4 biji telur gred B 80ml air 80ml minyak masak Campurkan tpong span mix, telur n air .. Pukul hingga kembang n betul2 gebu
Akhir skali masukkan minyak n kaup balik guna spatula .. Alas loyang n
bakar pd suhu 180°c selama 40 minit atau hingga masak ..
Di akhir perlawanan kelayakan Piala Dunia Grup F antara Portugal dan
Israel, Cristiano Ronaldo menolak bertukar jersey dengan pemain Israel.
Menurut laporan Shabestan, wartawan tv Aljazeera sempat bertanya kepada
Ronaldo, 'Anda saat ini berada di tanah Israel atau Palestin?' Bintang
dunia yang berasal dari Portugal ini menjawab, "Saya berada di bumi
Palestin."
Di akhir perlawanan, pemain Israel mendekati Ronaldo untuk bertukar jersey, namun dia tidak mengendahkan pemain Israel tersebut.
Seperti diberitakan, Portugal bertanding melawan Israel baru-baru ini di
perlawanan kelayakan Piala Dunia Grup F. Seperti diberitakan oleh
Antara, Portugal bangkit dari tertinggal 1-3 untuk menyamakan kedudukan
3-3 di masa tambahan. -ANTARA
Dalam Bulan Mac ini,SPA akan melaksanakan urusan pengambilan jawatan kosong peringkat ijazah.
Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan ini tidak perlu mendaftar semula.Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja.Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun.
Klik link di bawah ini untuk maklumat selanjutnya :
KEPERCAYAAN
PADA KESAKTIAN TANGKAL | Kepercayaan mempercayai kesaktian tangkal yang
mampu membuat seseorang kebal dan halimunan telah wujud sejak
zaman-berzaman. Namun, sejauh manakah tangkal boleh memberikan kuasa
kepada si pemakai? Atau, ia hanyalah keyakinan dan kepercayaan
semata-mata.
Ramai
yang beranggapan batu delima tertentu memiliki kuasa pendiding, menolak
kuasa jahat, menarik rezeki, dan memiliki kuasa penyembuhan. Ada juga
yang mempercayai sesetengah batu delima memiliki khadam (jin penjaga)
Fenomena Tangkal
Satu
fenomena yang amat membimbangkan di kalangan umat Islam hari ini adalah
kerapuhan aqidah yang meruncing. Ini antaranya dapat dilihat melalui
suburnya amalan-amalan khurafat, tahayyul, bid’ah dan syirik.
Di
antara contoh mudah yang dapat kita perhatikan adalah suburnya amalan
tangkal dan pelaris. Kunjungi dan singgahlah di mana-mana kedai makan
orang Melayu atau Mamak, sebahagian besar dari mereka pasti ada
menggantung sesuatu di bahagian dinding berdekatan kaunter bayaran.
Kalau
kita perhatikan baik-baik biasanya pada bahagian dinding tersebut mereka
gantung dengan sesuatu mungkin sama ada berupa bingkai (frame) berisi
kertas kuning atau kilat berwarna perak, gantungan kain hitam atau
kuning yang diikat, gambar “wali keramat”, ayat bismillah 7, lambang
khatamun nubuwwah, al-Qur’an kecil, cebisan kain kelambu ka’abah,
tulisan-tulisan jawi berbentuk formasi aneh, “ayat 1000 dinar”, atau
rajah-rajah dan simbol-simbol pelik yang hanya boleh difahami oleh
pembuat tangkal.
Kalau di
rumah-rumah pula, masih ramai yang menyimpan dan menggantungkan tulisan
ayat al-Kursi di pintu-pintu rumah, botol-botol berisi “bahan
pendinding”, keris penjaga rumah, cincin azimat, batu geliga, dan
apa-apa jua yang sewaktu dengannya. Masih ramai masyarakat Islam di
negara kita hari ini meyakini tangkal-tangkal dan azimat-azimat tersebut
mampu menarik kebaikan dan menolak mudharat.
