Sebuah
pesawat jenis Kittyhawak P-40 adalah merupakan milik tentera British
Royal Air Force. Namun demikian, sewaktu pesawat ini diterbangkan,
tiba-tiba ia hilang kawalan sehingga dikatakan sebagai satu kes misteri.
Melayukini.net – Pesawat Ditemui Setelah 70 Tahun Hilang | Seperti yang kita tahu, perang dunia
merupakan satu konfik sedunia yang memakan masa hampir selama enam
tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang termasuk orang
awam dan tentera. Semasa
peperangan tercetus, terdapat sebuah pesawat perang dunia ke-2 yang
hilang selama 70 tahun dan kini ia berjaya ditemui semula. Pesawat Kittyhawak P-40 tersebut adalah milik tentera British Royal Air Force dan diterbangkan oleh Sarjan Dennis Copping. Pesawat tersebut berpengkalan di Mesir semasa kempen Afrika Utara terhadap Rommel. Pesawat yang didapati mengalami kerosakan tersebut diarahkan untuk dibawa ke pengkalan lain untuk dibaiki.
Semasa di dalam perjalanan, pesawat
tersebut didapati hilang kawalan pada Jun 1942 dan kehilangannya menjadi
misteri.Setelah 70 tahun, pesawat tersebut berjaya ditemui semula di
Gurun Sahara dalam keadaan serba lengkap seperti tidak diusik oleh
sesiapa.
Nasib juruterbang tersebut pula dikatakan
selamat semasa ianya terhempas melalui penemuan sisa-sisa payung
terjunnya dan juga radio rosak yang dikeluarkan daripada pesawat
menunjukkan beliau cuba untuk menghubungi pengkalan.
No comments:
Post a Comment