Nuffnang Ads

Saturday, March 30, 2013

KEK COKLAT MOIST KUKUS *maizura*

sedapnya..

cuti sekolah ni apa lagi...yg termudah nak kakmai sediakan..
anak2 mmg lapar jer..

KEK COKLAT MOIST KUKUS
*maizura*

4 biji telo
1 cwn gula pasir
~ diblender kembang/ hingga berbuih

2 cwn tp gandum
1 sdk b/soda
1 sdk b/powder
1 cwn serbuk koko
~ di ayak bersama kedlm satu bekas

1 cwn mnyak jagung/ masak
1 cwn air panas didih

####
-tuangkan bhn diblend kedlm bhn di ayak
-masukkan mnyak ,kacau sebati
-masukkan air panas & dikacau rata
-panaskan kukusan & sapu loyang dgn majerin/mnyak
-tuangkan adunan (loyang 8in )
-kukus 1 jam @ hngga masak

TOPPING
1/2 cwn susu pekat
2 sdb serbuk koko
2 sdb mentega
-masukkan susu + serbuk koko dlm periuk(api kecil)
-kacau hngga pekat
-masukkan mentega -tutup api
-dah sejuk sikit tuangkan atas kek yg dah disejukkan juga
-taburkan lah...apa2 yg anda suka..spt coklat chips dsb
.

Friday, March 29, 2013

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini Setakat 29 Mac 2013 Bil.2

Assalamualaikum & Salam sejahtera Kawan-kawanku semua.

Berikut adalah senarai jawatan kosong terkini :

[+] Jawatan Kosong di Kementerian Pelajaran Malaysia
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-kementerian-pelajaran-malaysia-5

[+] Jawatan Kosong di Universiti Putra Malaysia (UPM)
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-universiti-putra-malaysia-upm-4

[+] Jawatan Kosong di PETRONAS
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-petronas-2

[+] Jawatan Kosong di Kastam DiRaja Malaysia
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-kastam-diraja-malaysia

[+] Jawatan Kosong di 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-1malaysia-development-berhad-1mdb

Pastikan anda lihat tarikh tutup setiap jawatan terlebih dahulu sebelum memohon.

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini Setakat 29 Mac 2013

Assalamualaikum & Salam sejahtera Kawan-kawanku semua.

Berikut adalah senarai jawatan kosong terkini :

[+] Jawatan Kosong di Maktab Koperasi Malaysia
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-maktab-koperasi-malaysia-6

[+] Jawatan Kosong di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-keretapi-tanah-melayu-berhad-ktmb-7

[+] Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-suruhanjaya-perkhidmatan-awam-negeri-perak-3

[+] Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-suruhanjaya-perkhidmatan-awam-negeri-pahang-2

[+] Jawatan Kosong di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-pertubuhan-berita-nasional-malaysia-bernama-8

Pastikan anda lihat tarikh tutup setiap jawatan terlebih dahulu sebelum memohon.

Wednesday, March 27, 2013

Sponge Cake

Next is sponge cake  
250g tepung span mix
4 biji telur gred B
80ml air
80ml minyak masak
Campurkan tpong span mix, telur n air  .. Pukul hingga kembang n betul2 gebu
Akhir skali masukkan minyak n kaup balik guna spatula  .. Alas loyang n bakar pd suhu 180°c selama 40 minit atau hingga masak  .. 

KEK MARBLE PELANGI

Kek marble pelangi, baru hari ni nk post..

KEK MARBLE PELANGI

1 cwn butter
3/4 cwn gula caster
3 bj telur
1 st vanilla
1 1/2 cwn tepung gandum
1 1/2 sk baking powder
3 sb susu pekat
1 sb koko powder
warna hijau pink,kuning

1.pukul mentega dgn gula hingga gebu,masukkan telur satu2..pkl lagi.
2.Ayak tpg dgn baking pwdr, masukkan kedlm adunan sikit2 hingga habis
3.masukkan susu pekat n esen vanilla.
4. panaskan oven 170*.
5.bahagikan adunan utk bbrp bhgian, warnakan..yg choc tu tambahlah dgn serbuk koko tadi..yg lain2 tu warna dgn pink, hijau n kuning...
6.Bakar 45 min.

Cristiano Ronaldo melakukan sesuatu yang mengejutkan umat islam dan dunia

Di akhir perlawanan kelayakan Piala Dunia Grup F antara Portugal dan Israel, Cristiano Ronaldo menolak bertukar jersey dengan pemain Israel.

Menurut laporan Shabestan, wartawan tv Aljazeera sempat bertanya kepada Ronaldo, 'Anda saat ini berada di tanah Israel atau Palestin?' Bintang dunia yang berasal dari Portugal ini menjawab, "Saya berada di bumi Palestin."

Di akhir perlawanan, pemain Israel mendekati Ronaldo untuk bertukar jersey, namun dia tidak mengendahkan pemain Israel tersebut.

