SOALAN KUIZ HARI INI (27 OGOS
2014)
1) Siapakah yang telah
mengeluarkan rayuan pertama pada 27 Ogos 1952 kepada seluruh penduduk Tanah Melayu
supaya bersama-sama menghancurkan taktik peras ugut yang dilakukan oleh
kumpulan pengganas komunis?
SOALAN KUIZ HARI INI (29 OGOS
2014)
2) Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dalam satu persidangan akhbar di Kuala Lumpur pada 29 Ogos
1957 telah mengumumkan mengenai anggota jemaah yang akan menduduki Kabinet selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Namakan jawatan yang dipegang oleh Encik
Sulaiman b. Dato' Abdul Rahman, Encik Tan Siew Sin dan Encik V.T. Sambanthan?
SOALAN KUIZ HARI INI (29 OGOS
2014)
3) Rombongan
Diraja Britain adalah wakil kepada Ratu England untuk hadir ke Upacara Hari
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Rombongan Diraja
Britain tersebut telah diperkenalkan kepada Raja-Raja Melayu dan Tunku Abdul
Rahman oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu
Soalan: Siapakah Pesuruhjaya Tinggi British di
Tanah Melayu pada waktu tersebut?
SOALAN KUIZ HARI INI (2 SEPTEMBER 2014)
4) Pada
hari ini 2 September tahun 1957, DYMM Tuanku Abdul Rahman Ibni
Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah
ditabalkan dengan rasminya sebagai Yang di-Pertuan
Agong Persekutuan Tanah Melayu Merdeka yang pertama. Istiadat pertabalan tersebut telah berlangsung di
Balairong Seri Istana Negara. Apakah kepentingan pelantikan
Yang di-Pertuan Agong pertama pada hari ini dalam tahun 1957?
SOALAN KUIZ HARI INI (3
SEPTEMBER 2014)
5) Pada
hari ini 3 September tahun 1953, Melaka telah diisytiharkan sebagai kawasan putih yang pertama di Tanah Melayu sejak Undang-undang
Darurat 1948 diperkenalkan. Kawasan tersebut meliputi seluas 221 batu
persegi yang merangkumi
kawasan Bandar Melaka,
Merlimau, Melaka Tengah dan kawasan-kawasan di pantai negeri Melaka yang mempunyai penduduk seramai lebih kurang 160,000 orang.
Apakah
yang dimaksudkan dengan "kawasan putih" tersebut?
SOALAN KUIZ HARI INI (4
SEPTEMBER 2014)
6)
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ditubuhkan
pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Apakah
fungsi utama SPR?
SOALAN KUIZ HARI INI (5
SEPTEMBER 2014)
7)
Pada hari ini 5 September tahun 1955, Kerajaan telah
mengumumkan Perisytiharan Pengampunan Beramai-ramai kepada pengganas-pengganas
komunis di seluruh Persekutuan Tanah Melayu. Pengumuman
ini telah dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald
Mac Gillivary. Tawaran pengampunan beramai-ramai ini adalah daripada
pemimpin Perikatan yang dikemukakan kepada kerajaan Inggeris apabila Parti
Perikatan menang dalam pilihanraya bulan Julai 1955.
Apakah
kepentingan Perisytiharan Pengampunan Beramai-ramai tersebut?
SOALAN KUIZ HARI INI (8
SEPTEMBER 2014)
8) Pada hari ini 8 September
tahun 1958, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
berkenan berangkat mengadakan pemeriksaan ke atas Armada Laut Malaya di Port
Dickson. Upacara bersejarah ini merupakan yang julung kali diadakan di Malaya
dan telah dihadiri oleh kira-kira 10,000 orang. Keberangkatan tiba baginda
disambut oleh perbarisan daripada Batalion Ke-6 Askar Melayu DiRaja yang
dianggotai seramai 160 orang.
Siapakah yang mengetuai
Batalion Ke-6 Askar Melayu DiRaja tersebut?
SOALAN KUIZ HARI INI (9
SEPTEMBER 2014)
9) Pada hari ini 9 September
tahun 1950, Majlis Belia Malaya telah
diisytiharkan penubuhannya secara rasmi dalam Mesyuarat Agung pertamanya. Mesyuarat telah dihadiri oleh 11 buah badan gabungannya, yang disertai
oleh gabungan daripada Majlis Belia Negeri Kedah, Terengganu, Pulau Pinang,
Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Persekutuan Budak Pengakap dan
Pandu Puteri. Keputusan menubuhkan Majlis Belia Malaya ini telah dicapai hasil
pertemuan seramai 75 orang wakil-wakil pertubuhan belia dari seluruh
Persekutuan Tanah Melayu dalam satu persidangan yang telah diadakan pada Julai
1948 di Victoria Institution, Kuala Lumpur.
Apakah tujuan penubuhan
Majlis Belia Malaya tersebut?
BORANG JAWAPAN KUIZ
TARIKH
|
JAWAPAN
|
27 Ogos 2014
|
Pesuruhanjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Gerald Templer
|
28 Ogos 2014
|
En.Sulaiman bin Dato’ Abdul Rahman – Menteri Dalam Negeri dan Keadilan.
En.Tan Siew Sin – Menteri Perniagaan dan Perusahaan.
En. V.T. Sambanthan – Menteri Kesihatan.
|
29 Ogos 2014
|
Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald Mac
Gillivary
|
2 September 2014
|
Kepentingan Pelantikan Yang di-Pertuan Agong Pertama pada hari ini dalam
tahun 1957, sesungguhnya telah melambangkan kebesaran dan kedaulatan
Raja-raja Melayu sebagai Ketua Negara, bagi semua negara yang berdaulat dan
merdeka.
|
3 September 2014
|
Kawasan Putih merupakan kawasan yang telah bersih daripada ancaman dan
keganasan pengganas-pengganas komunis. Di kawasan ini juga undang-undang
darurat seperti sekatan bahan-bahan makanan dan perintah berkurung telah
dilonggarkan dan dihapuskan.
|
4 September 2014
|
Fungsi utama SPR adalah untuk memelihara, mengawasi dan mengekalkan
proses demokrasi di negara ini menerusi sistem pilihan raya yang bebas, adil
dan saksama.
|
5 September 2014
|
Kepentingan Pengisytiharan pengampunan beramai-ramai ini membuktikan
hasrat kerajaan perikatan dengan penuh jujur dan ikhlas untuk membentuk
sebuah negara Persekutuan Tanah Melayu ke arah mencapai kemerdekaan, keamanan
serta kemakmuran.
|
8 September 2014
|
Mejar Abdul Wahab
|
9 September 2014
|
Tujuan penubuhan Majlis Belia Malaya ialah menggalakkan kemajuan belia
dalam bidang ekonomi, sosial, pendidikan dan politik. Penubuhan Majlis Belia
Malaya ini juga bertujuan untuk menanamkan perasaan kebangsaan dan semangat
bekerja dengan penuh dedikasi untuk kepentingan masyarakat dan negara, serta
melengkapkan diri para belia sebagai warganegara yang matang, kreatif dan
bertanggungjawab.
|