktamad Pengambilan Pasar Chow Kit Awal 2013

    KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memuktamadkan pengambilan tanah bagi projek pembangunan Pasar Raja Bot atau lebih dikenali sebagai Pasar Chow Kit, di sini, selewat-lewatnya tahun depan.
    Datuk Bandar, Datuk Phesal Talib berkata, pihaknya juga akan menitikberatkan usaha mengetengahkan Pasar Raja Bot beridentiti Malaysia dengan menempatkan hanya peniaga tempatan.

    “Kita tak mahu Pasar Chow Kit menjadi seperti Jalan Pudu, Jalan Petaling dan beberapa kawasan lain yang dikuasai pendatang asing.
    “Diharap peniaga tempatan tidak sewenang-wenangnya ‘menyerahkan’ perniagaan mereka kepada warga asing yang kini berasa seolah-olah berniaga di negara sendiri,” katanya selepas merasmikan Program Korban Peringkat Masjid Negara 1433H, di sini, semalam.

    Pada program itu juga, 39 lembu diserahkan kepada Masjid Negara daripada syarikat korporat dan individu untuk dikorbankan.

    Turut hadir, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

    'Saya Kenal Suami Saya'

    KUALA LUMPUR: Isteri pengasas Restoran Sekinchan Ikan Bakar, Datuk Jamal Md Yunus, 42, Datin Nurhanizatul Shida Mat Hassan yakin suaminya tiada hubungan istimewa dengan pelakon Tasha Shilla.
    “Sebenarnya, saya sudah penat menjawab tuduhan banyak pihak dan blog tertentu yang mengaitkan pelakon itu dengan suami saya. Saya lebih kenal suami saya!” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

    Sebelum ini, gosip mengaitkan pelakon filem Ratu The Movie dan pernah membintangi beberapa drama itu ada hubungan istimewa dengan ‘Datuk J’, bahkan sering dilihat berkereta mewah yang dikatakan pemberian ahli perniagaan berkenaan.
    Nurhanizatul Shida yang mesra disapa Ekin, 28, turut terkena tempias apabila ramai menuding jari bahawa Datuk J adalah suaminya. Bagaimanapun, dia bertegas mengatakan, usahawan yang dikaitkan dengan pelakon berusia 24 tahun itu sebenarnya orang lain.

    Dia bagaimanapun tidak menafikan pada awal gosip itu melanda, pernah tanya suami untuk mendapatkan kepastian walaupun tahu sepanjang selama lima tahun perkahwinan mereka, tidak pernah timbul masalah.

    “Suami meminta saya bersabar dan tidak mudah percaya gosip mengaitkan dia dengan mana-mana wanita atau artis. Tidak dinafikan, hati isteri mana tidak cuak mendengar cerita itu pada mulanya.
    “Untuk itu, saya selalu mencuri baca khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan di telefon bimbit suami untuk mencari bukti.

    “Bagaimanapun, suami menyatakan kesibukan berniaga menyebabkan dia tidak ada masa untuk melayan cerita remeh-temeh dan meminta saya tidak cepat melenting dengan gosip itu,” katanya.
    Ekin tidak menafikan dia dan suami rapat dengan Tasha dan keluarga pelakon itu, malah mereka pernah berkunjung ke restoran miliknya di Ampang Point.

    Katanya, suaminya turut memiliki perniagaan kereta import iaitu IBM Automobiles serta memiliki rangkaian di United Kingdom (UK) dan mempunyai hubungan baik dengan beberapa artis terkenal tanah air.

    Tambah pemilik Ekin Bridal yang beroperasi di Centrum Setiawangsa, Taman Setiawangsa, itu, rumah tangga mereka makin bahagia dengan kehadiran cahaya mata, Mohd Addyka yang baru berusia lima bulan.

    Seorang Maut Kereta Rempuh Pokok

    JASIN: Kegembiraan tiga beradik, termasuk sepasang kembar, pulang ke kampung bertemu keluarga sempena cuti hujung minggu berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut dan seorang lagi parah selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan, kelmarin.
    Difahamkan, dalam kejadian jam 4.15 petang di Kilometer 179.1 Lebuhraya Utara-Selatan, ketiga-tiga beradik itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Segamat, Johor.

    Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Kelisa dipandu mangsa, M Vijaiyadarshini, 28, yang bekerja di syarikat penyiaran swasta, hilang kawalan sebelum merempuh pokok di kiri jalan.
    “Rempuhan itu mengakibatkan mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua yang lain, termasuk pasangan kembarnya, cedera,” katanya.

    “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin dan dibedah siasat malam semalam (kelmarin) sebelum dituntut ahli keluarga,” katanya.

    Gadis Bisu Terpedaya

    KUALA LUMPUR: Hinanya seorang lelaki apabila tergamak mengambil kesempatan terhadap gadis kelainan upaya (OKU) hingga menyebabkan remaja berusia 17 tahun itu hamil enam bulan dan kini menunggu masa melahirkan kandungannya di Rumah Sinar Salam, Chow Kit, di sini.
    Penyelia rumah berkenaan, Nurul Husna Hamid berkata, punca remaja itu terlanjur akibat hubungan terlarang daripada pergaulan bebas dan terpedaya dengan pujuk rayu teman lelakinya hingga disahkan hamil, awal tahun ini.

