Raub:
Lelaki yang digelar Rambo Bentong, Rabidin Satir, 42, menerima
pembalasan terhadap perbuatan kejamnya apabila Mahkamah Sesyen, di sini,
semalam, menjatuhkan hukuman penjara 115 tahun dan 50 sebatan selepas
mengaku bersalah terhadap empat tuduhan rogol serta satu tuduhan
melakukan seks luar tabii.
Hakim Murtazadi
Amran dalam keputusannya berkata, perbuatan tertuduh tidak
berperikemanusiaan, apatah lagi mangsa masih muda dan di bawah umur.
“Tertuduh bukan
saja perlu meminta maaf kepada mahkamah dan polis, tetapi juga perlu
memohon kemaafan kepada mangsa dan keluarga mereka. Saya berharap
tertuduh menyesal dengan perbuatannya dan memohon keampunan daripada
Tuhan,” katanya.
Rabidin yang
berasal dari Tambunan, Sabah, ketika diberi peluang merayu berkata,
“Ketika itu (kejadian) saya berada dalam keadaan mabuk dan tidak sedar.
Saya memohon kemaafan dan minta hukuman diringankan.”
Murtazadi
menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun dan 10 sebatan terhadap setiap
pertuduhan membabitkan jenayah rogol manakala penjara 15 tahun dan 10
sebatan bagi pertuduhan melakukan seks luar tabii.
No comments:
Post a Comment