Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.
Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman
gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas
dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para
sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan
kepada mereka.
Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis
semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang,
diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan
dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum
Rasulullah SAW menjelaskan."
“Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya
merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya
bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi
wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya
habiskan semuanya.”
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan
pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan
Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa?
Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan
para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak
berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Wallahualam.