Seperti diberitakan, Portugal bertanding melawan Israel baru-baru ini di perlawanan kelayakan Piala Dunia Grup F. Seperti diberitakan oleh Antara, Portugal bangkit dari tertinggal 1-3 untuk menyamakan kedudukan 3-3 di masa tambahan. -ANTARA

Jawatan Kosong Kerajaan Setakat 27 Mac 2013

Assalamualaikum & Salam sejahtera Kawan-kawanku semua.

Berikut adalah senarai jawatan kosong terkini :

[+] Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-suruhanjaya-perkhidmatan-air-negara-span-5

[+] Jawatan Kosong di Suruhanjaya Syarikat Malaysia
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-suruhanjaya-syarikat-malaysia

[+] Jawatan Kosong di Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas)
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-syarikat-bekalan-air-selangor-sdn-bhd-syabas-6

[+] Jawatan Kosong di Sime Darby Holdings Berhad
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-sime-darby-holdings-berhad-2

Pastikan anda lihat tarikh tutup setiap jawatan terlebih dahulu sebelum memohon.

Sunday, March 24, 2013

Tiket F1...Jom Sayang!!!

Jawatan Kosong Kerajaan Setakat 24 Mac 2013

Assalamualaikum & Salam sejahtera Kawan-Kawanku semua.

Berikut adalah senarai jawatan kosong terkini :

[+] Jawatan Kosong di Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-bank-pertanian-malaysia-berhad-agrobank-3

[+] Jawatan Kosong di Felda Global Group
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-felda-global-group-6

[+] Jawatan Kosong di Pusat Kutipan Zakat Pahang
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-pusat-kutipan-zakat-pahang-2

[+] Jawatan Kosong di Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana)
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-syarikat-prasarana-negara-berhad-prasarana-7

[+] Jawatan Kosong di Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-jabatan-keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan-malaysia

Pastikan anda lihat tarikh tutup setiap jawatan terlebih dahulu sebelum memohon.

Jawatan Sebagai Pegawai Tadbir Dan Diplomatik 2013 di buka

Salam Hormat Kawan-Kawanku semua.

Dalam Bulan Mac ini,SPA akan melaksanakan urusan
pengambilan jawatan kosong peringkat ijazah.

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi
jawatan ini tidak perlu mendaftar semula.Namun demikian,
sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh
sah laku.

Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa
dan hanya diterima melalui online sahaja.Sebarang surat
menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan.
Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun.

Klik link di bawah ini untuk maklumat selanjutnya :

---> http://kerjakosongonline.com/permohonan-jawatan-sebagai-pegawai-tadbir-diplomatik-2013

Friday, March 22, 2013

PERCAYA TANGKAL MEMILIKI KESAKTIAN ? VIDEO MANUSIA KEBAL YANG DIPERCAYAI MEMAKAI TANGKAL KEBAL

KEPERCAYAAN PADA KESAKTIAN TANGKAL | Kepercayaan mempercayai kesaktian tangkal yang mampu membuat seseorang kebal dan halimunan telah wujud sejak zaman-berzaman. Namun, sejauh manakah tangkal boleh memberikan kuasa kepada si pemakai? Atau, ia hanyalah keyakinan dan kepercayaan semata-mata.

Ramai yang beranggapan batu delima tertentu memiliki kuasa pendiding, menolak kuasa jahat, menarik rezeki, dan memiliki kuasa penyembuhan. Ada juga yang mempercayai sesetengah batu delima memiliki khadam (jin penjaga)

Fenomena Tangkal

Satu fenomena yang amat membimbangkan di kalangan umat Islam hari ini adalah kerapuhan aqidah yang meruncing. Ini antaranya dapat dilihat melalui suburnya amalan-amalan khurafat, tahayyul, bid’ah dan syirik.

Di antara contoh mudah yang dapat kita perhatikan adalah suburnya amalan tangkal dan pelaris. Kunjungi dan singgahlah di mana-mana kedai makan orang Melayu atau Mamak, sebahagian besar dari mereka pasti ada menggantung sesuatu di bahagian dinding berdekatan kaunter bayaran.

Kalau kita perhatikan baik-baik biasanya pada bahagian dinding tersebut mereka gantung dengan sesuatu mungkin sama ada berupa bingkai (frame) berisi kertas kuning atau kilat berwarna perak, gantungan kain hitam atau kuning yang diikat, gambar “wali keramat”, ayat bismillah 7, lambang khatamun nubuwwah, al-Qur’an kecil, cebisan kain kelambu ka’abah, tulisan-tulisan jawi berbentuk formasi aneh, “ayat 1000 dinar”, atau rajah-rajah dan simbol-simbol pelik yang hanya boleh difahami oleh pembuat tangkal.

Kalau di rumah-rumah pula, masih ramai yang menyimpan dan menggantungkan tulisan ayat al-Kursi di pintu-pintu rumah, botol-botol berisi “bahan pendinding”, keris penjaga rumah, cincin azimat, batu geliga, dan apa-apa jua yang sewaktu dengannya. Masih ramai masyarakat Islam di negara kita hari ini meyakini tangkal-tangkal dan azimat-azimat tersebut mampu menarik kebaikan dan menolak mudharat.

