SELAYANG
- Seorang peniaga makanan di sini, Ruzaman Zakaria mendakwa memiliki
dua keping duit syiling perak lama yang dipercayai berusia antara 138
hingga 214 tahun.
Menurut
Ruzaman, 40, syiling berkenaan diperolehnya kira-kira 12 tahun lalu yang
diberi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika dia pulang
daripada berniaga di Rawang, Selangor.
Katanya, pada
malam itu keretanya kehabisan minyak di sekitar Taman Templer dan dia
terpaksa berjalan kaki selama 30 minit ke sebuah stesen minyak
berdekatan.
"Ketika dalam
perjalanan ke kereta setelah membeli minyak, tiba-tiba seorang lelaki
menghampiri saya dan menanyakan masalah yang saya hadapi.
"Kemudiannya,
secara tiba-tiba lelaki itu menghulurkan dua keping syiling ini kepada
saya dan selepas menerimanya saya terus berlari ke kereta sementara
lelaki tersebut juga hilang begitu sahaja," katanya ketika ditemui
Kosmo! di sini semalam.
No comments:
Post a Comment