Seiring
berleluasanya amalan khurafat ini, sebahagian media dan industri
perfileman pun turut tidak melepaskan peluang mengambil kesempatan
memainkan isu tersebut bagi tujuan mengaut keuntungan. Akhirnya apa yang
telah sedia buruk menjadi bertambah-tambah buruk. Terutamanya terhadap
pembinaan aqidah kanak-kanak dan remaja hari ini.
Tangkal Tiada Manfaatnya
Apabila
budaya khurafat dan kepercayaan tahayyul seperti ini berleluasa, selagi
itulah umat Islam akan terus dilanda kehinaan, kebodohan, kelemahan, dan
kerugian. Kerana kebergantungan mereka kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala
telah bertukar kepada tangkal dan azimat yang tidak mampu berbuat
apa-apa tersebut. Disebabkan kejahilan, wang dibelanjakan untuk membeli
syirik.
Kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
مَنْ تَعَلَّقَ شَيْئًا وُكِلَ إِلَيْهِ
“Sesiapa
yang menggantungkan sesuatu (berupa tangkal), maka segala urusannya akan
diserahkan kepadanya (kepada tangkal).” (Hadis Riwayat Ahmad, 31/78,
no. 18781. Dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth)
Sesiapa
yang menggantungkan tangkal, jiwa dan hidupnya akan mudah terganggu dan
tidak tenteram. Malah ia telah melakukan pula kesyirikan. Ini
sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
“Sesiapa
yang menggantung tamimah maka semoga Allah tidak menyempurnakan apa yang
dimilikinya, dan sesiapa yang menggantungkan wada’ah, semoga Allah
tidak membiarkannya dalam ketenangan.” (Majma’ az-Zawa’id, 5/175. Kata
al-Haitsami, “Hadis Riwayat Ahmad, Abu Ya’la, dan ath-Thabrani, para
perawinya tsiqah.”. Dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth)
Dalam riwayat yang lain:
مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً، فَقَدْ أَشْرَكَ
“Sesiapa
menggantungkan tamimah maka dia telah melakukan syirik.” (Majma’
az-Zawa’id, 5/175, no. 8399. Kata al-Haitsami para perawinya tsiqah.
Dinilai sahih oleh al-Albani)
Tamimah
adalah seperti tali (atau kalung) yang digantungkan pada tubuh sebagai
azimat atau tangkal bertujuan mendapatkan kebaikan dan mencegah
perkara-perkara berbahaya sama ada sihir, gangguan, penyakit, atau
lain-lain. Biasanya diikat pada tangan atau dikalungkan pada leher
anak-anak kecil.
Wada’ah
adalah bahan-bahan berupa cengkerang seperti kulit siput atau kerang
yang diambil dari laut kemudian dijadikan sebagai kalung bertujuan
menjaga diri dari gangguan dan bahaya.
Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah meriwayatkan dalam Tafsirnya:
دخل حذيفة على مريض، فرأى في عضده سيرًا فقطعه -أو: انتزعه -ثم قال
“Hudzaifah
pernah menjenguk seseorang yang sedang terlantar sakit. Lalu beliau
terlihat seutas tali yang dijadikan azimat pada lengan pesakit. Maka
beliau pun memotongnya (atau mencabutnya) dan berkata (menyebutkan
firman Allah, Surah Yusuf, 12: 106): “Dan sebahagian besar dari mereka
tidak beriman kepada Allah melainkan dalam keadaan mensyirikkan
Allah.”.” (Tafsir Ibnu Katsir, 4/419)
Membuang Tangkal
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah mengatakan:
“Jangan
kamu tinggalkan satu kalung pun pada leher unta melainkan ianya harus
dipotong.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/190, no. 2783)
Para
ulama menjelaskan berkaitan hadis ini bahawa apa jua bentuk tali yang
diikatkan pada leher unta (atau haiwan) yang padanya mengandungi
kepercayaan atau i’tiqad tertentu (sebagai tangkal) maka ia wajib
ditanggalkan (dihapuskan). Demikian juga pada selain itu.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Jika
engkau memohon (berdoa), mohonlah kepada Allah. Dan jika engkau meminta
pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah.” (Hadis Riwayat
at-Tirmidzi, 9/56, no. 2440. Hasan sahih)
Berkaitan dengan ini, ada satu kisah riwayat daripada Zainab isteri ‘Abdullah B. Mas’oud. Katanya:
Apabila
‘Abdullah (Ibnu Mas’oud) selesai dari suatu keperluan, beliau berhenti
pada pintu, ia berdehem dan membuang ludah kerana khuwatir menemukan
sesuatu yang tidak berkenan dari kami.