    “Walaupun dia bisu, teknologi canggih (laman web dan telefon bimbit) hari ini membolehkan pasangan kekasih berhubungan antara satu sama lain hingga terlanjur.
    “Kami tidak menafikan walaupun fizikalnya serba kekurangan, keinginan golongan ini sama dengan gadis normal lain,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.

    Remaja itu ditempatkan di rumah berkenaan disebabkan keluarganya enggan menerimanya semula selain malu dengan jiran dan masyarakat sekeliling.

    Ditanya bagaimana arahan diberi kepada remaja OKU itu, Nurul Husna berkata, mesej berbentuk tulisan dan gerakan badan serta isyarat tangan antara kaedah komunikasi berkesan digunakan.
    “Di rumah ini, kami menjaga makan minum dan membawa gadis berkenaan ke klinik untuk pemeriksaan setiap bulan bagi memastikan kandungan sihat serta tiada tekanan sepanjang kehamilan,” katanya.

    Rumah Sinar Salam dinaungi Yayasan Salam Malaysia (YSM) menghulurkan bantuan dalam bentuk kepakaran dan pengurusan sejak 2007 khusus untuk gadis yang terbabit dalam kancah sosial sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing apabila pulih kelak.
    Beliau berkata, di rumah itu, penghuninya diberi motivasi untuk membina semula imej yang tercalar, manakala ibu bapa diberi kesedaran supaya memberi peluang kedua kepada anak menerusi memberi bimbingan agama.

    “Selain itu, menerusi perkongsian bersama sebuah agensi swasta, kami mengadakan pelbagai aktiviti seperti kelas masakan, kemahiran komputer dan kraftangan kepada penghuni supaya masa lapang mereka lebih terisi.

    “Sebaik keluar dari rumah ini, ada di kalangan mereka diterima bekerja sebagai tukang cuci di hospital atau pembantu restoran.

    “Sekurang-kurangnya, dengan kemahiran yang dibekalkan, mereka mampu berdikari, sekali gus boleh membina hidup baru,” katanya.

    Pesawat Ditemui Setelah 70 Tahun Hilang

    Sebuah pesawat jenis Kittyhawak P-40 adalah merupakan milik tentera British Royal Air Force. Namun demikian, sewaktu pesawat ini diterbangkan, tiba-tiba ia hilang kawalan sehingga dikatakan sebagai satu kes misteri.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Melayukini.net – Pesawat Ditemui Setelah 70 Tahun Hilang | Seperti yang kita tahu, perang dunia merupakan satu konfik sedunia yang memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang termasuk orang awam dan tentera. Semasa peperangan tercetus, terdapat sebuah pesawat perang dunia ke-2 yang hilang selama 70 tahun dan kini ia berjaya ditemui semula. Pesawat Kittyhawak P-40 tersebut adalah milik tentera British Royal Air Force dan diterbangkan oleh Sarjan Dennis Copping. Pesawat tersebut berpengkalan di Mesir semasa kempen Afrika Utara terhadap Rommel. Pesawat yang didapati mengalami kerosakan tersebut diarahkan untuk dibawa ke pengkalan lain untuk dibaiki.
    Semasa di dalam perjalanan, pesawat tersebut didapati hilang kawalan pada Jun 1942 dan kehilangannya menjadi misteri.Setelah 70 tahun, pesawat tersebut berjaya ditemui semula di Gurun Sahara dalam keadaan serba lengkap seperti tidak diusik oleh sesiapa.
    Nasib juruterbang tersebut pula dikatakan selamat semasa ianya terhempas melalui penemuan sisa-sisa payung terjunnya dan juga radio rosak yang dikeluarkan daripada pesawat menunjukkan beliau cuba untuk menghubungi pengkalan.

