Assalamualaikum & Salam Sejahtera kawan-kawan...
Info & Tips Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
--->
http://bit.ly/lulustemuduga2013Info berkenaan jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 seperti yang tertera di bawah:
1. Pengurusan
a.
Penyeliaan dan kepimpinan dalam jabatan/organisasi. Maknanya anda
terlibat membantu dalam tugasan mengurus/selia/memimpin jabatan/ anda
berkhidmat termasuk kakitangannya.
b. Menyelesai masalah dan membuat keputusan dari isu-isu yang timbul berkaitan petadbiran/ penyeliaan jabatan anda
c. Mengurus perjalanan tugas/projek/perjalanan satu-satu jabatan termasuk pengurusan kakitangan
2. Aspek Pentadbiran Pejabat
a.
Sistem Fail dan Rekod – mengurus dengan efektif sistem failing/rekod
unit/jabatan termasuk membuka fail baru, penutupan fail/rekod, pembukaan
semula, pelupusan, arkib dan sebagainya.
b. Surat menyurat – menguruskan penyediaan surat, penghantaran surat – keluar dan masuk.
c. Pengurusan mesyuarat – penganjuran mesyuarat, penyediaan minit mensyuarat.
d. Perhubungan – berkomunikasi dengan pelanggan kerajaan, termasuk rakyat.
e. Arahan Keselamatan – memastikan panduan keselamatan disediakan di setiap unit/jabatan.
f. Etika dan Protokol – menguruskan/menerangkan etika/protocol kerja kepada kakitangan.
3. Hal-Hal Kewangan
a.
Belanjawan dan perakaunan – menguruskan perbelanjaan unit/jabatan untuk
kursus, majlis, mesyuarat dan menyediakan akaun untuk kesemua
perbelanjaan.
b. Prosedur pembelian, stok, penjualan dan sewaan –
menyediakan prosedur dalam urusan pembelian, stok, jual dan sewaan
termasuk penyediaan invois.
c. Pembayaran dan penerimaan – menguruskan urusan pembayaran dan penerimaan kos untuk pembelian, jualan, sewaan dan stok.
d. Tuntutan – menguruskan tuntutan termasuk tuntutan dari pelanggan kerajaan, kakitangan berkaitan OT, Claim, gaji dll.
Ramai
yang dah berjaya LULUS dan mungkin rezeki anda lulus untuk tahun
ini..siapa tahu! Yang penting anda berusaha sehabis baik..Jadi…Dapatkan
segera panduan ini :
--->
http://bit.ly/lulustemuduga2013