Suatu
hari beliau datang dan berdehem, beliau berkata dan ketika itu di sisiku
ada seorang nenek sedang menjampiku dari humrah (sejenis radang kulit),
lalu aku menyembunyikannya di bawah tempat tidur. Beliau pun masuk dan
duduk di sisiku, beliau melihat jahitan di leherku lalu bertanya,
“Benang apa ini?” Aku jawab, “Benang untuk menjampiku.” Lalu beliau pun
mengambil dan memotongnya sambil berkata, “Sesungguhnya keluarga
‘Abdullah tidak memerlukan syirik, aku mendengar Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesungguhnya jampi serapah, tangkal-tangkal, dan tiwalah adalah syirik.”
Zainab
berkata, “Aku katakan kepadanya, “Kenapa engkau mengatakan seperti itu
padahal mataku pernah sakit. Aku selalu datang kepada fulan, seorang
yahudi untuk menjampinya, dan sebaik ia menjampi, sakit itu pun reda.”
Beliau
(Ibnu Mas’ud) berkata, “Itu adalah perbuatan syaitan yang menggerakkan
dengan tangannya, apabila engkau dijampi dengannya, maka halanglah.
Sesungguhnya cukup bagimu dengan mengucapkan sebagaimana yang diucapkan
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
“Hilangkanlah
sakit ini wahai Tuhan seluruh manusia, sembuhkanlah, Engkau Maha
Penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan
yang tidak meninggalkan kesakitan.”.” (Hadis Riwayat Ahmad, 6/110, no.
3615. Abu Daud, 10/386, no. 3385. Dinilai sahih oleh al-Albani dan
Syu’aib al-Arnauth)
Tiwalah
adalah sesuatu yang dibuat bagi menjadikan seorang seorang lelaki
tertentu rasa jatuh cinta kepada seorang wanita, atau seorang wanita
akan tertarik kepada seorang lelaki.
Dalam
kalangan masyarakat Melayu hari ini mungkin ia lebih dikenali antaranya
sebagai minyak dagu, minyak pengasih, minyak penunduk raja, dan ilmu
pengasih asap rokok.
Termasuk
di dalam bentuk-bentuk alat penangkal lainnya yang popular dalam
kalangan masyarakat hari ini adalah seperti susuk, gelang-gelang
kesihatan, tuah batu keramat, ibu serai, khadam ayat, batu serai, ibu
duit, wafaq, kayu kokka, dan batu petir.
Adapun
jampi (atau ruqyah), maka ia terbahagi kepada beberapa keadaan. Dan
jampi (ruqyah) yang dibenarkan adalah apa yang diambil dari al-Qur’an
atau al-hadis berdasarkan tunjuk-ajar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
Sallam dan para sahabatnya. Termasuk ruqyah yang dibenarkan adalah apa
jua doa secara umum yang boleh difahami iaitu yang dimohon hanya kepada
Allah Ta’ala selagi mana tidak mengandungi lafaz-lafaz yang syirik dan
tidak disertakan dengan ritual-ritual yang bid’ah.
Setelah
kita fahami perkara ini dengan jelas, maka tinggalkanlah apa-apa jua
bentuk tangkal, azimat, jampi-serapah serta yang seumpamanya. Kerana ia
tidak memberi sebarang manfaat melainkan kesesatan dan kesudahan yang
buruk. Tiada sama sekali padanya kesaktian dan kebaikan, melainkan
kebodohan dan kerugian dunia dan akhirat.
Mungkin
ada yang beralasan bahawa ia adalah sebahagian dari bentuk-bentuk usaha
dan ikhtiar. Sedangkan bagi yang memahami perkara ini dengan baik, kita
pasti akan mengatakan bahawa usaha dan ikhtiar itu sendiri perlu
dilaksanakan dengan kaedah yang benar, dan bukan dengan jalan yang
bathil.