    Mengancam! Konsep Pesawat Penumpang Masa Depan

    Kapal terbang penumpang sememangnya memerlukan beberapa perubahan sejajar dengan dunia teknologi sekarang. Kini terdapat sebuah reka bentuk kapal terbang yang mahu dibina seperti dalam keadaan lutsinar.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Melayukini.net – Mengancam! Konsep Pesawat Penumpang Yang Lutsinar (5 Foto) | Jangan terkejut dengan reka bentuk kapal terbang ini yang dihasilkan dengan struktur dinding lutsinar. Walauabagaimanapun, ia sekadar satu konsep yang cuba diketengahkan sejajar dengan dua teknologi moden. Pesawat futuristik yang dibina ini  dilengkapi dengan zon melepak dan bar untuk bersosial. Uniknya, hiburan yang ada dalam pesawat itu digerakkan dengan tenaga dari suhu kehangatan badan para penumpang pesawat. Jom lihat gambar di bawah ini.
    Sebagian besar teknologi yang digunakan dalam pesawat ini seperti bentuk kerusi pesawat dan display atap bukan barang baru. Namun, bagaimana Airbus membuat dinding yang transparent masih jadi misteri.
    “Konsep kabin berupa struktur bionik yang menirubentuk kerangka burung,” demikian yang diklaim Airbus.
    Struktur ini akan memberikan kekuatan, juga memungkinkan dinding kabin ‘pintar’ ini mengatur suhu udara dan menjadi transparent untuk agar para penumpang dapat menikmati panorama sekitar sewaktu penerbangan.
    Kabin masa depan ini dirancang sejak tahun lalu oleh Airbus dikemaskan dengan teknologi yang mesra alam: mengurangi bahan bakar, sampah, dan kebisingan.
    Kabin juga akan dilengkapi ‘zon interaktif’, yang menyediakan game virtual seperti golf. Juga fasiliti konferensi interaktif. Kabin akan memenuhi kehendak para penumpang.
    Juga ada ‘zon vitalization’ yang dilengkapi udara yang ditambah vitamin dan antioksidan, pembangkit mood, aromaterapi, juga terapi akupresur.
    Penelitian kami akan membuat penumpang pesawat pada 2050 akan menikmati pengalaman terbang yang yang tanpa batasan,seiring dengan melestarikan alam sekitar,” kata Airbus engineering executive vice-president, Charles Champion.

    Subhanallah! Ombak Besar Tiba-Tiba Membeku Di Antartika

    Di Antartika, ombak setinggi lebih tiga meter didapati tiba-tiba membeku keras. Fenomena ini adalah kerana kawasan di sana menjadi sejuk yang terlampau.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Melayukini.net – Subhanallah! Ombak Besar Tiba-Tiba Membeku Di Antartika ( 6 Foto) | Masih ingat lagi dengan kejadian di Pakistan yang mana air lautnya menjadi membeku di sana (LINK) . Kali ini ia berlaku pula di antartika. Namun bukan air lautnya sahaja yang membeku, malah ombaknya pula membeku keras.  Inilah fenomena menakjubkan ia kelihatan unik dan menakutkan apabila ombak yang tinggi tiba-tiba membeku di sebabkan cuaca yang sangat sejuk. Jom lihat gambar di bawah ini.
    Melayukini.net - Bayangkan kekuasaan Allah SWT. Ombak yang sedang menjulang tinggi pun, Allah mampu membekukannya, apatah lagi benda yang lain. Memang fenomena ini satu keajaiban dan jika ia berlaku di Malaysia sudah tentu menjadi tarikan di sana. Namun seperti yang kita tahu, antartika antara kawasan yang mempunyai iklim yang sejuk.

    Awan Tsunami Di Langit Johor!

    Penduduk tempatan di Segamat Johor menjadi gempar apabila sebuah awan yang berbentuk tsunami muncul di kaki langit pekan itu. Apakah sebenarnya yang berlaku?
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Melayukini.net – Awan Tsunami di Johor (Seram!) | Sebuah awan besar yang persis seperti tsunami telah dirakam di Segamat, Johor pada Disember tahun lalu. Kemunculan awan tsunami itu telah menggemparkan penduduk setempat dan masing-masing telah memberhentikan kenderaan untuk melihat fenomena kejadian pelik tersebut. Foto yang dirakam menunjukkan seperti sebuah tsunami gergasi sedang bersedia untuk menenggelamkan bandar Segamat. Nauzubillah. Gambar awan tsunami yang seram yang berlaku di Johor itu ada di bawah.

    Tidak dapat tidak digambarkan dengan kata-kata jika awan tersebut merupakan tsunami yang sebenar. Sangat menakutkan. Agaknya beginilah keadaan di Hari Kiamat kelak. Ibu yang mengandung pun tergugur kandungannya tanpa disedari dan lari lintang pukang. Mana taknya, gunung ganang ketika itu tercabut, dan manusia berterbangan seperti serangga. Nauzubillah. Insaflah diri.

    Pelik! Ular Mempunyai Rambut Yang Panjang

    Seekor ular telah mengemparkan penduduk kampung warga Lemah Abang, Indramayu, Jawa Barat. Penemuan ular ini sangat pelik kerana bentuk fizikalnya mempunyai rambut di kepala.
    Pelik! Ular Mempunyai Rambut Yang Panjang | Seperti yang kita tahu, ular bukanlah jenis haiwan yang berbulu apatah lagi mempunyai rambut di bahagian kepalanya. Ular merupakan haiwan yang mempunyai sisik. Namun  seekor ular sawa berambut lebat mirip manusia ditemui oleh warga Lemah Abang, Indramayu, Jawa Barat. Ular ini ditemui di tempat keramat di Cibulan, Kuningan, Jawa Barat, Indonesia. Penemuan ini telah menggemparkan penduduk di kawasan tersebut. Setelah diukur, ular sawa ini mempunyai rambut yang panjangnya 15-20 cm. Jom tengok gambar ular yang berambut panjang.
    Melayukini.net - Wah! sangat luar biasa, ular pun ada rambut. Tidak diketahui bagaimana ular ini mempunyai rambut, dan berkemungkinan ia mempunyai genetik luar biasa yang terkandung dalam badannya.

