ARKIB : 18/04/1999
Rozita Izlyn semakin berubah
ROZITA... terpaksa berkorban rambut yang panjang.
SEBELUM ini ramai yang mengenali Rozita lzlyn sebagai seorang penyanyi remaja yang sentiasa mengamalkan sikap yang sederhana.
Baik dari solekan mahupun pakaian yang dikenakan, jelas
personalitinya menggambarkan dia kurang mengambil berat soal penampilan
diri.
Lantaran itu, apabila menatap wajah terbarunya menerusi gambar yang
dikirimkan oleh pegawai perhubungannya Faizul tempoh hari, Pancaindera
sendiri terkejut melihat perubahan ketara yang berlaku pada Rozita.
Penyanyi yang mula dikenali ramai menerusi lagu Dunia Kita Berbeza
ini nyata semakin anggun. Solekan yang dikenakan oleh jurumekap Nurul
kepadanya serta rambut yang digunting pendek menampakkan dia semakin
elegant.
Malah ramai antara teman-teman wartawan sendiri yang sama sekali tidak menyangka Rozita kini semakin berubah.
Ketika ditanya pandangan yang disuarakan oleh banyak pihak
kepadanya, Rozita memberitahu dia menyedari bahawasanya penampilan
dirinya selama ini sering mendapat perhatian media dan
peminat-peminatnya.
Menurutnya, berdasarkan daripada tindak balas yang diperolehinya,
banyak pihak yang mengkritik imej serta penampilannya yang dahulu.
"Bertitik-tolak dari situ, Rozita sedar ada sesuatu yang perlu
diperbaiki pada diri ini, kerana Rozita sedar penampilan diri merupakan
elemen utama yang diambil kira oleh masyarakat,'' ujarnya jujur.
Sehubungan itu, pengurusan baru syarikat rakaman yang dinaunginya
iaitu NSR Record menyuarakan hasrat mereka untuk mengubah imej dan
penampilannya, dan dia sendiri menerimanya dengan hati yang terbuka.
Menurut Rozita, peluang tersebut bagaikan pucuk dicita ulam
mendatang buatnya kerana selama ini dia merasakan tidak ada pihak yang
mengambil berat soal imej serta personalitinya.
"Biar terpaksa berkorban rambut yang panjang, namun Rozita rasakan
itu adalah salah satu daripada pengorbanan yang penting untuk
kepentingan dan masa depan Rozita dalam dunia seni,'' katanya yang juga
merupakan penuntut pengajian muzik di Institut Teknologi Mara (ITM) Shah
Alam, Selangor.
Katanya lagi, dia berharap penampilan baru yang dilakukan ke atasnya
akan memberikan satu semangat baru untuk para peminat seni terus
menyokong pembabitannya.
Menurutnya lagi, imej baru yang digayakan juga seolah-olah menyuntik
satu semangat baru buatnya untuk terus menemui peminat menerusi album
terbarunya yang bakal menemui peminat seni tanah air pada pertengahan
bulan Mei ini.
Menerusi album terbitan beberapa komposer terkenal seperti Adnan Abu
Hassan, Saari Amri, Eddie Hamid dan Belle, Rozita turut menjangka akan
mengubah masa depannya dalam dunia nyanyian.
"Rozita berharap album terbaru ini akan membuatkan rezeki semakin
murah dan seterusnya mampu untuk mengekalkan nama di persada seni tanah
air,'' katanya penuh harapan.
Antara lagu yang dijangka 'meletup' dalam album ini ialah Berbalam
Cintaku ciptaan Adnan Abu Hassan, Siang Ku Merindu Malam Ku Menunggu, Di
Rindu-Rindu Merindu (Eddie Hamid) dan banyak lagi.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0418&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=et_02.htm#ixzz3Ofq7b0ef
© Utusan Melayu (M) Bhd
Last nite I was listening old song at youtube.
Meaning mendengar lagu lama2 oleh artist Malaysia kita lah kan. From
this song to another song. Serious mmg syok layan lagu2 lama ni. Lepas
tu timbul plak idea nak buat entry ni :)
Kemana lah pergi nya artist yg cukup berbakat ni erk??
Suara mereka sedap ok.. bukan tak power langsung.
Lagu pun mendayu2 penuh makna. Bukan lagu dorang tak top pun?? even sampai skrg pun still dimainkan di radio.