Seiring berleluasanya amalan khurafat ini, sebahagian media dan industri perfileman pun turut tidak melepaskan peluang mengambil kesempatan memainkan isu tersebut bagi tujuan mengaut keuntungan. Akhirnya apa yang telah sedia buruk menjadi bertambah-tambah buruk. Terutamanya terhadap pembinaan aqidah kanak-kanak dan remaja hari ini.

Tangkal Tiada Manfaatnya

Apabila budaya khurafat dan kepercayaan tahayyul seperti ini berleluasa, selagi itulah umat Islam akan terus dilanda kehinaan, kebodohan, kelemahan, dan kerugian. Kerana kebergantungan mereka kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala telah bertukar kepada tangkal dan azimat yang tidak mampu berbuat apa-apa tersebut. Disebabkan kejahilan, wang dibelanjakan untuk membeli syirik.

Kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

مَنْ تَعَلَّقَ شَيْئًا وُكِلَ إِلَيْهِ

“Sesiapa yang menggantungkan sesuatu (berupa tangkal), maka segala urusannya akan diserahkan kepadanya (kepada tangkal).” (Hadis Riwayat Ahmad, 31/78, no. 18781. Dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth)

Sesiapa yang menggantungkan tangkal, jiwa dan hidupnya akan mudah terganggu dan tidak tenteram. Malah ia telah melakukan pula kesyirikan. Ini sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

مَنْ تَعَلَّقَ تَمِيمَةً، فَلَا أَتَمَّ اللهُ لَهُ، وَمَنْ تَعَلَّقَ وَدَعَةً، فَلَا وَدَعَ اللهُ لَهُ

“Sesiapa yang menggantung tamimah maka semoga Allah tidak menyempurnakan apa yang dimilikinya, dan sesiapa yang menggantungkan wada’ah, semoga Allah tidak membiarkannya dalam ketenangan.” (Majma’ az-Zawa’id, 5/175. Kata al-Haitsami, “Hadis Riwayat Ahmad, Abu Ya’la, dan ath-Thabrani, para perawinya tsiqah.”. Dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth)

Dalam riwayat yang lain:

مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً، فَقَدْ أَشْرَكَ

“Sesiapa menggantungkan tamimah maka dia telah melakukan syirik.” (Majma’ az-Zawa’id, 5/175, no. 8399. Kata al-Haitsami para perawinya tsiqah. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Tamimah adalah seperti tali (atau kalung) yang digantungkan pada tubuh sebagai azimat atau tangkal bertujuan mendapatkan kebaikan dan mencegah perkara-perkara berbahaya sama ada sihir, gangguan, penyakit, atau lain-lain. Biasanya diikat pada tangan atau dikalungkan pada leher anak-anak kecil.

Wada’ah adalah bahan-bahan berupa cengkerang seperti kulit siput atau kerang yang diambil dari laut kemudian dijadikan sebagai kalung bertujuan menjaga diri dari gangguan dan bahaya.

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah meriwayatkan dalam Tafsirnya:

دخل حذيفة على مريض، فرأى في عضده سيرًا فقطعه -أو: انتزعه -ثم قال

وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللَّهِ إِلا وَهُمْ مُشْرِكُونَ

“Hudzaifah pernah menjenguk seseorang yang sedang terlantar sakit. Lalu beliau terlihat seutas tali yang dijadikan azimat pada lengan pesakit. Maka beliau pun memotongnya (atau mencabutnya) dan berkata (menyebutkan firman Allah, Surah Yusuf, 12: 106): “Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah melainkan dalam keadaan mensyirikkan Allah.”.” (Tafsir Ibnu Katsir, 4/419)

Membuang Tangkal

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah mengatakan:

لاَ يَبْقَيَنَّ فِي رَقَبَةِ بَعِيرٍ قِلَادَةٌ مِنْ وَتَرٍ أَوْ قِلَادَةٌ إِلاًّ قُطِعَتْ

“Jangan kamu tinggalkan satu kalung pun pada leher unta melainkan ianya harus dipotong.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/190, no. 2783)

Para ulama menjelaskan berkaitan hadis ini bahawa apa jua bentuk tali yang diikatkan pada leher unta (atau haiwan) yang padanya mengandungi kepercayaan atau i’tiqad tertentu (sebagai tangkal) maka ia wajib ditanggalkan (dihapuskan). Demikian juga pada selain itu.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ

“Jika engkau memohon (berdoa), mohonlah kepada Allah. Dan jika engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 9/56, no. 2440. Hasan sahih)

Berkaitan dengan ini, ada satu kisah riwayat daripada Zainab isteri ‘Abdullah B. Mas’oud. Katanya:

كَانَ عَبْدُ اللهِ إِذَا جَاءَ مِنْ حَاجَةٍ فَانْتَهَى إِلَى الْبَابِ، تَنَحْنَحَ وَبَزَقَ، كَرَاهِيَةَ أَنْ يَهْجُمَ مِنَّا عَلَى شَيْءٍ يَكْرَهُهُ، قَالَتْ: وَإِنَّهُ جَاءَ ذَاتَ يَوْمٍ، فَتَنَحْنَحَ، قَالَتْ: وَعِنْدِي عَجُوزٌ تَرْقِينِي مِنَ الْحُمْرَةِ، فَأَدْخَلْتُهَا تَحْتَ السَّرِيرِ، فَدَخَلَ، فَجَلَسَ إِلَى جَنْبِي، فَرَأَى فِي عُنُقِي خَيْطًا، قَالَ: مَا هَذَا الْخَيْطُ؟ قَالَتْ: قُلْتُ خَيْطٌ أُرْقِيَ لِي فِيهِ، قَالَتْ: فَأَخَذَهُ فَقَطَعَهُ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ آلَ عَبْدِ اللهِ لَأَغْنِيَاءُ عَنِ الشِّرْكِ، سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِنَّ الرُّقَى، وَالتَّمَائِمَ، وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ قَالَتْ: فَقُلْتُ لَهُ: لِمَ تَقُولُ هَذَا وَقَدْ كَانَتْ عَيْنِي تَقْذِفُ، فَكُنْتُ أَخْتَلِفُ إِلَى فُلَانٍ الْيَهُودِيِّ يَرْقِيهَا، وَكَانَ إِذَا رَقَاهَا سَكَنَتْ؟ قَالَ: إِنَّمَا ذَلِكَ عَمَلُ الشَّيْطَانِ كَانَ يَنْخُسُهَا بِيَدِهِ، فَإِذَا رَقَيْتِهَا كَفَّ عَنْهَا، إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكِ أَنْ تَقُولِي كَمَا قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اِشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

Apabila ‘Abdullah (Ibnu Mas’oud) selesai dari suatu keperluan, beliau berhenti pada pintu, ia berdehem dan membuang ludah kerana khuwatir menemukan sesuatu yang tidak berkenan dari kami.

Suatu hari beliau datang dan berdehem, beliau berkata dan ketika itu di sisiku ada seorang nenek sedang menjampiku dari humrah (sejenis radang kulit), lalu aku menyembunyikannya di bawah tempat tidur. Beliau pun masuk dan duduk di sisiku, beliau melihat jahitan di leherku lalu bertanya, “Benang apa ini?” Aku jawab, “Benang untuk menjampiku.” Lalu beliau pun mengambil dan memotongnya sambil berkata, “Sesungguhnya keluarga ‘Abdullah tidak memerlukan syirik, aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ

“Sesungguhnya jampi serapah, tangkal-tangkal, dan tiwalah adalah syirik.”

Zainab berkata, “Aku katakan kepadanya, “Kenapa engkau mengatakan seperti itu padahal mataku pernah sakit. Aku selalu datang kepada fulan, seorang yahudi untuk menjampinya, dan sebaik ia menjampi, sakit itu pun reda.”

Beliau (Ibnu Mas’ud) berkata, “Itu adalah perbuatan syaitan yang menggerakkan dengan tangannya, apabila engkau dijampi dengannya, maka halanglah. Sesungguhnya cukup bagimu dengan mengucapkan sebagaimana yang diucapkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اِشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

“Hilangkanlah sakit ini wahai Tuhan seluruh manusia, sembuhkanlah, Engkau Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan kesakitan.”.” (Hadis Riwayat Ahmad, 6/110, no. 3615. Abu Daud, 10/386, no. 3385. Dinilai sahih oleh al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth)

Tiwalah adalah sesuatu yang dibuat bagi menjadikan seorang seorang lelaki tertentu rasa jatuh cinta kepada seorang wanita, atau seorang wanita akan tertarik kepada seorang lelaki.

Dalam kalangan masyarakat Melayu hari ini mungkin ia lebih dikenali antaranya sebagai minyak dagu, minyak pengasih, minyak penunduk raja, dan ilmu pengasih asap rokok.

Termasuk di dalam bentuk-bentuk alat penangkal lainnya yang popular dalam kalangan masyarakat hari ini adalah seperti susuk, gelang-gelang kesihatan, tuah batu keramat, ibu serai, khadam ayat, batu serai, ibu duit, wafaq, kayu kokka, dan batu petir.

Adapun jampi (atau ruqyah), maka ia terbahagi kepada beberapa keadaan. Dan jampi (ruqyah) yang dibenarkan adalah apa yang diambil dari al-Qur’an atau al-hadis berdasarkan tunjuk-ajar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabatnya. Termasuk ruqyah yang dibenarkan adalah apa jua doa secara umum yang boleh difahami iaitu yang dimohon hanya kepada Allah Ta’ala selagi mana tidak mengandungi lafaz-lafaz yang syirik dan tidak disertakan dengan ritual-ritual yang bid’ah.