    Pelik! Anak Ular Berkepala Naga Ditemui

    Seekor ular ditemui dalam keadaan fizikal yang pelik. Kepala ular tersebut menyerupai seekor naga yang pernah kita lihat dengat tentang kisah dongeng mengenai naga-naga yang terdapat pada zaman dahulu.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Anak Ular Berkepala Naga Ditemui | Jika sebelum ini kita pernah mendengar mengenai ular dilahirkan dalam kembar berkepala dua (LINK), tetapi kali ini berbeza pula. Seekor anak ular dilahirkan dalam keadaan mempunyai sifat anggota badan yang pelik. Anak ular pelik tersebut dikenali sebagai ular berkepala naga. Ular naga ini lebih dikenali Dragon mungkin selama ini dianggap simbol bagi kebanyakan masyarakat di cina. Cuba tengok di kedai emas pasti kebanyakan dompet atau ikon labelnya gambar naga, begitu juga tahun naga dianggap tahun keberuntungan kepada sesiapa yang dilahirkan pada tahun naga. Gambar pelik ular bekepala naga ada di bawah.
    Tetapi gambar unik seekor anak ular berkepala naga ini mempunyai berukuran sama dengan jari manusia bermakna bukan la dongeng, anda cuba lihat di bahagian tanduk ular pelik ini, tidak ubah seperti seekor naga.
    Melayukini.net - Subhnallah uniknya ciptaan Allah SWT. Kita sendiri tidak pasti apakah kesudahananya jika ular naga ini meningkat dewasa. Apakah terdapat berlakunya perubahan betuk fizikal terhadap kepalanya. Apa yang paling penting, ular ini benar-benar menyerupai seekor naga seperti yang kita lihat imej yang dilakarkan sebagai contoh dalam komik Mutiara Naga.

    Saturday, October 27, 2012

    Aluminium Dalam Makanan Dan Minuman

    aluminium dalam makanan dan minuman
    sedarkah anda , sisa aluminium dalam kuali atau peralatan memasak di rumah anda boleh menyerap masuk ke dalam makanan anda ?
    begitu juga bayi anda mungkin mengambil aluminium secara berlebihan apabila meminum susu tepung .
    logam beracun seperti aluminium boleh menyebabkan kerosakan tulang dan otak apabila diserap masuk ke dalam darah .
    golongan tua pesakit buah pinggang dan kanak kanak kecil paling mudah menerima kesan buruknya .
    kini aluminium dikaitkan dengan penyakit alzheimer , suatu keadaan nyanyuk pada usia muda serta masalah kelemahan mental .
    diantara tahun 1990-91 , kami telah menguji 21 jenama minuman segera dan kopi tempatan untuk aluminium . hasilnya memang menakutkan ; kesemua melebihi paras maksimum yang dikhususkan untuk bekalan air paip antara dua hingga 28 kali ganda .

    aluminium dalam makanan dan minuman

    aluminium dalam makanan dan minuman
    penemuan kami mengesahkan hasil ujian terdahlu yang dijalankan pada tahun 1989 ke atas 35 jenis susu rumusan bayi , bijirin bayi dan tepung dimana 29 (kira kira 83%) mengandungi aluminium yang berlebihan berbanding piawaian untuk bekalan air paip .
    kesimpulan mudah : rakyat malaysia mungkin mengambil bahan logan beracun ini kadar yang tinggi bersama minuman seperti susu teh dan kopi .
    di malaysia tiada piawaian bagi aluminium dalam susu atau minuman lain . satu satu piawaian bagi aluminium ialah bekalan air kita iaitu 200mikrogram/liter .
    aluminium dalam minuman segera yang popular .
    kita telah menguji 11 jenama minuman kesukaan pengguna dan hasilnya memang memeranjatkan . kesemuanya mengandungi aluminium antara 67-28 kali ganda melebihi paras yang dibenarkan dalam air paip .

    aluminium dalam makanan dan minuman

    antara contoh :
    maxwell house melebihi 28.1 kali ganda
    van houten’s cocoa melebihi 23.1 kali ganda
    nestea melebihi 23.0 kali ganda
    boncafe melebihi 22.8 kali ganda
    moccona melebihi 17.7 kali ganda
    horlick melebihi 10.1 kali ganda
    ovaltine melebihi 9.2 kali ganda
    milo melebihi 8.5 kali ganda
    sustegen melebihi 7.7 kali ganda
    complan melebihi 6.3 kali ganda
    nescafe melebihi 6.1 kali ganda
    aluminium dalam makanan dan minuman – sumber : persatuan pengguna pulau pinang -
    http://terapi.imamuda.com/syifa/aluminium-dalam-makanan-dan-minuman

    1,000 Orang Islam Rohingya Disembelih!!! Bangkit Wahai Umat Islam Semua!!! Jihad!!!


