KUCHING -
Buaya Bujang Teruntum yang ditangkap di Sungai Teruntum berdekatan
rumah rehat Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin
Abang Barieng di sini kelmarin adalah seberat 629 kilogram (kg)
berbanding anggaran asal 300kg.
Berikutan berat
luar biasa itu, Abang Muhammad Salahuddin menukar gelaran reptilia itu
kepada Bujang Selang yang mengambil sempena nama kampung tempat buaya
itu ditangkap.
Berat buaya
tersebut disahkan oleh pegawai Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) yang
menimbang reptilia sepanjang lima meter itu setelah ia diangkat oleh
sekumpulan 15 lelaki ke atas tebing sungai semalam.
Kerja-kerja
menimbang berat buaya itu dilakukan selepas ia dikeluarkan dari sangkar
yang memerangkapnya di sungai berkenaan untuk dibawa ke Pusat
Perlindungan Hidupan Liar Matang di sini.
No comments:
Post a Comment