Setelah kita fahami perkara ini dengan jelas, maka tinggalkanlah apa-apa jua bentuk tangkal, azimat, jampi-serapah serta yang seumpamanya. Kerana ia tidak memberi sebarang manfaat melainkan kesesatan dan kesudahan yang buruk. Tiada sama sekali padanya kesaktian dan kebaikan, melainkan kebodohan dan kerugian dunia dan akhirat.

Mungkin ada yang beralasan bahawa ia adalah sebahagian dari bentuk-bentuk usaha dan ikhtiar. Sedangkan bagi yang memahami perkara ini dengan baik, kita pasti akan mengatakan bahawa usaha dan ikhtiar itu sendiri perlu dilaksanakan dengan kaedah yang benar, dan bukan dengan jalan yang bathil.

Kerana setiap usaha dan ikhtiar di atas jalan kebathilan, maka ia akan tetap bathil dan tidak dinamakan sebagai usaha. Demikianlah dengan orang yang berusaha mendapatkan wang, tetapi mengusahakan (atau berikhtiar) dengan jalan yang haram seperti mencuri, merompak atau berjudi, maka ia akan tetap tidak dianggap sebagai usaha dan ikhtiar yang benar.

Bahaya Syirik

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

“Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang paling besar.” (Surah Luqman, 31: 13)

وَلَوْ أَشْرَكُوا لَحَبِطَ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Jika mereka mensyirikkan Allah, nescaya lenyaplah amal-amal kebaikan yang telah mereka usahakan.” (Surah al-An’am, 6: 88)

إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا بَعِيدًا

“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mensyirikkan-Nya, dan Allah mengampuni dosa selain syirik bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Segsiapa yang mensyirikkan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” (Surah an-Nisaa, 4: 116)

Allah tidak menerima apa jua bentuk amal daripada pelaku syirik. Bahkan amal-amal mereka seperti debu yang berterbangan. Di akhirat, doanya tidak diterima, dan dia tidak dimaafkan. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (maksudnya):

وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا

“Dan kami nilai segala amal yang mereka usahakan, lalu kami jadikan amal itu (seperti) debu yang berterbangan.” (Surah al-Furqon, 25: 23)

Wallahu a’lam.

Tangkal berbentuk Cincin

Minyak Pengasih Yang Dipercayai Memiliki Kuasa Cinta Guna-guna

Ramai beranggapan kayu kokka memiliki pelbagai khasiat perubatan, kuasa penyembuhan, menarik rezeki dan sebagai tangkal pendinding

Contoh tangkal berbentuk gelang atau kalung untuk menolak keburukan dan kejahatan

Contoh lakaran wafaq dengan rajah dan tulisan aneh yang tidak difahami melainkan oleh dukun pembuat tangkal

Tangkal botol berisi ayat-ayat jampi sebagai penjaga rumah

Batu jed yang dipercayai memiliki kuasa penyembuh, penenang, membuang aura kejahatan, menaikkan seri, dan menarik rezeki
Contoh wafaq dengan pelbagai ragam formasi tulisan aneh. Biasanya dibungkus dalam kain hitam atau kuning.

Tangkal berbentuk "angka 786" pada papan tanda salah sebuah restoran di Shah Alam. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa bagi sebahagian orang, terutamanya golongan India Muslim atau mamak - "angka 786" dipercayai mampu membawa tuah dan menarik rezeki.

Tangkal berbentuk frame kuning keemasan (seperti bingkai gambar) di bahagian dinding atas belakang kaunter bayaran sebuah restoran mamak di Shah Alam. Ini adalah antara bentuk-bentuk tangkal pelaris perniagaan.
TONTON VIDEO MANUSIA KEBAL YANG DIPERCAYAI MEMAKAI TANGKAL KEBAL DI BAWAH.

KISAH BUDAK PENJUAL KUIH (Terharu punye kalau bace!)

KISAH BUDAK PENJUAL KUIH (Terharu punye kalau bace!)

Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman

Jangan lupa tekan share

Sungguh terharu pendekarmontel dengan kisah budak penjual kueh ini, kepada kawan-kawanku semua, tolong bantu dan dalam rezeki kita seharian ada rezeki mereka juga, ingat tu, terima kasih kepada kawan kita yang berkongsi pengalamannya dengan kita semua, semoga Allah merahmati adik dan keluarga, Amin

PENGGANAS AMAL ILMU HITAM, MAYAT CEPAT REPUT

Lahad Datu, 21 Mac - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik.

Antara benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan kebal dan takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan keselamatan.

Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat al-Quran di badan.

"Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka," katanya.

Beliau berkata ada satu mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai kesan peluru namun kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka dalaman akibat bunyi dan letupan mortar.

"Peliknya pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiarkan lebih dari dua atau tiga hari," katanya.

Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sabah Mej Anuar Mat Zin berkata Islam melarang menggunakan ilmu kebatinan yang boleh menyekutukan Allah dalam menegakkan sesuatu perjuangan kerana ia lari daripada landasan agama.

