Jumaat
24 , merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila
ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke al-Aqsa.
Saya menunaikan solat Tahyatul Masjid. Sebelum khutbah bermula, kami
mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam al-Aqsa, Syeikh
Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk Israel dengan
suara yang lantang.
Ketika
khutbah bermula, beliau menegaskan agar semua anak-anak muda Palestin
balik merujuk kepada sejarah kerana orang Yahudi telah mula mahu menipu
sejarah. Mereka mengatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah asal
mereka.
Ketika
selesai menunaikan solat Jumaat, saya dan rombongan berjalan-jalan
sekitar al-Aqsa. Saya menghampiri mimbar al-Aqsa. Ia merupakan mimbar
lama hampir berumur 1000 tahun.
Ketika
Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem ,
beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria , tempat
dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara
sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam
ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib.
Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai
simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula.
Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s)
Ketika
saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan
dahi. Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? lambing negara Israel.
Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampiri saya, memberi salam dan memegang bahu saya.
"Aku tahu apa yang engkau fikirikan" kata beliau.
'Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan "? Beliau menambah.
Saya hanya menganggukkan kepala.
Penjaga
ini menarik tangan saya, pergi ke tepi masjid. Dia kemudian menudingkan
jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan syiling al-Aqsa.
"
Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di
dinding ini pun ada," katanya sambil menunjukkan arah dinding al-Aqsa.
"Emmm, kenapa ya?" Tanya saya ingin mengetahui lanjut.
"Sebenarnya,
bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia ada sejak ribuan
tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai
lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina
tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai
menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam. "
"Orang Kan'an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. "
"Umur
mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan marmar di dinding ini
berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam
100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah
mereka penduduk asal seperti Arab Kan'an di sini ".
Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.
"Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel ." Kata saya.
Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol. Orang yang memakai lambang sesuatu kaum dia akan termasuk di dalam kaum itu.
Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.
Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu".
Israel
menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk
asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka
adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan'an adalah penduduk
asal di sini.
Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.
Apabila
sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jatidirinya.
Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di
sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna
sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.
Saya
bertemu dengan penduduk Palestin yang merasa selesa berada di bawah
Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih
selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai
passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan .
Pada
mereka, saudara di Gaza hal mereka. Sebab itu, dari Palestin sendiri,
tidak banyak bantuan yang datang ke Gaza . Orang kaya semakin kaya
dengan syarikatnya. Coca cola tidak diboikot di Palestin. Iklan
terpampang besar di sana sini.
Benarlah kata hukama':-
"Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka"
Jika
ini dibiarkan, maka generasi Palestin yang akan datang akan lebih
selesa bersama Israel dari bersama orang Arab. Semoga, iman dan ilmu
akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar buat kita di
Malaysia .
No comments:
Post a Comment