KUALA LUMPUR: Penduduk di Palestin khususnya di Gaza tidak akan dapat
mencapai kebebasan dan pasti terus menderita di bawah pendudukan Israel
selagi masyarakat dunia enggan memberikan tekanan kepada rejim Zionis
yang angkuh serta tidak menghormati prinsip kemanusiaan.
Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM), Datuk Adnan Mohd Tahir
berkata semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) harus
menjalankan kempen menyedarkan masyarakat bagi memperjuangkan hak
penduduk Palestin yang sekali gus sebenarnya akan menjadikan konteks
dunia lebih aman, stabil dan adil.
“Dua tahun sudah
berlalu sejak pasukan bersenjata Zionis merampas hak penduduk Gaza
dengan cara kejam dan keji. Tarikh 27 Disember 2008 mesti diingati
masyarakat dunia sebab rejim Israel tanpa perikemanusiaan menyerang
Gaza,” katanya ketika bersama aktivis Viva Palestina Malaysia menyertai
imbasan massa lakonan semula kekejaman serangan Israel terhadap Gaza di
KL Sentral, di sini.
No comments:
Post a Comment