Beliau berkata perbuatan itu boleh merosakkan akidah sekaligus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia.

"Perbuatan memuja sesuatu ilmu seperti untuk kebal adalah salah di sisi Islam, Islam tidak menerima perjuangan seperti itu biar apapun niat dan matlamatnya," katanya yang turut terlibat dalam Operasi Daulat dalam membanteras kumpulan pengganas itu.

Beliau berkata soal ajal dan maut adalah di tangan Allah dan tiada siapa atau kuasa yang dapat mengubahnya.

Pengganas yang didakwa menggunakan ilmu batin untuk kebal turut memakai tangkal dan kad meramal hari, iaitu ilmu Kutika yang dipelajari daripada buku Tajul Muluk dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Itu mungkin kepercayaan mereka," katanya selepas ditemui pemberita di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini semalam.

Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi pula menyifatkan amalan kebatinan pengganas tidak melambangkan mereka seorang pejuang jihad seperti yang cuba digembar-gemburkan pihak tertentu di negara ini.

"Menurut Islam adalah haram bagi mana-mana pihak yang ingin mengganggu-gugat negara yang berdaulat, iaitu pemimpinnya dipilih oleh rakyat dengan kerelaan hati mereka.

"Tetapi ia dibenarkan jika kedaulatan negara terancam seperti Palestin kerana ia demi mempertahankan kedaulatan negara itu yang telah dirampas," katanya yang menyifatkan pengorbanan pasukan keselamatan adalah satu jihad kerana mempertahankan negara berdaulat. - BERNAMA

Thursday, March 21, 2013

Rebah di hujung peluru...Kisah Detik Cemasnya

Batu Pahat: “Tiba-tiba kami dihujani ribuan peluru dan satu daripada peluru itu mengenai bahu kanan saya. Ketika itu, saya hanya mampu berserah kepada Allah sambil membalas tembakan selama 20 minit,” kata Konstabel Mohammad Qaiyyum Aikal Zolkifli, 22, seorang daripada anggota polis yang diserang pengganas di Lahad Datu, Sabah, dalam kejadian 1 Mac lalu.Dalam kejadian pada jam 9.59 pagi di Kampung Tanduo, Lahad Datu itu, dua rakannya Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Allahyarham Koperal Sabarudin Daud, 46, maut di tempat kejadian.

Semua anggota VAT 69 itu diserang ketika berkawal di satu pos sekitar Kampung Tanduo selama 20 minit menyebabkan tiga anggota keselamatan cedera, dua maut dan 12 pengganas terbunuh.Mohammad Qaiyyum berkata, dalam pertempuran itu dia terkena tembakan di bahu kanan lalu rebah.“Tiba-tiba kami ditembak. Musuh menggunakan senjata berat dan satu daripada ribuan peluru itu mengenai bahu saya.“Sebaik rebah, dua rakan saya meninggal dunia akibat ditembak pengganas berkenaan dan ketika itu, saya hanya berserah kepada Allah kerana beranggapan kami tiada harapan walaupun masih bersemangat dan membalas tembakan bagi menumpaskan mereka.

“Melihat saya cedera, seorang rakan menarik saya berlindung di sebalik pokok kelapa sawit sambil berbalas tembakan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Kelicap, di sini, semalam.Mohammad Qaiyyum disambut 500 penduduk tempatan sebaik tiba di rumahnya diiringi Ahli Parlimen Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi, Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad dan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad.Menurutnya, walaupun terselamat dalam kejadian itu, dia sedih mengenangkan dua rakannya, Allahyarham Zulkifli dan Allahyarham Sabarudin meninggal dunia dalam kejadian sama.“Saya bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk melihat bumi Malaysia dan berharap sembuh sepenuhnya untuk terus berjuang bagi mempertahankan tanah air.

“Tiada perkataan serik atau putus asa, selagi saya masih bernyawa dan mampu melangkah saya akan terus berjuang,” katanya.Menurutnya, jika diizinkan dia akan ke Lahad Datu untuk meneruskan perjuangannya.
“Selepas saya sembuh sepenuhnya, saya masih ingin ke Lahad Datu untuk berjuang bersama rakan lain.
“Mempertahankan kedaulatan negara lebih penting daripada nyawa sendiri dan saya sanggup meneruskan perjuangan bagi menghalau penceroboh itu,” katanya.Sementara itu, bapa Mohammad Qaiyyum, Zolkifli Mohd Sidek, 57, bangga dengan keberanian anaknya mempertahankan tanah air.

“Saya menyokong apa saja yang dia lakukan dan bangga dengan keberanian ditunjukkannya.“Dia anak kelima daripada tujuh beradik dan empat abangnya turut berkhidmat sebagai anggota keselamatan negara dengan seorang sebagai anggota polis dan tiga lagi anggota tentera,” katanya.Zolkifli berkata, dia tidak menghalang Mohammad Qaiyyum jika anaknya itu ingin berjuang lagi di Lahad Datu.