Kerana
setiap usaha dan ikhtiar di atas jalan kebathilan, maka ia akan tetap
bathil dan tidak dinamakan sebagai usaha. Demikianlah dengan orang yang
berusaha mendapatkan wang, tetapi mengusahakan (atau berikhtiar) dengan
jalan yang haram seperti mencuri, merompak atau berjudi, maka ia akan
tetap tidak dianggap sebagai usaha dan ikhtiar yang benar.
Bahaya Syirik
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
“Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang paling besar.” (Surah Luqman, 31: 13)
“Sesungguhnya
Allah tidak mengampuni dosa mensyirikkan-Nya, dan Allah mengampuni dosa
selain syirik bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Segsiapa yang
mensyirikkan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.”
(Surah an-Nisaa, 4: 116)
Allah
tidak menerima apa jua bentuk amal daripada pelaku syirik. Bahkan
amal-amal mereka seperti debu yang berterbangan. Di akhirat, doanya
tidak diterima, dan dia tidak dimaafkan. Ini sebagaimana firman Allah
Subhanahu wa Ta’ala (maksudnya):
“Dan kami
nilai segala amal yang mereka usahakan, lalu kami jadikan amal itu
(seperti) debu yang berterbangan.” (Surah al-Furqon, 25: 23)
Wallahu a’lam.
Tangkal berbentuk Cincin
Minyak Pengasih Yang Dipercayai Memiliki Kuasa Cinta Guna-guna
Ramai
beranggapan kayu kokka memiliki pelbagai khasiat perubatan, kuasa
penyembuhan, menarik rezeki dan sebagai tangkal pendinding
Contoh tangkal berbentuk gelang atau kalung untuk menolak keburukan dan kejahatan
Contoh lakaran wafaq dengan rajah dan tulisan aneh yang tidak difahami melainkan oleh dukun pembuat tangkal
Tangkal botol berisi ayat-ayat jampi sebagai penjaga rumah
Batu jed yang dipercayai memiliki kuasa penyembuh, penenang, membuang aura kejahatan, menaikkan seri, dan menarik rezeki
Contoh wafaq dengan pelbagai ragam formasi tulisan aneh. Biasanya dibungkus dalam kain hitam atau kuning.
Tangkal
berbentuk "angka 786" pada papan tanda salah sebuah restoran di Shah
Alam. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa bagi sebahagian orang,
terutamanya golongan India Muslim atau mamak - "angka 786" dipercayai
mampu membawa tuah dan menarik rezeki.
Tangkal
berbentuk frame kuning keemasan (seperti bingkai gambar) di bahagian
dinding atas belakang kaunter bayaran sebuah restoran mamak di Shah
Alam. Ini adalah antara bentuk-bentuk tangkal pelaris perniagaan.
TONTON VIDEO MANUSIA KEBAL YANG DIPERCAYAI MEMAKAI TANGKAL KEBAL DI BAWAH.
KISAH BUDAK PENJUAL KUIH (Terharu punye kalau bace!)
Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri
laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa
mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan
itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih
kurang 12 tahun muncul dihadapan.
"Abang nak beli kuih?"
katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang
menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang
20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan
lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu
begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di
meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak
beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"
Molek budi
bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke
premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan
kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak
nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang
yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.
Selepas membayar harga
makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya
lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu,
membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan
enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah
senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.
"Abang
dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik
abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum.
Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang
penutupnya.
Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja.
Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan
menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya
berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak
itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus
berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat
membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur.
Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula
RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua
matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya
mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah
berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit
sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah.
Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!"
katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekaligus kagum dengan
pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya
berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang."
Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya
hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan
ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak
yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang
saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi
kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu
penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman
Sungguh terharu pendekarmontel dengan kisah budak penjual kueh ini, kepada kawan-kawanku semua, tolong bantu dan dalam rezeki kita seharian ada rezeki mereka juga, ingat tu, terima kasih kepada kawan kita yang berkongsi pengalamannya dengan kita semua, semoga Allah merahmati adik dan keluarga, Amin
Lahad Datu, 21 Mac
- Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir
pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi
berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka
menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik.
