Nuffnang Ads

Monday, February 3, 2014

FAIZAL ISMAIL DEDAH PUNCA SEBENAR LETAK JAWATAN DI HOT FM?

“SAYA letak jawatan bukan kerana tawaran lumayan daripada stesen radio lain!”

Demikian kata-kata FBI.

Menerusi sidang media, di Restaurant Marche, The Curve, Faizal yang lebih mesra dengan panggilan FBI tampil merungkai spekulasi mengenai tindakannya itu.
Pendedahan FBI :-
“Tindakan ini dibuat bukan kerana saya lebih tertarik dengan tawaran stesen radio lain atau mempunyai masalah dengan Hot FM.

“Dalam masa terdekat ini, saya tidak akan terima sebarang tawaran bekerja dengan stesen radio lain. Jadi, spekulasi mengenai peletakan jawatan saya kerana ingin beralih angin adalah tidak benar.
“Saya berhenti kerana ingin urus perniagaan sendiri. Malah, perkara ini telah saya bincang bersama isteri yang juga penasihat saya sejak dua tahun lalu,”
Tambah Faizal, selepas tarikh itu, dia masih lagi bersama radio tersebut secara sambilan menerusi segmen khas.

Dalam pada itu,FBI memberitahu, dia masih lagi bersama Hot FM sehingga 15 November ini. Selepas itu, dia akan sambung secara ‘part time’ sahaja, mungkin di segmen hujung minggu, Sabtu atau Ahad.

8 GAMBAR - MIZZ NINA SELEPAS 20 HARI BERHIJAB

Ikhlasnya, tak ramai yang mampu melakukan penghijrahan seperti Mizz Nina. Tinggalkan populariti, tinggalkan rakan penyanyi luar negara dan tinggalkan gaya hidup mewah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT.

Dan setelah 20 hari Mizz Nina dan suaminya Noh Salleh berhijrah, mereka nampak sebati dengan penampilan terbaharu itu. Bak kata pepatah, Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Tak gitu?








12 GAMBAR - BILA DATO VIDA KAHWIN LAGI

Tahniah diucapkan kepada pengasas Vida Beauty, Dato Dr Hajjah Hasmiza Othman yang melangsungkan perkahwinannya dengan Tuan Azid Hamzah pada Khamis lalu. Wahhh... Dato Vida nampak berseri-seri sebagai pengantin.

Untuk info, sebelum majlis nikah, awalnay telah berlangsung majlis bacaan Yassin dan tahlil bersama anak-anak yatim Di Kediaman Dato Vida. Tahniah sekali lagi.












Anak Sultan Brunei bayar Mariah Carey hampir £1 juta

MARIAH CAREY menerima bayaran hampir £1 juta (RM5.4 juta) untuk menyanyikan tiga buah lagu pada majlis peribadi Putera Azim di London.

LONDON – Bintang antarabangsa, Mariah Carey dibayar hampir £1 juta (RM5.4 juta) oleh anak pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah untuk mengadakan persembahan pada satu majlis peribadi.
Majlis berkenaan yang bertempat di sini diadakan untuk menyambut kedatangan tahun baharu 2014.
Carey, 43, berkata, dia dibayar sebanyak £910,000 (RM4.9 juta) oleh Putera Azim, 31, yang mengundangnya untuk menyanyikan tiga buah lagu popular termasuk Always Be My Baby pada acara tersebut baru-baru ini.
Penyanyi seksi itu bersama keluarganya diterbangkan dari Amerika Syarikat (AS) dengan sebuah jet peribadi dan menginap di hotel mewah milik agensi pelaburan Brunei, Harlequin Suite.
Hotel berkenaan mengenakan caj penginapan sebanyak £5,000 (RM26,954) untuk satu malam. – Agensi