Nuffnang Ads

Friday, March 20, 2015

Kisah Rasulullah SAW dan Buah Limau


Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.


Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.
Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan."
“Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW. Wallahualam.

BENDAHARA TEPOK

Bendahara Tepok


DRAMA BENDAHARA TEPOK


SINOPSIS

Drama Bendahara Tepok mengisahkan tentang semangat dan kepahlawanan Bendahara Melaka ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud iaitu zaman kejatuhan Melaka kepada Portugis. Bendahara Tepok adalah merupakan Bendahara Melaka yang terakhir yang begitu menyanyangi Melaka dan sanggup mati demi mempertahankan kedaulatan Melaka daripada pencerobohan Portugis. Walaupun umur beliau ketika itu telah menjangkau 90 tahun dan lumpuh tetapi beliau berani dan bersemangat menentang Portugis demi membela agama, bangsa dan tanah air yang dicintai.

Walaupun lumpuh beliau masih lagi bersemangat dan meminta hulubalang yang menjaganya Selamat Gajah membawanya ke Melaka dan terus bertahan untuk menentang pencerobohan Portugis di Melaka. Namun begitu, Selamat Gajah terpaksa membawa Bendahara Tepok beundur di Ulu Muar kerana ramai pahlawan dan hulubalang Melaka telah terkorban. Selain itu, Sultan Mahmud, Tun Fatimah pemaisurinya dan hulubalangnya juga terpaksa berundur kerana Portugis sangat kejam dan tidak mampu bertahan lagi. Pada mulanya Sultan Mahmud dan hulubalangnya berhajat untuk membina semula sebuah negeri baru di Pagoh kerana pagoh termasuk didalam daerah Melaka. Namun begitu, Sultan Mahmud dan Hulubalang sekalian pengikut terpaksa berundur ke Pahang kerana kedatangan tentera Portugis untuk mendapat Sultan Mahmud Syah. Namun begitu, pada mulanya Bendahara Tepok tidak mahu berundur dan terus mara menentang tentera Portugis walaupun telah mendapat perintah daripada Sultan Mahmud tetapi setelah dipujuk oleh Selamat Gagah, Hang Nadim dan anaknya Khoja Ahmad agar berundur kerana angkatan Hulubalang Melaka sudah tidak mampu lagi untuk melawan kerana banyak yang tercedera. Akhirnya Bendahara Tepok bersetuju untuk berundur dan meminta seri Nara mengangkat batu besar dan membawa batu tersebut ke lubuk sungai untuk di campakkan untuk membuat pertimbangan iaitu jika batu yang dicampaknya itu timbul mereka akan kembali semula untuk mendapatkan Melaka dan jika tenggelam mereka terpaksa bernegeri di tempat lain.

Kesudahan cerita ini, Kota Bentayan dan kota Pagoh runtuh diserang Portugis. Sultan Mahmud syah dan Pemaisurinya serta pengiring pengiringnya terpaksa berundur ke Pahang, Kampar dan akhirnya, Puteranya baginda membuka negeri di Johor. Manakala angkatan Bendahara Tepok berundur ke sebuah lubuk anak Sungai Muar. Di lubuk itu, Bendahara Tepok telah mencampakkan batu yang dibawanya dan telah ditakdirkan batu itu tenggelam. Sejak itu, tempat tersebut dinamakan Lubuk Batu. Selepas peristiwa itu, Selamat Gagah membawa Bendahara Tepok itu sangat segera. Selepas itu, jajahan itu dinamakan Segera Amat iaitu pada masa kini dikenali sebagai Segamat. Apabila Bendahara Tepok itu meninggal dunia, jenazahnya dimakam di Lubuk Batu. Oleh Sebab itu, Bendahara Tepok juga dikenali sebagai Bendahara Lubuk Batu.

PEMIKIRAN

Drama ini mengutarakan pemikiran tentang semangat perjuangan rakyat Melaka menentang Portugis yang mahu menakluki Melaka. Semangat Bendahara Tepok yang sentiasa tinggi untuk melawan musuh biarpun mempunyai fizikal yang kurang upaya menyerlahkan ketinggian semangat perjuangan rakyat Melaka dalam mempertahankan watan daripada ancaman musuh.

PERSOALAN

Persoalan ketidakadilan dan kezaliman dalam pemerintahan
Ketidakadilan dalam pemerintahan memberikan kesan yang mendalam dalam pembinaan masyarakat yang berjaya dalam sesebuah negara. Contoh: Sultan Mahmud yang membuat keputusan yang zalim hingga ramai orang besar terkorban.