    YANGON (Myanmar): “Saya bukan cakap kosong, tapi ada bukti. Penduduk etnik Rakhine kini bermaharajalela menyerang dan membunuh orang Islam Rohingya di Arakan, tetapi malangnya perkara ini tidak diketahui masyarakat luar kerana pihak berkuasa bijak menyorokkan maklumat sebenar.
    “Malah, anggota pasukan keselamatan turut membantu puak Rakhine menindas penduduk Rohingya. Perkara ini bukan lagi rahsia kerana semua orang Islam di Myanmar tahu, namun kami dihalang memberi bantuan,” kata aktivis Islam yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 32, ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
    Ahmad yang ibu bapa dan adik-beradiknya masih di Arakan berkata, dia sentiasa memantau perkembangan di negeri kelahirannya itu selain berhubung dengan beberapa individu di sana untuk mendapat maklumat terkini.

    Menurutnya, setiap individu Muslim tidak wajar berdiam diri tanpa melakukan apa-apa sedangkan ratusan ribu saudara seagama menderita akibat tekanan puak Rakhine yang dibantu pasukan seragam kerajaan di Arakan.
    BUKTI…Ahmad menunjukkan rakaman video penderitaan umat Islam Rohingya.
    Beliau mendakwa pada masa ini ada kira-kira 115,000 orang umat Islam Rohingya tinggal di lima khemah penempatan sementara di beberapa kawasan iaitu di Thet Khapyin yang menempatkan 40,000 orang, Da Bai Thaecheung (25,000), Bumay (10,000), Budu Pa (20,000) dan Sampya Barat (20,000).

    56 Korban Baru Di Rakhine




    YANGON: Seorang pegawai kerajaan berkata, 56 orang terbunuh dan hampir 2,000 rumah dibakar dalam keganasan etnik terbaru di barat Myanmar.
    Jurucakap kerajaan tempatan Rakhine, Win Myaing berkata, antara yang terbunuh ialah 25 lelaki dan 31 wanita.
    Jumlah kematian itu diterima setakat jam 7 malam waktu tempatan di empat bandar yang dilanda keganasan sejak Ahad lalu.

    Menurutnya, 1,900 rumah dibakar dalam konflik terbaru antara penduduk Islam Rohingya dengan penduduk Buddha.
    Laporan sebelum ini menyatakan beribu-ribu penduduk Islam terpaksa lari menyelamatkan diri ke kem pelarian.
    Mereka terpaksa menumpang di kem berkenaan dengan hanya keperluan asas.
    Keganasan di kawasan sama Jun lalu meragut 95 nyawa dan ratusan ribu hilang tempat kediaman.
    “Anggota tentera kini membantu mengawal keadaan,” kata Win Myang.
    Kerajaan Myanmar semalam menguatkuasakan perintah berkurung di beberapa kawasan di Rakhine.
    Sejumlah besar penduduk Islam melarikan diri di Sittwe, bandar utama Rakhine, dengan bot. Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) menganggarkan lebih 1,000 pelarian tiba di Sittwe setiap hari sejak Ahad lalu.
    Jurucakapnya di Bangkok, Vivian Tan berkata: “Ramai lagi dijangka tiba.
    “Mereka mahu mencari perlindungan di kem pelarian berdekatan Sittwe, yang kini sudah terlalu padat.”
    Puluhan ribu lagi ditempatkan di kem lain di sekitar bandar itu.
    Dalam pada itu, penduduk Buddha yang diterajui kumpulan sami megadakan tunjuk perasaan, mendesak pihak berkuasa Myanmar mengusir penduduk Islam dari negara itu.
    Penduduk Islam Rohingya di Myanmar yang tidak diiktiraf kerajaan negara itu sudah sekian lama dianggap oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai golongan minoriti yang paling dianiayai di dunia.
    Sementara itu, kumpulan utama masyarakat Islam Myanmar mengambil keputusan untuk membatalkan perayaan Aidiladha yang bermula hari ini.
    Kumpulan pemerhati hak asasi manusia berkata, mereka bimbang jumlah yang terbunuh dalam keganasan terbaru penduduk Buddha Myanmar mungkin jauh lebih tinggi.

    MatRuncit.my: Kedai Runcit ONLINE Berkonsepkan Harga Promosi



    Berita baik! Kini anda boleh membeli barangan runcit secara online di MatRuncit.my pada harga promosi yang bukan sahaja setanding dengan harga supermarket atau hypermarket malah lebih murah lagi.
    Semua harga yang ditawarkan adalah berupa ‘HOT Deal PROMOSI’ yang cukup menarik di antara 30%-60% malah mampu mencecah 80% pada masa-masa tertentu. Semua barangan yang dibeli akan dihantar terus ke pintu rumah anda!! Best kan..
    3 Langkah senang untuk membuat pesanan online:
    1. Pilih barang yang hendak dibeli.
    2. Bayar dengan kad kredit atau online banking.
    3. Pesanan diproses dan barangan dihantar ke rumah anda.
    Sungguh mudah kan?
    Tunggu apa lagi, jom layari MatRuncit di laman web tertera di bawah. Jangan lupa untuk LIKE fanpage MatRuncit di Facebook memandangkan promosi khas akan ditawarkan kepada fan MatRuncit dari masa ke semasa.
    Jangan lupa kongsi MatRuncit bersama keluarga dan rakan-rakan agar semua mendapat manfaat bersama.