Antara
benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah
tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan kebal dan
takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan
keselamatan.
Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat
pengganas yang mati ditembak memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat
al-Quran di badan.
"Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi
tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan
mortar mampu membunuh mereka," katanya.
Beliau berkata ada satu
mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai kesan peluru
namun kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka dalaman akibat
bunyi dan letupan mortar.
"Peliknya pengamal ilmu batin ini,
mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika
manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiarkan lebih dari dua
atau tiga hari," katanya.
Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera
(Kagat) Sabah Mej Anuar Mat Zin berkata Islam melarang menggunakan ilmu
kebatinan yang boleh menyekutukan Allah dalam menegakkan sesuatu
perjuangan kerana ia lari daripada landasan agama.
Beliau berkata perbuatan itu boleh merosakkan akidah sekaligus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia.
"Perbuatan memuja sesuatu ilmu seperti untuk kebal adalah salah di sisi
Islam, Islam tidak menerima perjuangan seperti itu biar apapun niat dan
matlamatnya," katanya yang turut terlibat dalam Operasi Daulat dalam
membanteras kumpulan pengganas itu.
Beliau berkata soal ajal dan maut adalah di tangan Allah dan tiada siapa atau kuasa yang dapat mengubahnya.
Pengganas yang didakwa menggunakan ilmu batin untuk kebal turut memakai
tangkal dan kad meramal hari, iaitu ilmu Kutika yang dipelajari
daripada buku Tajul Muluk dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis
Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Itu mungkin kepercayaan mereka," katanya selepas ditemui pemberita di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini semalam.
Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi pula menyifatkan amalan kebatinan
pengganas tidak melambangkan mereka seorang pejuang jihad seperti yang
cuba digembar-gemburkan pihak tertentu di negara ini.
"Menurut
Islam adalah haram bagi mana-mana pihak yang ingin mengganggu-gugat
negara yang berdaulat, iaitu pemimpinnya dipilih oleh rakyat dengan
kerelaan hati mereka.
"Tetapi ia dibenarkan jika kedaulatan
negara terancam seperti Palestin kerana ia demi mempertahankan
kedaulatan negara itu yang telah dirampas," katanya yang menyifatkan
pengorbanan pasukan keselamatan adalah satu jihad kerana mempertahankan
negara berdaulat. - BERNAMA
Batu Pahat: “Tiba-tiba kami dihujani ribuan peluru dan satu daripada
peluru itu mengenai bahu kanan saya. Ketika itu, saya hanya mampu
berserah kepada Allah sambil membalas tembakan selama 20 minit,” kata
Konstabel Mohammad Qaiyyum Aikal Zolkifli, 22, seorang daripada anggota
polis yang diserang pengganas di Lahad Datu, Sabah, dalam kejadian 1 Mac
lalu.Dalam kejadian pada jam 9.59 pagi di Kampung Tanduo, Lahad Datu
itu, dua rakannya Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan
Allahyarham Koperal Sabarudin Daud, 46, maut di tempat kejadian.
Semua anggota VAT 69 itu diserang ketika berkawal di satu pos sekitar
Kampung Tanduo selama 20 minit menyebabkan tiga anggota keselamatan
cedera, dua maut dan 12 pengganas terbunuh.Mohammad Qaiyyum berkata,
dalam pertempuran itu dia terkena tembakan di bahu kanan lalu
rebah.“Tiba-tiba kami ditembak. Musuh menggunakan senjata berat dan satu
daripada ribuan peluru itu mengenai bahu saya.“Sebaik rebah, dua rakan
saya meninggal dunia akibat ditembak pengganas berkenaan dan ketika itu,
saya hanya berserah kepada Allah kerana beranggapan kami tiada harapan
walaupun masih bersemangat dan membalas tembakan bagi menumpaskan
mereka.
