Nuffnang Ads

Friday, May 19, 2017

LAILA KUDAP KUDAP

Assalammualaikum dan Salam Negaraku,Salam Seperjuangan...

#OpenOrder

#LailaKudapKudap
#EmpinganJagung
#Kekacang 
#IkanBilis
#DiSiraDenganCiliKering
#RM12.00/Pack
#Call#0126974617
#www.pendekarmontel.blogspot.com
#JomBeli
#Murah
#Sedap
#Ranggup

#HadiahDisetiapPackBertuah
#TempohPeraduan
#1 Mac 2017 - 1 Ogos 2017
#JanganKetinggalan
#KrupKrap

#JomSokongUsahawanKita

JAM AJU TANPA JARUM

Assalammualaikum dan Salam Negaraku, Salam Seperjuangan...


Ini mungkin kisahku....tapi agak berbeza sedikit dari riwayat hidup yang pernah dialami suatu masa dahulu. Dia adalah aku " AJU"...

Aku hidup dalam keluarga yang agak sederhana. Aku seorang abang kepada 2 orang adik perempuan. Tanggungjawab yang amat besar bagiku suatu ketika dahulu. Aku seorang yang agak optimis dan aktif dari tadika sehingga ke sekolah menengah lagi....

Jiwaku ingin menjadi seorang olahraga negara yang boleh mengharumkan nama negara. Acara balapan adalah acara yang paling aku minati. Aku pernah mewakili negeri dalam Majlis Sukan Sukan Negeri Melaka.

Mungkin anda pernah dengar jenama "Syarikat Minyak Techron". Akan bersambung...


AKU KEMBALI LAGI SEKIAN KALINYA

Assalammualaikum dan Salam Negaraku, Salam SeperjuanganKu,




Buat sekian lamanya aku menyepikan diri. Kini aku kembali lagi dengan harapan yang baharu. Lama berkelana di bumi orang, jauh sungguh tanah kelahiranku. Lamanya rasa aku meninggalkan tanah tumpah darahku. Setitis darah yang pernah mengalir ke bumi bertuah ini. Dahulunya dikenali dengan panggilan manjanya "MALACCA", kini nama itu telah menjadi sebuah sejarah silam. Nama yang mempunyai nilai estetika dan sejarah silam yang tersendiri telah tercabut dari dadanya. Oh!, apa lagi yang tinggal. 

Sebuah negeri kerdil dalam peta sejarah. Tetapi isinya penuh dengan nilai sejarah peradaban bangsa yang terkenal dengan pejuang-pejuang bangsa Melayu. Keterbilangan pahlawan bangsa Melayu yang sungguh terkenal seantero dunia. Lahir pemimpin terbilang dan orang-orang yang taat setia dengan titah sultannya.

Tidak perlu diperkenalkan lagi gerangan sang pahlawan terbilang itu. Dimulai dengan saudara yang tua, Hang Tuah, Hang Jebat saudara yang berhati waja, Hang Lekir, saudara yang tengah, Hang Kasturi, Saudara yang setia dan Hang Lekiu, saudara yang bongsu. Bersahabat dari kecil lagi, menimba ilmu sakti silat melayu dengan pendita agong. Tuan Guru Sang Adi Putra di Gunung Ledang, penuh keramat.