Diagram menunjukkan bangunan tertinggi didunia menjelang tahun 2020 |
Dalam
satu hadis yang panjang berkenaan Iman, Islam dan Ehsan yang
disampaikan oleh malaikat Jibrail kepada Rasulullah s.a.w, dimana
didalam hadis yang penting (kerana menerangkan asas aqidah Islam) ini
juga Jibrail telah memberi tahu petanda dekat berlakunya hari kiamat.
Daripada Umar bin al-Khattab r.a. .......Lelaki
itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda:
Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada
orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku
tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah)
apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau
melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa
kedana yang hanya menjadi pengembala kambing (berbangga-bangga)
menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan. Kemudian lelaki itu berlalu,
lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar!
Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah
dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah
Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang
agama kamu. [Hadis riwayat al-lmam Muslim]
Untuk
menampakkan lagi petanda tersebut Allah telah mentakdirkan mercutanda
kiamat tersebut betul-betul berdiri dihadapan kaabah untuk peringatan
dan tatapan umat Islam bahawa saat kiamat yang telah dijanjikan oleh
Allah melalui malaikat Jibrail adalah sangat hampir dengan terbinanya
menara Abraij Al Bait (dikenali juga sebagai Fairmont Tower). Menara
tersebut merupakan ke 8 tertinggi didunia buat masa ini, tetapi ketika
masa pembinaannya ia menandakan era baru dalam perlumbaan pembinaan
pencakar langit; sehingga Council of Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH)
mengumumkan bermulanya era " Megatall".Dalam hadis di atas Jibrail
menceritakan sifat golongan yang berlumba-lumba membina bangunan
tersebut, iaitu orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing...Ada
pandangan yang mengatakan ia merupakan simbolik kepada suasana ketika
itu, bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia
mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah
mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang
daripada orang lain. Memang tepatlah bersesuaian dengan sistem ekonomi
kapitalis sekarang dimana penjanaan kewangan bagi pembangunan skala
besar mesti melibatkan pinjaman daripada pihak bank ataupun pengeluaran
bond (sukuk). Mengikut sumber penganalisa ekonomi dana pembangunan Mekah
di perolehi melalui pasaran kewangan Asia Barat yang di biayai oleh 30
buah bank kapitalis melibatkan pinjaman $9.6bn. Sebagaimana diketahui
Putera AlWaleed bin Talal salah seorang kerabat di raja pemerintah Saudi
merupakan pemilik Citibank iaitu bank riba-kapitalis terbesar didunia. http://www.thenational.ae/business/property/mecca-project-needs-fresh-investment
Menurut
lapuran CTBUH sebanyak 27 dari 88 bangunan tertinggi didunia dibina di
Timur Tengah, menunjukkan dengan jelas perlumbaan untuk bermegah-megah
dengan binaan tinggi oleh kaum badwi padang pasir ini tidak dapat
ditandingi oleh kaum lain.
Lapuran
CTBH itu menyatakan," Dalam dekad ini kita dapat menyaksikan bukan
sahaja bangunan pertama didunia melepasi aras 1km tinggi, tapi siapnya
beberapa buah bangunan yang melepasi 600m (2000 ka) - iaitu dua kali
ganda ketinggian Eiffel tower".
Kingdom
Tower yang akan dibina di Jeddah (Najd) oleh Kingdom Holding Company
(KHC) yang dimiliki oleh Putera Alwaleed bin Talal telah mengesahkan
pembinaan bangunan 1km tinggi itu dengan kos SR4.6bn.
Menurut lapuran CTBH pembinaan bangunan Megatall ini lebih merupakan iconic
bagi menunjukkan kekuatan ekonominya berbanding kawasan lain didunia
ini. Lapuran CTBH itu juga menjawab persoalan kenapakah bangunan
Supertall tidak dibina di Barat seperti kebiasaan sebelumnya?
"
Kebanyakan bandar di dunia barat telah membina bangunan pencakar langit
sejak lebih 100 tahun lalu dan telah meletakkan mereka diperingkat
antarabangsa. Tambahan lagi, bandar-bandar di Barat tidak mengalami
kepesatan seperti sedang berlaku di Asia, oleh itu kewajarannya adalah
kurang bagi pembinaan bangunan Supertall di dunia barat..."
Perkembangan
pesat pembinaan bangunan tinggi ini dicetuskan oleh berbagai faktor
motivasi dari tempatan dan global, dan ia tidak bergantung kepada hanya
satu faktor sahaja. Lapuran itu juga membentangkan fakta yang tidak
menunjukkan sebarang kaitan antara keperluan penduduk (populasi) dan
jumlah bangunan, iaitu negara timur tengah mempunyai nisbah antara
populasi-kepada-bangunan adalah terendah. Sebagai contoh, penduduk UAE
hanya 4.7 juta tetapi mempunyai 44 buah bangunan lebih 200 m tinggi,
bermakna hanya 100,000 penduduk untuk setiap 200m bangunan. Sebaliknya,
China dengan 200 bangunan pada 200 m tinggi, mempunyai kadar hampir 7
juta penduduk untuk setiap 200 m bangunan.
Menjelang
2020, kita akan dapat melihat 8 buah bangunan yang lebih dari 600 m
tinggi yang diklasifikasikan sebagai megatall akan siap dibina, dibatasi
antara Menara Jam Mekah dan bangunan melepasi awan Kingdom Tower
Jeddah!
Fenomena ini telah dimaklumkan oleh Rasulullah dalam beberapa hadis yang lain antaranya;
Tidak ada [hari] pengadilan hingga gedung-gedung yang sangat tinggi dibangunkan - [Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.]
As-sa’ah [Hari Kiamat] tidak akan tiba; hingga manusia berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi - [H.R. Bukhari]
No comments:
Post a Comment