    Bayi Maut Tercampak Keluar Kereta


    Mayat Mohamad Aysisy ditutup selepas tercampak keluar ketika kedua-dua kenderaan bertembung.
    KUANTAN- Seorang bayi berusia setahun maut tercampak keluar dari kereta yang dipandu bapanya setelah kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 37, Jalan Temerloh- Mayam dekat Bera, petang kelmarin.
    Dalam nahas kira-kira jam 2.40 petang itu, mangsa Mohamad Aysisy Shfyi’ Mohd Rizail, 1, yang sebelum itu berada di pangkuan ibunya di tempat duduk penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

    Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kemalangan itu, ibu mangsa, Salma Mohd Sadali, 21 cedera parah apabila patah bahu dan terkoyak kulit muka.
    Menurutnya, pemandu kereta Mohd Rizail Abd Kadir, 32 yang bertugas sebagai anggota tentera di Markas Tentera Darat, Cawangan Sumber Manusia, Kementah, Kuala Lumpur dan seorang lagi anaknya, Qaseh Nur Syifa’, 2, hanya mengalami kecederaan ringan.
    “Pemandu lori, Mohamad Mazani Yusof, 27, dari Felda Bukit Goh dekat sini turut terselamat dan juga hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.
    Beliau berkata, empat sekeluarga dari Felda Sebertak itu dipercayai dalam perjalanan ke Felda Kumai dari arah Temerloh.
    “Ketika sampai di lokasi nahas, lori yang dipandu Mohamad Mazani dari arah bertentangan hilang kawalan dan nyaris terbalik ketika cuba mengelak sebuah lori balak yang memotongnya di sebelah kanan.
    “Tindakan pemandu lori terbabit mengelak ke kiri menyebabkan kenderaan yang dipandu hilang imbangan memandangkan permukaan jalan di kawasan itu tidak rata,” katanya.
    Mohamed Fauzi berkata, pemandu lori menekan minyak untuk masuk kembali ke laluan namun kenderaan tersebut tersasar ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta dinaiki empat beranak itu.
    “Akibat pertembungan itu, kereta jenis Proton Persona itu terseret beberapa meter manakala mangsa yang berada di pangkuan ibunya tercampak keluar melalui bahagian pintu depan sebelah kiri yang tercabut.
    Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk bedah siasat manakala kedua ibu-bapa dan kakak mangsa turut dihantar menerima rawatan di hospital sama.
    “Pemandu lori yang mengalami cedera ringan hanya mendapat rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Bandar 32, Bera,” katanya.
    Beliau berkata, punca sebenar kemalangan yang meragut nyawa bayi terbabit masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Suri Rumah dan Bayi Baru Lahir Ditemui Mati

    KULIM – Seorang suri rumah dan seorang bayi baru lahir ditemui mati dalam bilik utama dan bilik air sebuah rumah teres di Taman Kekwa di sini petang semalam.
    Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata polis mendapat maklumat yang membawa penemuan dua mayat itu kira-kira pukul 2.30 petang daripada seorang jiran mangsa yang dikatakan hairan kerana mangsa tidak keluar dari rumah dan mengambil anak-anaknya di sekolah seperti biasa.
    “Jiran tersebut memaklumkan kepada polis yang kemudian pergi ke rumah berkenaan dan mendapati mayat seorang perempuan yang dikenali sebagai Shaniza Idris, 27, berlumuran darah dalam keadaan tertiarap dalam bilik utama sementara mayat seorang bayi yang baru dilahirkan pula ditemui dalm bilik air rumah tersebut,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
    Beliau berkata mangsa adalah isteri kepada seorang konstabel sokongan yang bertugas di Balai Polis Kulim dan ketika kejadian sedang berkursus di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan.