Tapi di mana silap nya??
Meh kita tgk satu2 artist yg lama ni.. kemanalah mereka yer *thinking*
Sape yg tak kenal Azian Mazwan Sapuan. I love her song so much especially Cinta Embunan Pagi & Rumah Kecil Tiang Seribu. Sampai skrg ni Lyn still ingat lagu2 dia ni. Tapi manalah dia yer.
Ni Wan Hardiah klu korang tak kenal. Mmg dia tak glamour sgt pun, Tapi lagu dia Seindah Janji & Tertutup Buatmu
glamour jugak tau. Klu tak percaya korang dgr lah kat Youtube. Pasti
korang pernah dgr. Tak lama dalam industri hiburan, dah menghilang.
Yg ni klu korang tak kenal mmg nak kena lempang dgn aku. Muahaha. Ni Nadia yg suara ala2 serak basak gitu. Lagu dia Salam Utk Kekasih sgt top yer. Sampai skrg pun. Lyn klu pgi karaoke sure nyanyi lagu dia ni. Famous dgn satu lagu dah hilang sudah.
Ni klu korang tak kenal penyanyi Azie ni mau kena cepuk. Lagu dia sgt
famous yer sampai skrg. Lyn hafal okey lagu dia. Antara lagu yg famous Pelamin Angan Ku Musnah & Kau Tetap Di Dalam Anganku. Rasanyer lagu ni je lah yg best. Pastu hilang gak cam chipsmore. hehehe
Hah.. Haida yg popular dgn lagu Hajat
ni pun menghilang selepas satu lagu. Lagu Hajat yg tinggi cam nak
keluar anak tekak ni mmg sgt famous, klu tak silap selalu jer kuar kat
radio. Tapi mana erk dia ni…
Btw,
Lyn membesar dgn lagu mereka2 ni. So tak hairan lah Lyn boleh dikatakan
hafal jugak lah lirik2 lagu mereka ni. Bila dgr2 balik lagu dorang ni,
suara dorang ade commercial value yer. Tak lah teruk sgt pun. In fact
lagi bagus dari penyanyi2 skrg.
Yg lagi pelik,
artist2 yg seangkatan dgn mereka ni elok jer famous nyer sampai skrg.
Nak kata suara tak sedap , sedap. Nak kata tak cantik, cantik. In
package gitu. Tapi…. ntahla.
Fenomena artist
tumbuh mcm cendawan dan lepas tu menghilang adalah perkara biasa. Tapi
peliklah dorang ni tak betul2 tunjukkan bakat mereka sampai skrg.
Mungkin nak jadi orang biasa balik kot. Tak nak glamour2 lagi agaknya. Hehehe. Tapi lagu dorang ttp mantap sih.
[Pic, credited to Google image]
Rozita Izlyn tukar karier
SS
rasa generasi sebelum ini mesti kenal dengan penyanyi Rozita Izlyn.
Walaupun orangnya kurang popular, lagunya Dunia Kita Berbeza terus
melekat di hati SS sampai sekarang. Suaranya sedap dan lantang ketika
menyanyikan lagu itu buatkan hati terbuai bila mendengarnya. Wah, layan
perasaan pula SS.
Boleh dikatakan lagu-lagu
yang dihasilkan pada zaman itu sedap-sedap belaka dan cepat menangkap di
hati. Bukan macam lagu-lagu artis sekarang, apabila dengar sekali saja
dah jemu nak mengulanginya. Namun SS suka juga layan lagu Shahir AF8,
Kebahagiaan Dalam Perpisahan yang konsepnya ala-ala rock dulu-dulu.Berbalik
pada tujuan sebenar, seingat SS Rozita hanya muncul dengan beberapa
album sebelum mendiamkan diri daripada dunia seni. Persaingan hebat
dalam nyanyian menyaksikan dia terpaksa beri laluan kepada muka baru.
Namun Rozita dikhabarkan masih menyanyi dalam majlis-majlis tertentu.
