Nuffnang Ads

Sunday, June 21, 2020

MELUAHKAN ISI HATIKU DI BULAN SYAWAL DAN SELAMAT HARI BAPA ABAH"

Assalamualaikum kekawan semua... Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin buat semua rakyat Malaysia. Semoga kekawan semua didalam lindungan Allah S.W.T.

Lama aku tidak menulis dalam Blog aku nie. Aku dan keluarga sihat-sihat sahaja. Tapi tidak sempat untuk menulis di Blog aku nie. Kekawan boleh subscribe, share dan like channel YouTube aku di Juaidi Vlog yer. 

Aku rindu korang semua, dan di kesempatan ini, aku nak ucapkan "Selamat Hari Bapa...buat Ayahanda aku yang duduk di Melaka. Aku diam, bukan bermakna aku tak ingat orang tua. Aku sentiasa ingat Abah di setiap doaku. Aku harap Abah sihat, sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T selalu.

Aku anak sulong, mustahil tidak ingat dan jaga Abah Gudit. Tetapi dek kerana orang luar yang hanya tahu sedikit kisah hidup aku bersama Abah dan Mak, ingin menjadi "HERO" #KONGKER semua ahli keluarga aku. Aku dah buang perangai lama aku. Kalau kau budak #KONGKER ingin cabar kesabaran aku. Aku sudi membeli. 

Abah pun tidak tegas dalam perkara ini. Mengikut sangat akan kata-kata orang luar. Mereka siapa???.. Mengapa mereka hendak mencampuri hal dalam keluarga aku???"

Dari kecil lagi, orang tidak pandang pun keluarga kita ini. Dek kerana Abah yang panas baran tu. Ada sampai yang didengar mengatakan, " jangan kawan dengan anak Gudit...tu"..bapak dia garang...". Korang adik-adik aku tidak tahu sebab korang kecik lagi dan korang perempuan tidak bercampur dengan orang kampung ketika itu. 

Sejarah akan tetap sejarah wahai adik beradiku. Korang baru senang sekarang, tapi sejarah susah payah aku dengan arwah mak, hanya aku saja yang tahu. Dari panas baran Abah, dari kena halau dengan Atuk dan Nenek...Mak Pun...Mak Nah dan sepupu aku sendiri...Jimey...

Korang jangan ingat, korang tu hebat sekarang...Tangan kanan aku nie dukung kau adik...tangan kiri aku nie pimpin kau Angah. Arwah mak kena halau malam-malam hari. Kau tahu!!!

Alhamdulillah ada hamba Allah yang sudi menumpangkan kita berteduh di rumah mereka. Tanpa Abah tahu apa sebab Arwah mak buat macam tu. Sekarang korang senang...Aku Abg Long kau sendiri tidak dihiraukan. Tidak mengapa...aku ingat semua apa yang korang adik beradik buat. Tapi ingat, orang luar sudah mengeluarkan kata-kata "AKU PUN BOLEH KONGKER RUMAH DAN FAMILY KAU"...katanyer. Kau tidak kenal aku...harus jaga setiap langkah dan kata-kata kau tu. Diam bukan bererti kalah.