KOMANDO MALAYSIA CEROBOH KEM TENTERA SINGAPURA TANPA DIKESAN!

KOMANDO MALAYSIA CEROBOH KEM TENTERA SINGAPURA TANPA DIKESAN!

MEMALUKAN! Malu sungguh Singapura apabila Komando Malaysia menceroboh masuk Pangkalan Udara Singapura di Bukit Batok dengan menampal Stamp Malaysia pada misil dan menukarkan bendera Singapura kepada bendera Malaysia di atas meja Pegawai Memerintah Pasukan itu di Singapura.

Jikalau kita merujuk di atas laporan-laporan ketenteraan dan propaganda-propaganda yang selalu dimainkan oleh Singapura yang sentiasa mendabik dada bahawa merekalah jaguh ketenteraan di Nusantara, mereka sepatutnya tidak lupa bahawa Angkatan Tentera Malaysia merupakan pasukan pertama berjaya memusnahkan ANCAMAN KOMUNIS di dunia pada era pasca penjajah.

Tiada negara di dunia yang mampu mengatakan bahawa mereka berjaya menghapuskan KOMUNIS kecuali tentera Malaysia! Ia belum lagi merujuk kepada misi-misi pengaman yang disertai oleh Malaysia. Pasukan Tentera Malaysia sememangnya sentiasa digeruni dan disegani kawan dan lawan.

Keberanian pasukan tentera Malaysia sememangnya tidak dapat dinafikan terutamanya ketika misi menyelamat Pasukan RANGER's Amerika Syarikat di Mogadishu suatu ketika dahulu.

Peristiwa yang meragut nyawa seorang Pasukan Tentera Malaysia dan 9 mengalami kecederaan yang berlaku pada 3 Oktober 1993 itu mendapat perhatian dunia apabila mereka dengan beraninya bergerak kekawasan 'COMBAT ZONE' dan berjaya menyelamatkan Pasukan Renjer Amerika Syarikat. Sebuah majalah di Amerika Syarikat melabelkan pasukan tentera MALAYSIA sebagai "GUN SHY", mengiktiraf Pengorbanan dan keberanian Pasukan Tentera Malaysia.

Adalah salah anggapan apabila Singapura menganggap Pasukan Tentera Malaysia disamakan dengan Pasukan Tentera di Negara Timur Tengah yang tidak pernah atau jarang sekali melakukan Operasi Latihan kecuali Negara IRAN. Padahal Malaysia mempunyai kekuatan dan sejarah panjang yang sangat cemerlang di dalam peperangan ketika menentang Komunis. Latihan Ketenteraan juga kerap dilakukan oleh Pasukan Tentera Malaysia dengan menggabungkan kekuatan darat, laut dan udara.

Sungguhpun askar-askar Singapura dilatih oleh Israel, hakikatnya mereka takut Mati kerana mereka adalah 'YOUNG OFFICER' yang tiada pengalaman peperangan. Berbeza dengan Malaysia yang sanggup berkorban nyawa dan badan demi negara tercinta! - Berita-Saya

Read more: http://www.pendekarmontel.blogspot.com

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini Setakat 21 Mac 2013

Assalamualaikum & Salam sejahtera Kawan-kawanku semua.

Berikut adalah senarai jawatan kosong terkini :

[+] Jawatan Kosong di Suruhanjaya Syarikat Malaysia
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-suruhanjaya-syarikat-malaysia

[+] Jawatan Kosong di Felcra Berhad
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacanciest-at-felcra-berhad-2

[+] Jawatan Kosong di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-suruhanjaya-komunikasi-dan-multimedia-malaysia-skmm-6

[+] Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ)
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-majlis-perbandaran-kajang-mpkj-5

[+] Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara Kedah
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-universiti-teknologi-mara-kedah

Pastikan anda lihat tarikh tutup setiap jawatan terlebih dahulu sebelum memohon.

Wednesday, March 20, 2013

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini Setakat 20 Mac 2013

Assalamualaikum & Salam sejahtera Kawan-kawanku semua.

Berikut adalah senarai jawatan kosong terkini :

[+] Jawatan Kosong di Lembaga Pertubuhan Peladang
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-lembaga-pertubuhan-peladang-2

[+] Jawatan Kosong di Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-koperasi-kakitangan-petronas-berhad-3

[+] Jawatan Kosong di Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL)
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-projek-penyelenggaraan-lebuhraya-berhad-propel-2

[+] Jawatan Kosong di Majlis Daerah Baling
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-majlis-daerah-baling-2

[+] Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-majlis-bandaraya-ipoh-mbi-2

[+] Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-universiti-malaysia-kelantan-umk-7

Pastikan anda lihat tarikh tutup setiap jawatan terlebih dahulu sebelum memohon.

Tuesday, March 19, 2013

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini Setakat 19 Mac 2013

Assalamualaikum & Salam sejahtera Kawan-Kawanku semua.