    Ghuzlan berkata kematian mangsa pada awalnya dipercayai akibat keguguran tetapi dalam siasatan polis mendapati bahawa tiada sebarang rekod daripada Klinik Kesihatan dan sebagainya yang ditemui mengesahkan bahawa mangsa sedang mengandung.
    Katanya mayat kedua-duanya dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat, yang sedang dijalankan pakar forensik dari Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dan mungkin keputusannya akan dapat diketahui lewat petang ini.
    “Kita mengkategorikan kematian tersebut adalah mati mengejut,” katanya.
    Sementara itu, jiran mangsa yang tinggal di hadapan rumah berkenaan, Rohizat Abdul Rahim, 49, dan isterinya Normah Ali, 48, telah pergi ke rumah mangsa setelah mendengar salah seorang dari tiga anak mangsa menangis.
    Rohizat berkata setiap hari Shaniza akan menghantar anaknya ke sekolah dan selepas pulang terus menutup pintu dan berada dalam rumah, dan pukul 1 tengah hari akan keluar sekali lagi mengambil anaknya di sekolah.
    “Semalam anak sulungnya pulang bersendirian dan saya dengar anak yang lain menangis kuat dalam rumah itu lalu saya suruh isteri saya ke rumah mangsa untuk memastikan sebab anak itu menangis,” Rohizat.
    Sementara itu, Normah berkata apabila dia masuk ke dalam rumah itu dia mendapati terdapat beberapa tompokan darah di lantai dari bilik air hingga ke bilik tidur utama rumah itu dan mendapati Shaniza terlentang kaku hanya memakai coli tanpa pakaian lain dan sudah tidak bernyawa lagi.
    “Lalu saya menjerit minta tolong daripada jiran-jiran bersebelahan dan menutupnya dengan sehelai selimut. Pada ketika itu saya tidak pasti sama ada terdapat mayat seorang bayi dalam bilik air di rumah itu kerana saya menumpukan untuk membantu Shaniza dengan meminta bantuan jira-jiran memanggil polis dan ambulans,” katanya yang merupakan orang pertama masuk ke rumah tersebut untuk mengetahui sebab salah seorang anak mangsa menangis begitu kuat.
    Suami mangsa Asmadi Ahmad, 28, yang ditemui di bilik forensik Hospital Kulim kelihatan sugul dan trauma atas tragedi yang berlaku terhadap terhadap isterinya.
    Dia yang tidak banyak bercakap berkata mayat isteri dan anaknya itu akan dikebumikan di Pokok Sena petang ini.
    “Kematian ini adalah satu tragedi pada diri saya dan saya amat terkilan lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi, kerana anak-anak kami tanpa ibunya di hari raya ini,” katanya dengan nada tertekan.
    Hasil perkongsian hidup Asmadi dan Allahyarham Shaniza, mereka mempunyai tiga orang anak iaitu dua lelaki Mohd Danial, 7, yang bersekolah di Tahun Satu, dan Mohd Dani, 4, serta Puteri Dayana, 1.

    Thursday, October 25, 2012

    Jawatan Kosong Kerajaan Terkini Setakat 25 Oktober 2012

    Assalamualaikum & Salam sejahtera kawan-kawanku semua.

    Berikut adalah senarai jawatan kosong terkini :

    [+]  Jawatan Kosong di PETRONAS
    ---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-petronas

    [+]  Jawatan Kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
    ---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-lembaga-hasil-dalam-negeri-lhdn-3

    [+]  Jawatan Kosong di Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang
    ---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-perbadanan-bekalan-air-pulau-pinang-4

    [+]  Jawatan Kosong di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kelantan
    ---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-pejabat-pengarah-tanah-dan-galian-negeri-kelantan

    [+]  Jawatan Kosong di Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sarawak
    ---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-jabatan-pengairan-dan-saliran-negeri-sarawak

    [+]  Jawatan Kosong di Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS)
    ---> http://jawatankosongkerajaan.my/job-vacancies-at-pusat-pembangunan-kemahiran-sarawak-ppks


    Pastikan anda lihat tarikh tutup setiap jawatan terlebih dahulu sebelum memohon.

    Wednesday, October 24, 2012

    Fazura Manja Di Sisi Buah Hati

    Fazura

    Fazura Manja Di Sisi Buah Hat



    Alahai manjanya pelakon cantik, Fazura di sisi buah hatinya, Tengku Mahkota Johor. Bagai pinang dibelah dua, sama kacak sama lawa!
    Bilalah agaknya mereka akan menamatkan zaman bujang. Tidak elok perkara baik dilambatkan, takut nanti ada orang yang ‘dengki’ pula.
    Bukan apa, menerusi gambar yang dimuat naik dari laman Facebook ni, ada insan yang mula cemburu dengan Tengku Mahkota Johor.
    Mereka ni perasan yang Fazura tu ibarat kekasih hati mereka.
    Kelakar pun ada, oleh kerana terlalu obses pelakon kesayangan mereka, ada yang mengatakan sanggup melakukan apa saja demi Fazura.
    Biasalah tu, peminat.. Mereka memang sering bercita-cita untuk sentiasa dekat dengan artis kegemaran masing-masing.
    Apa-apa pun, kita doakan saja yang terbaik buat mereka.
     KASIH

    Zubir Dakwa Gambar Bogel Rozita Adalah Tulen!

