Nuffnang Ads

Wednesday, September 17, 2014

Kuiz Hari Kemerdekaan Ke- 57




SOALAN KUIZ HARI INI (27 OGOS 2014)

1)    Siapakah yang telah mengeluarkan rayuan pertama pada 27 Ogos 1952 kepada seluruh penduduk Tanah Melayu supaya bersama-sama menghancurkan taktik peras ugut yang dilakukan oleh kumpulan pengganas komunis?


SOALAN KUIZ HARI INI (29 OGOS 2014)

2)    Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dalam satu persidangan akhbar di Kuala Lumpur pada 29 Ogos 1957 telah mengumumkan  mengenai  anggota jemaah yang  akan  menduduki  Kabinet  selepas  Persekutuan  Tanah  Melayu  mencapai  kemerdekaan pada  31  Ogos  1957.
Namakan jawatan yang dipegang oleh Encik Sulaiman b. Dato' Abdul Rahman, Encik Tan Siew Sin dan Encik V.T. Sambanthan?

SOALAN KUIZ HARI INI (29 OGOS 2014)

3)    Rombongan Diraja Britain adalah wakil kepada Ratu England untuk hadir ke Upacara Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Rombongan Diraja Britain tersebut telah diperkenalkan kepada Raja-Raja Melayu dan Tunku Abdul Rahman oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu

Soalan: Siapakah Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada waktu tersebut?

SOALAN KUIZ HARI INI (2 SEPTEMBER 2014)

4)    Pada hari ini 2 September tahun 1957, DYMM Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah ditabalkan dengan rasminya sebagai Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu Merdeka yang pertama. Istiadat pertabalan tersebut telah berlangsung di Balairong Seri Istana Negara. Apakah kepentingan pelantikan Yang di-Pertuan Agong pertama pada hari ini dalam tahun 1957?

SOALAN KUIZ HARI INI (3 SEPTEMBER 2014)

5)    Pada hari ini 3 September tahun 1953,  Melaka  telah  diisytiharkan  sebagai  kawasan  putih  yang pertama  di  Tanah Melayu sejak Undang-undang Darurat 1948 diperkenalkan. Kawasan tersebut meliputi seluas 221 batu persegi yang  merangkumi kawasan  Bandar Melaka, Merlimau, Melaka Tengah dan kawasan-kawasan di pantai  negeri Melaka  yang  mempunyai  penduduk  seramai  lebih  kurang 160,000 orang.

Apakah yang dimaksudkan dengan "kawasan putih" tersebut?

SOALAN KUIZ HARI INI (4 SEPTEMBER 2014)

6)    Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Apakah fungsi utama SPR?


SOALAN KUIZ HARI INI (5 SEPTEMBER 2014)

7)    Pada hari ini 5 September tahun 1955, Kerajaan telah mengumumkan Perisytiharan Pengampunan Beramai-ramai kepada pengganas-pengganas komunis di seluruh Persekutuan Tanah Melayu. Pengumuman ini telah dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald Mac Gillivary. Tawaran pengampunan beramai-ramai ini adalah daripada pemimpin Perikatan yang dikemukakan kepada kerajaan Inggeris apabila Parti Perikatan menang dalam pilihanraya bulan Julai 1955.
Apakah kepentingan Perisytiharan Pengampunan Beramai-ramai tersebut?


SOALAN KUIZ HARI INI (8 SEPTEMBER 2014)

8)    Pada hari ini 8 September tahun 1958, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat mengadakan pemeriksaan ke atas Armada Laut Malaya di Port Dickson. Upacara bersejarah ini merupakan yang julung kali diadakan di Malaya dan telah dihadiri oleh kira-kira 10,000 orang. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh perbarisan daripada Batalion Ke-6 Askar Melayu DiRaja yang dianggotai seramai 160 orang.

Siapakah yang mengetuai Batalion Ke-6 Askar Melayu DiRaja tersebut?


SOALAN KUIZ HARI INI (9 SEPTEMBER 2014)

9)    Pada hari ini 9 September tahun 1950, Majlis Belia Malaya telah diisytiharkan penubuhannya secara rasmi dalam Mesyuarat Agung pertamanya. Mesyuarat telah dihadiri oleh 11 buah badan gabungannya, yang disertai oleh gabungan daripada Majlis Belia Negeri Kedah, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Persekutuan Budak Pengakap dan Pandu Puteri. Keputusan menubuhkan Majlis Belia Malaya ini telah dicapai hasil pertemuan seramai 75 orang wakil-wakil pertubuhan belia dari seluruh Persekutuan Tanah Melayu dalam satu persidangan yang telah diadakan pada Julai 1948 di Victoria Institution, Kuala Lumpur.   

Apakah tujuan penubuhan Majlis Belia Malaya tersebut?






BORANG JAWAPAN KUIZ


TARIKH

JAWAPAN

27 Ogos 2014
Pesuruhanjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Gerald Templer

28 Ogos 2014
En.Sulaiman bin Dato’ Abdul Rahman – Menteri Dalam Negeri dan Keadilan.

En.Tan Siew Sin – Menteri Perniagaan dan Perusahaan.

En. V.T. Sambanthan – Menteri Kesihatan.

29 Ogos 2014
Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald Mac Gillivary

2 September 2014
Kepentingan Pelantikan Yang di-Pertuan Agong Pertama pada hari ini dalam tahun 1957, sesungguhnya telah melambangkan kebesaran dan kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Negara, bagi semua negara yang berdaulat dan merdeka.

3 September 2014
Kawasan Putih merupakan kawasan yang telah bersih daripada ancaman dan keganasan pengganas-pengganas komunis. Di kawasan ini juga undang-undang darurat seperti sekatan bahan-bahan makanan dan perintah berkurung telah dilonggarkan dan dihapuskan.

4 September 2014
Fungsi utama SPR adalah untuk memelihara, mengawasi dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini menerusi sistem pilihan raya yang bebas, adil dan saksama.

5 September 2014
Kepentingan Pengisytiharan pengampunan beramai-ramai ini membuktikan hasrat kerajaan perikatan dengan penuh jujur dan ikhlas untuk membentuk sebuah negara Persekutuan Tanah Melayu ke arah mencapai kemerdekaan, keamanan serta kemakmuran.

8 September 2014
Mejar Abdul Wahab

9 September 2014
Tujuan penubuhan Majlis Belia Malaya ialah menggalakkan kemajuan belia dalam bidang ekonomi, sosial, pendidikan dan politik. Penubuhan Majlis Belia Malaya ini juga bertujuan untuk menanamkan perasaan kebangsaan dan semangat bekerja dengan penuh dedikasi untuk kepentingan masyarakat dan negara, serta melengkapkan diri para belia sebagai warganegara yang matang, kreatif dan bertanggungjawab.