Persoalan kemungkaran mampu mendatangkan masalah kepada negara
Kemungkaran seperti pecah amanah, zalim, aniaya, hasad dengki dan lain-lain mengakibatkan kemungkaran dalam masyarakat di Melaka telah menghancurkan masyakarat itu sendiri.Contoh; Sultan Mahmud begitu zalim sehingga menghukum bunuh Raja Zainal, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan keluarganya tanpa usul periksa.

Persoalan kekurangan nilai perpaduan dalam masyarakat
Perpaduan yang dibentuk dengan betul mampu membentuk masyakarat yang kuat dan kukuh. Contoh: kekurangan nilai perpaduan dalam kalangan rakyat Melaka telah mengakibatkan Portugis mampu menawan Melaka dengan mudah.

Persoalan semangat juang yang tinggi untuk menewaskan musuh.
Perjuangan dalam mempertahankan tanah air daripada ancaman pihak musuh. Contoh: ketinggian semangat juang Bendahara Tepok untuk terus berjuang mempertahankan Melaka daripada ancaman musuh harus dicontohi oleh masyarakat hari ini.

Persoalan Taat setia pada pemerintah

Seri Nara melahirkan kebimbangannya terhadap keselamatan Sultan Mahmud serta meluahkan taat setianya untuk melindungi baginda.


Thursday, March 5, 2015

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Putrajaya...


"Bersama sahabat Yang Mulia, Pegawai-pegawai Polis yang hensem...."Hensem Ker"...hehehe, kredit buat : Sjn Arif

"Apa yang good tu ASP Meor....hehehe"

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Putrajaya, ramai nyer yang hadir memeriahkan lagi Sambutan Maulidur Rasul kali ini. Kontinjen kami kontinjen yang ker -10, jauhlah nak sampai Masjid Putra. Pahala...Pahala...Pahala...hehehe.


"Eh...tengok tu, depa dah nak jalan lah"...,"Mana ada, sat aku baru nak posing nie", Hei bro, lu pegang kerta selawat ker tu..." bak mai sini"....hehehe

Dalam letih dan penat, ada pulak kisah melucukan, kawan saya namanyer Syed, jalan punya jalan, tapak kasut pun tanggal, hehehehe. Tapak kasut keje pulak tu, sabar jer larr kawan. Ini semua dugaan...hehehehe. Aku terus gagah membawa kaki ku ke hadapan untuk sampai ke garis penamat, tanpa menghiraukan penat lelah dan air peluh bercucuran ke bahu. Dengan selawat sentiasa berirama di bibirku, dalam riuh rendah selawat bertalu dari segenap bibir para sahabat dari kontinjen semua.


"Permandangan yang cantik, nun jauh di Menara Kompleks Perbadanan Putrajaya", cantik nyer...lupa nak snap gambar pada waktu subuh...lagi cantik bah"



 "Kontinjen depan nie, Geng2 SPRM....hehehe, Kontinjen dah jalan, tapi Pelekat tak sampai lagi dah...hehehe" malu bro..."

"Yes....dah nak sampai dah...hehehe"

"Dah sampai dah....Alhamdullah..."
 " Tak tahu Kontinjen mana tu....cantik lah jugak pada asal nyer berkawad...tiba2 stop plak...hehehe"
"Di tengah-tengah bulatan depan Masjid Putra"
"Hehehe...yes..yes..."

Sudah sampai akhirnya, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tiada masalah berlaku dalam Perhimpunan Maulidur Rasul kali ini. Amin.

Monday, March 2, 2015

Terima Kasih Sayang Hadiah Perfume Gucci Guilty


Dapat present dari isteri tercinta "Perfume Gucci Guilty"...Terima kasih sayang...Wah, bolehlah pakai bila nak pergi kerja yer sayang?"...hehehe. Bau wangi, origenal katakan...hehehe. Teringat satu cerita/drama yang bertajuk "Gress dan Gucci", siapa pernah tengok cerita/drama nie?, cer angkat tangan deme"...hehehe.

Watak utama dalam cerita tu, ialah Ako Mustaffa dan Haliza Misbun, cer ingatkan. Cerita/drama lama, rare punya drama, tapi tetap best bro. Bukan jiwang, tapi belajar bagaimana untuk melembutkan hati seoarang wanita yang angkuh dan mementingkan statusnya sebagai wanita berkerjaya.

Terima Kasih Sayang... ;)