    Zubir - Rozita

    Zubir Dakwa Gambar Bogel Rozita Adalah Tulen


    Minggu lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan pengedaran sekeping gambar bogel pelakon cantik, Rozita Che Wan yang tersebar luas di internet.
    Namun demikian, Rozita sudah menafikan gambar itu adalah miliknya. Dia menyatakan terdapat tiga kemungkinan yang ada pada gambar berkenaan.
    Pertama gambar itu sudah di ‘super impose’ kedua mungkin ada pelanduk dua serupa yang sama wajah sepertinya.
    Atau yang ketiga mungkin juga ada muka pondan yang seakan-akan menyerupainya.
    Tetapi menerusi laman portal Rotikaya.com, hari ini, mereka mendedahkan tentang pendapat salah seorang daripada wartawan hiburan terkenal.
    Wartawan itu adalah Zubir dari Berita Harian.
    Menerusi Facebook, Zubir atau nama sebenarnya Zubir Mohd Yunus, ada menulis yang gambar bogel Rozita Che Wan itu adalah tulen!
    Zubir turut seakan-akan mencabar Rozita untuk tampil membuat laporan di balai polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membuktikan gambar itu benar-benar bukan miliknya.
    Tidak pasti pula bagaimana Zubir dapat tahu yang gambar itu adalah asli.
    Adakah Zubir sudah selidik terlebih dulu mengenai perkara itu? Tak tahulah…
    Apa-apa pun tunggu saja apa tindakan Rozita selepas ini sama ada dia akan membawa perkara ini kepada pihak berkuasa atau sebaliknya.



     KASIH ISA


    Proses Penceraian Ganggu Emosi Saya

    A.Aida

    Proses Penceraian Ganggu Emosi Sa


    KUALA LUMPUR – Pelakon dan penerbit, A.Aida mengaku oleh kerana kes penceraiannya masih lagi dalam proses mahkamah, ia sedikit sebanyak menganggu emosinya dan menjejaskan prestasi kerjayanya.
    Jika sebelum ini penulis skrip itu mampu menyiapkan skrip drama dalam masa dua atau tiga hari, tetapi kini kerja-kerja penulisannya sering tertangguh sehingga ada kalanya terpaksa mangambil masa sampai dua bulan.
    Menurut A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 42, proses penceraiannya itu amat menganggu emosi.
    “Kalau sebelum ni saya cepat jer nak siapkan skrip. Sehari dua dah boleh siap. Tapi sejak kebelakangan ini ia mengambil masa sehingga dua bulan.
    “Sebolehnya saya tak mahu memikirkan tentang masalah rumah tangga ini.
    “Harap kes (penceraian) ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya yang dipetik melalui Malaysiandigest.com, ketika ditemui di majlis sidang media drama terbaru, Putera Rayyan terbitan produksinya, A.Aida Productions, di sini, semalam.
    Mengimbas kembali kes penceraiannya, pada hujung bulan lalu, A.Aida telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, seorang pegawai polis berpangkat DSP, Suffian Sulaiman selepas menyedari mereka tiada lagi persefahaman.
    Dia nekad mahu bercerai dengan suaminya kerana tahap kesabaran suaminya sudah melebihi batas.
    Jelasnya, selama lima tahun perkahwinan dia dan anak-anak sudah cukup sengsara.
    Namun begitu, A.Aida enggan bercerita lanjut mengenai perilaku suaminya kerana dia tidak mahu mengaibkan sesiapa.
    “Selama lima tahun kami hidup bersama, kalau ikutkan hati selepas tiga bulan kahwin saya dah rasa nak bercerai. Tak tahan dengan perangai dia.
    “Saya nekad nak cerai ni pun sebab saya fikirkan anak-anak. Fikirkan mak saya.
    “Selama ni mak saya yang banyak nasihat saya, suruh saya pertahankan rumah tangga saya. Tapi dah memang tak boleh dah,” ujarnya.
    Tambahnya, meskipun serik dalam perkahwinan kali ini, dia perlu tabah dan kuat semangat demi anak-anak yang kini sedang membesar.
    A. Aida berkahwin dengan pegawai polis yang bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Logistik, Bukit Aman Kuala Lumpur pada 20 April 2007.
    Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rahul yang kini berusia empat tahun.
    Sebelum berkahwin dengan Suffian, dia pernah bernikah dengan bekas vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng pada tahun 1994 dan berpisah pada tahun 2003.
    Hasil perkahwinan itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Wan Az Aleesa, 16, dan Wan Azevanatassha yang berusia 11 tahun. NURUL NAFISAH MAZLAN

    Keletah Dan Aksi Fara Fauzana Di Jepun

    Keletah Dan Aksi Fara Fauzana Di Jepun


    Agak-agak, ramai tak yang tertanya-tanya ke mana hilangnya suara penyampai radio wanita, Fara Fauzana di konti radio Hot.FM setiap pagi?
    Sekarang ini, suara yang kedengaran di Hot.FM hanyalah suara Faizal Ismail dan AG sahaja.
    Rupa-rupanya, Fara tidak berada di dalam Malaysia ketika ini.
    Nak tahu Fara ke mana?
    Penyampai radio yang celoteh ini sebenarnya berada di negara Jepun selama seminggu.
    Pemergian Fara ke Jepun juga adalah atas dasar tuntutan kerjanya sebagai pengacara sebuah program wanita, Nona di saluran TV3.
    Sementara kita menunggu kepulangan Fara, ini adalah beberapa keping gambar dan keadaan diri Fara ketika di Jepun.
    Gambar-gambar milik Fara ini telah dimuat naik ke laman Twitter dan profil Instagramnya.
    Semoga, hilanglah sedikit kerinduan peminat-peminat Fara kepada dirinya.
    Layan!