Bahan-bahan:
100g Conchiglie (pasta bentuk siput)
2 sudu besar Minyak zaitun
1 ulas Bawang putih ( dicincang )
1/2 biji Bawang besar ( dicincang )
1–2 Daun salam
1.2–1.5 liter Air
Bahan (A):
1 biji Ubi kentang ( dipotong dadu )
1 batang Lobak merah (sederhana) ( dipotong dadu )
1 tangkai Saderi ( dihiris )
Bahan (B):
1 biji Tomato ( dibuang biji dan dicincang )
100g Kacang merah besar dalam tin ( dibilas dengan air )
3 sudu besar Tomato Puri
bahan Perencah:
½ sudu teh Oregano kering
1 sudu teh Serbuk Lada Putih
1 sudu teh Garam
1 sudu teh Perencah Pati Ayam
Cara Menyediakan:
(1) Masak pasta dan toskan.
(2) Panaskan minyak zaitun dalam kuali bertangkai, tumis bawang besar, bawang putih dan daun salam sehingga naik bau.
(3) Masukkan bahan (A) dan air. Didihkan lalu reneh selama 10 minit.
(4) Tambah masuk conchiglie, bahan (B) dan bahan perencah. Cedokkan ke dalam mangkuk individu dan hidang panas.
No comments:
Post a Comment