Tambah pula dia ada kualiti sebagai penghibur kerana boleh sampaikan
pelbagai jenis lagu. Dengarnya selepas berkahwin Rozita lebih banyak
tumpukan perhatian kepada rumahtangga dan anak-anak. Bagaimanapun, satu
sumber menyampaikan cerita melihat Rozita hadir ke bengkel penulisan
skrip yang diadakan di Finas. Bengkel anjuran Persatuan Sutradara
Malaysia (FDAM) ini bermula pada Isnin dan berakhir semalam. Bengkel ini
bukan dibuat secara percuma dan Rozita sanggup keluarkan wang untuk
mendapat ilmu. Sumber yang juga peminat Rozita ini kata, dia lihat
Rozita gigih mendengar dan belajar ilmu diperturunkan pengarah jemputan.
Nampak jelas penyanyi berasal dari Shah Alam ini mahu menimba ilmu
dalam lakonan dan mungkin akan mengembangkan bakat sebagai penulis skrip
pula. SS ambil kesempatan ucapkan selamat berjaya buat Rozita dan
pelajar-pelajar yang mengikuti bengkel itu. Harap-harap nanti mereka
dapat hasilkan skrip yang baik dan membuka minda penontonnya, bukannya
balik-balik cerita yang sama saja.
Anis Suraya (Azmeer / Hani MJ)
Cinta Tersimpul Rapi
Kulerai segala yang terkusut
Kusimpul agar menjadi rapi
Demi menjaga hatimu
Ku rela mengalah selalu
Mengapa kau berubah laku
Inikah yang harus ku terima
Di atas setia sekian lama
Kau menjadikan aku
Pelakon dalam sandiwaramu
Rinduku cintaku bukannya yang terkusut
Kuikat kubelai dan kusimpul..oohh...
Hati ingin berbicara
Hati pun sering bertanya
Di mana hujung jalan cerita
Bukannya di bibir tanpa sebarang noktah
Selangkah engkau pergi seribu langkah aku mengejarmu
Sekelip mata engkau hilang seluruh pelusuk ku cari...oohh...
Setinggi mana engkau cuba membawa diri akan aku daki...oohh...
Sedalam mana engkau cuba menyembunyi kan ku selami
Biar tebukti biar bersaksi
Cinta kita cinta tersimpul rapi
Shima
SETELAH sekian lama tidak menghasilkan album, penyanyi popular 90-an,
Shima berhasrat untuk kembali aktif di persada seni hiburan tanah air.
Justeru, bagi merealisasikan hasratnya itu, pemilik nama Ku Nazhatul
Shima Ku Kamarazzaman ini merasakan penyertaannya dalam program realiti,
Gegar Vaganza adalah platform terbaik buat dirinya.
“Saya ditawarkan menyertai pertandingan ini selepas setahun menamatkan
kontrak menyanyi di sebuah hotel. Bagi saya, ini adalah satu cabaran
yang baik bagi saya untuk memantapkan diri semula sebelum muncul dengan
single lagu baru tahun hadapan,” katanya.
Gegar Vaganza ialah program realiti yang menyaksikan 12 penyanyi otai
tanah air bersaing dalam pertandingan nyanyian yang disiarkan pada
setiap Ahad, jam 9 malam mulai 16 November lalu di Astro Ria (104) dan
Maya HD (135).
Selain Shima, ia turut disertai oleh Mamat Exist, Rahmat Mega, Hasnol,
Fazli Zainal, Sam Innuendo, Ayai Ilusi, Haleeda, Nadia, Sharifah Zarina,
Ifa Raziah dan Adilla.
Ketika ditanya adakah dia tidak penat untuk bersaing lagi, penyanyi berusia 45 tahun ini ada jawapannya tersendiri.
“Saya tidak pernah berasa penat. Jarang ada program sebegini yang
menampilkan barisan artis lama berentap, sementelahan pula kesemuanya
sudah lama menyanyi dan ada pengalaman sendiri.
“Saya menganggap ia sebagai satu cabaran yang sihat dan bagus,” katanya
sambil memberitahu bakal membawakan kembali lagu-lagu popularnya dulu
seperti Teringin dan Setelah Aku Kau Miliki.
Jelas Shima lagi, fokusnya kini adalah pada kerjaya nyanyian selepas bercerai buat kali keempat sejak dua tahun lalu.
“Saya bernikah kali keempat pada 2004. Tapi jodoh kami tidak panjang.
Saya terimanya sebagai takdir. Saya tidak mahu lagi memikirkan soal
berumah tangga,” katanya.
Katanya, sepanjang tempoh dua tahun itu, dia menjalani hidup sendiri di samping menjaga lima ekor kucing kesayangannya.