Mersing – Pelawak dan
pelakon terkenal, Abon atau nama sebenarnya Sharizan Ahmad, 53, sanggup
meninggalkan kenderaannya yang terbabas di Kilometer 13, Jalan
Mersing-Endau di sini dan menumpang kenderaan lain untuk ke Dataran
Pulau, Mersing, semata-mata kerana enggan menghampakan peminatnya.
Dalam kejadian jam 7.20
pagi itu, Abon dikatakan dalam perjalanan ke Mersing menghadiri majlis
My Beautiful Malaysia dari Gambang, Kuantan, Pahang, sebelum kereta BMW
dipandunya terbabas.
Bagaimanapun, kejadian
itu tidak melemahkan semangat pelawak terkenal itu, sebaliknya beliau
menumpang orang ramai yang melalui jalan itu untuk meneruskan
perjalanan.
Abon ketika ditemui
berkata, dia enggan menghampakan ribuan peminat yang sedia menunggu di
Dataran Pulau, Mersing menyebabkannya nekad meninggalkan keretanya di
tempat kejadian.
“Saya baru selesai
menghadiri majlis makan malam di Gambang malam semalam (kelmarin)
sebelum bertolak ke Mersing pagi tadi (semalam) bagi memenuhi undangan
majlis ini.
“Ketika kejadian saya
memandu pada kelajuan biasa kerana hujan baru berhenti dan jalan licin.
Bagaimanapun, ketika membelok di satu selekoh kereta terbabas ke kanan
menyebabkannya melanggar tebing tanah dan terperosok dalam longkang,”
katanya.
No comments:
Post a Comment