GEORGE TOWN, 12 Feb (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki dipercayai
menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah
Haminah dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas,
dekat sini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Md Zin
berkata dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam, suspek yang berusia 29
tahun dipercayai menunjukkan isyarat lucah ketika kenderaan yang
dinaiki Tuanku Hajah Haminah melalui lapangan terbang berkenaan.
"Ketika
itu bapanya sedang menghantar suspek ke lapangan terbang. Difahamkan
berlaku sedikit perselisihan faham antara suspek dengan bapanya. Mungkin
suspek bengang dengan bapanya dan dia menunjukkan isyarat lucah itu.
"Kebetulan
pada masa itu, rombongan kenderaan Raja Permaisuri Agong sedang melalui
lapangan terbang dan pengawal pengiring baginda nampak tindakan
suspek...dia terus menahan suspek," katanya ketika dihubungi hari ini.
Hatta
berkata suspek ditahan reman sehingga 14 Feb ini untuk siasatan lanjut
dan kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang jika sabit
kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan.
Sementara
itu, Pertubuhan Kerabat Pusaka Merong Wangsa Malaysia cawangan Pulau
Pinang hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat
Daya dekat sini berhubung perkara itu.
Pengerusinya, Azhar Abdul
Majid berkata tindakan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri
Agong adalah satu tindakan yang biadap.
"Kami tidak berpuas hati
dengan tindakan yang langsung tidak menghormati baginda. Kami datang ke
balai polis ini untuk meminta polis menyiasat dan kemukakan perkara ini
ke muka pengadilan," katanya.
Beliau meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap suspek supaya perkara itu tidak berulang.
Pada
jam 12:50 tengah hari sewaktu rombongan DYMM Raja Permaisuri Agong
berada di Terminal Perlepasan LTAB Bayan Lepas, Leong Pei Koe telah
menunjukkan isyarat lucah kepada kenderaan yang diniaki oleh DYMM Raja
Permaisuri Agong.
ASP Mohd Fakharuddin bin Abdul Hamid yang
merupakan pengawal pengiring DYMM Raja Permaisuri Agong yang melihat
gelagat lelaki tersebut telah keluar dari kenderaan pengiring dan merapati LEONG PEI KOE.
Amaran telah diberikan kepada lelaki berbangsa Cina tersebut yang dia
boleh ditahan dan ditangkap di bawah Seksyen 294 (a) KK. Bagaimanapun,
lelaki Cina itu mencabar pihak berkuasa agar menangkapnya dan berkata,
di Pulau Pinang, polis Melayu tidak ada kuasa kerana Pulau Pinang adalah
hak milik Cina.
Apabila ASP Mohd Fakharuddin menghampiri LEONG
PEI KOE, lelaki Cina tersebut terus memberikan isyarat lucah beberapa
kali. Dengan bantuan anggota PGA, akhirnya dia ditahan dan digari bagi
siasatan dan tindakan lanjut.
No comments:
Post a Comment