KUALA LUMPUR – Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan selepas didapati ‘berpesta seks’ bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin.
Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua
daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan
separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki
berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.
Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan pihak
pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar
menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup,
namun gagal.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak
pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis
terbabit daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu.
“Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas dan
sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan
ketidakselesaan di kalangan pelajar lain.
“Rentetan daripada aduan berkenaan, satu pemeriksaan mengejut
dilakukan pihak kolej selepas dimaklumkan terdapat empat lelaki
dipercayai kekasih kepada keempat-empat pelajar terbabit menyelinap
masuk ke asrama kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya.
Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan terdiri
daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu
membuahkan hasil apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika
bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan
No comments:
Post a Comment