Mukjizat
Allah SWT terbukti kepada Raju iaitu seorang pembantu berasal dari Sri
Lanka yang bekerja di Arab Saudi. Penyakit epilepsi yang dihadapinya
selama 15 tahun sembuh setelah minum air zam-zam.
Setelah penyakitnya sembuh, Raju kemudian mengucapkan dua kalimath syahadah dan menukar namanya menjadi Farida.
Kejadian
bermula apabila majikannya membawa air zam-zam dari Kota Mekah. Majikan
beliau meminta Raju minum air yang dipercayai berkhasiat menyembuhkan
pelbagai penyakit dengan kadar yang banyak. Maha suci Allah, setelah dua
minggu secara rutin meminum air zam-zam, penyakit Raju hilang.
“Pembantu
ini terus meminum air zamzam selama hampir dua minggu. Lalu, doktor
memberitahu penyakit epilepsinya itu sembuh,” laporan dari sebuah akhbar
Saudi, Sharq seperti dilaporkan oleh emirates247.com Ahad lalu.
Telaga
mata air zamzam terletak di kawasan Masjidil Haram, tenggara kiblat
umat Islam seluruh dunia, Kabah. Kedalaman telaga itu kira-kira 42
meter,dan hingga kini telaga itu tidak pernah kering.
Detik Islam
No comments:
Post a Comment