Berikut adalah senarai jawatan kosong terkini :

[+] Jawatan Kosong di Universiti Malaya (UM)
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-universiti-malaya-um-12

[+] Jawatan Kosong di Lembaga Tabung Haji
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-lembaga-tabung-haji-2

[+] Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-universiti-teknologi-mara-uitm-johor

[+] Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-kolej-universiti-islam-antarabangsa-selangor-kuis-2

[+] Jawatan Kosong di Perbadanan Bukit Bendera
---> http://kerjakosongonline.com/job-vacancies-at-perbadanan-bukit-bendera-4

Pastikan anda lihat tarikh tutup setiap jawatan terlebih dahulu sebelum memohon.

Pengganas Kiram Lebih Kejam Dari Komunis

“Cuba lihat apa dilakukan oleh mereka ini, lebih kejam daripada komunis!” Nada suaranya teras menyatakan kepada kami dalam pertemuan di Felda Residen Sahabat, semalam.

SELEPAS 10 hari membuat liputan di Lahad Datu, akhirnya kami dapat mendekati antara individu yang paling sibuk memantau Op Daulat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, dengan riak wajah yang sentiasa tenang menyifatkan pengganas bersenjata selatan Filipina lebih kejam daripada komunis yang pernah menyerang negara.

Melihat tindakan yang tidak berperikemanusiaan dilakukan terhadap anggota dan pegawai polis semasa operasi mengesan mereka di Kampung Simunul, Semporna 2 Mac lalu, beliau tidak dapat menggambarkan betapa kejamnya pengganas itu.

Sungguhpun begitu kami yakin semangat anak buahnya langsung tidak pernah pudar untuk memastikan pengganas berkenaan gugur dari setiap inci permukaan bumi Malaysia.

Beliau yang pernah terlibat dengan operasi membanteras komunis di Raub, Pahang yakin pasukan keselamatan akan menumpaskan pengganas walaupun tidak menetapkan tempoh masa tertentu.

“Cuba lihat apa dilakukan oleh mereka ini, lebih kejam daripada komunis!” Nada suaranya teras menyatakan kepada kami dalam pertemuan di Felda Residen Sahabat, semalam.

Difahamkan, anggota keselamatan yang maut di Kampung Simunul, Semporna 2 Mac lalu dibunuh kejam.

Mereka yang terkorban adalah Asisten Superintendan Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud di Kampung Tanduo.

Manakala di Semporna adalah Superintendan Ibrahim Lebar, Deputi Superintendan Micheal Padel, Sarjan Mejar Baharin Hamit, Sarjan Mejar Abd Azis Sarikon, Sarjan Salam Togiran dan Koperal Azrul Tukiran.

Dua lagi adalah Koperal Ahmad Hurairah Ismail di Kampung Sg Nyamuk dan Koperal Ahmad Farhan Roslan dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu - Cenderawasih.

Beliau berkata, gugurnya 10 wira negara dalam Op Daulat langsung tidak mematahkan semangat anak-anak buahnya dan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Kami yakin dapat menyelesaikannya kerana kawasan pengganas telah dikepung pasukan keselamatan," katanya.

Sebelum ini, Hamza juga menegaskan, pihak berkuasa tidak sekali-kali mempercayai apa yang ditawarkan Azzumudie Kiram, katanya, “Sejak hari pertama kami tidak mempercayainya.”
Sumber

Sunday, March 17, 2013

KAD PERAKUAN TENTERA MILIK JENERAL MUSA DITEMUI

Sunday, 17 March 2013
TERKINI LAHAD DATU : KAD PERAKUAN TENTERA MILIK JENERAL MUSA DITEMUI
10:00am

Dua laras senapang jenis M1 Garand, enam bilah parang panjang dan lima helai seluar dalam berwarna putih adalah antara pelbagai barangan peribadi milik kumpulan pengganas Sulu yang ditemui sepanjang hampir dua minggu Ops Daulat dijalankan.

Kesemua barangan itu termasuk berpuluh-puluh pakaian celoreng pelbagai warna, but perang dan beg sandang ditemui di beberapa lokasi persembunyian kumpulan pengganas yang mati ditembak di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu dekat sini.

Turut ditemui dua kad perakuan tentera milik pemerintah pengganas Sulu di Sabah, Komander Musa yang masing-masing menggunakan nama Habib Musa A. Abdullah dan Gen. Musa A. Abdullah.

Pada kedua-dua kad itu tertera jawatan Musa sebagai Naib Ketua Staf Tentera Diraja Sulu yang berpangkalan di Tawi-Tawi, Filipina.Komander Musa disahkan mati ditembak dalam pertempuran di Tanjung Batu yang turut mengorbankan 30 lagi pengganas lain pada 7 Mac laluSumber memaklumkan, kesemua barang itu milik pengganas Sulu yang ditemui di dalam beg yang ditinggalkan selepas mereka diserang oleh pasukan keselamatan Malaysia.