|
Kumpulan
saintis berpangkalan di Kanada mendapati ribut geomagnetik yang melanda
bumi akan mengganggu aplikasi pandu arah kiblat yang digunakan oleh
umat Islam seluruh dunia.
Dalam
laporan yang dikeluarkan TIMEZ5 hari ini, alat elektro-magnetik yang
digunakan akan menerima kesan daripada ribut yang melanda bumi pada 29
Oktober baru-baru ini.
“Para
saintis mendapati penganut Islam berkemungkinan menghadapi masalah
untuk menunaikan tanggungjawab sembahyang lima waktu sehari,” katanya.
Menurut
saintis berkenaan, hasil kajian itu diperolehi selepas satu ujikaji
dijalankan di dalam sebuah makmal yang dirahsiakan tersebut.
“Peralatan elektro-magnetik yang digunakan dalam kajian menghasilkan keputusan yang tidak konsisten,” katanya.
“Peralatan elektro-magnetik yang digunakan dalam kajian menghasilkan keputusan yang tidak konsisten,” katanya.
Susulan
dengan perkembangan tersebut, TIMEZ5 menasihati penganut Muslim supaya
mengingati arah kiblat yang mereka gunakan bagi memudahkan mereka untuk
mengerjakan ibadat.
Fenomena ribut itu berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal iaitu 15 juta darjah celcius.
Peningkatan
ini akan menyebabkan sebahagian besar gas matahari terbebas dan
berlegar di ruang angkasa sehingga boleh memasuki lapisan atmosfera
bumi.
TIMEZ5 adalah syarikat kesihatan pertama di dunia yang memberi tumpuan kepada gaya hidup umat Islam menerusi inovasi.
Antara produknya ialah sembahyang psikologikal dan tikar meditasi.
Kira-kira 60.4% daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia adalah umat Islam dan Islam adalah agama rasmi seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. – 3 Oktober, 2013
Kira-kira 60.4% daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia adalah umat Islam dan Islam adalah agama rasmi seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. – 3 Oktober, 2013
No comments:
Post a Comment