“Melihat saya cedera, seorang rakan menarik saya berlindung di sebalik
pokok kelapa sawit sambil berbalas tembakan,” katanya ketika ditemui di
rumahnya di Bukit Kelicap, di sini, semalam.Mohammad Qaiyyum disambut
500 penduduk tempatan sebaik tiba di rumahnya diiringi Ahli Parlimen
Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi, Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk
Noraini Ahmad dan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din
Ahmad.Menurutnya, walaupun terselamat dalam kejadian itu, dia sedih
mengenangkan dua rakannya, Allahyarham Zulkifli dan Allahyarham
Sabarudin meninggal dunia dalam kejadian sama.“Saya bersyukur kerana
masih diberi kesempatan untuk melihat bumi Malaysia dan berharap sembuh
sepenuhnya untuk terus berjuang bagi mempertahankan tanah air.
“Tiada perkataan serik atau putus asa, selagi saya masih bernyawa dan
mampu melangkah saya akan terus berjuang,” katanya.Menurutnya, jika
diizinkan dia akan ke Lahad Datu untuk meneruskan perjuangannya.
“Selepas saya sembuh sepenuhnya, saya masih ingin ke Lahad Datu untuk berjuang bersama rakan lain.
“Mempertahankan kedaulatan negara lebih penting daripada nyawa sendiri
dan saya sanggup meneruskan perjuangan bagi menghalau penceroboh itu,”
katanya.Sementara itu, bapa Mohammad Qaiyyum, Zolkifli Mohd Sidek, 57,
bangga dengan keberanian anaknya mempertahankan tanah air.
“Saya menyokong apa saja yang dia lakukan dan bangga dengan keberanian
ditunjukkannya.“Dia anak kelima daripada tujuh beradik dan empat
abangnya turut berkhidmat sebagai anggota keselamatan negara dengan
seorang sebagai anggota polis dan tiga lagi anggota tentera,”
katanya.Zolkifli berkata, dia tidak menghalang Mohammad Qaiyyum jika
anaknya itu ingin berjuang lagi di Lahad Datu.
KOMANDO MALAYSIA CEROBOH KEM TENTERA SINGAPURA TANPA DIKESAN!
MEMALUKAN! Malu sungguh Singapura apabila Komando Malaysia menceroboh
masuk Pangkalan Udara Singapura di Bukit Batok dengan menampal Stamp
Malaysia pada misil dan menukarkan bendera Singapura kepada bendera
Malaysia di atas meja Pegawai Memerintah Pasukan itu di Singapura.
Jikalau kita merujuk di atas laporan-laporan ketenteraan dan
propaganda-propaganda yang selalu dimainkan oleh Singapura yang sentiasa
mendabik dada bahawa merekalah jaguh ketenteraan di Nusantara, mereka
sepatutnya tidak lupa bahawa Angkatan Tentera Malaysia merupakan pasukan
pertama berjaya memusnahkan ANCAMAN KOMUNIS di dunia pada era pasca
penjajah.
Tiada negara di dunia yang mampu mengatakan bahawa mereka berjaya
menghapuskan KOMUNIS kecuali tentera Malaysia! Ia belum lagi merujuk
kepada misi-misi pengaman yang disertai oleh Malaysia. Pasukan Tentera
Malaysia sememangnya sentiasa digeruni dan disegani kawan dan lawan.
Keberanian pasukan tentera Malaysia sememangnya tidak dapat dinafikan
terutamanya ketika misi menyelamat Pasukan RANGER's Amerika Syarikat di
Mogadishu suatu ketika dahulu.
Peristiwa yang meragut nyawa seorang Pasukan Tentera Malaysia dan 9
mengalami kecederaan yang berlaku pada 3 Oktober 1993 itu mendapat
perhatian dunia apabila mereka dengan beraninya bergerak kekawasan
'COMBAT ZONE' dan berjaya menyelamatkan Pasukan Renjer Amerika Syarikat.
Sebuah majalah di Amerika Syarikat melabelkan pasukan tentera MALAYSIA
sebagai "GUN SHY", mengiktiraf Pengorbanan dan keberanian Pasukan
Tentera Malaysia.
Adalah salah anggapan apabila Singapura menganggap Pasukan Tentera
Malaysia disamakan dengan Pasukan Tentera di Negara Timur Tengah yang
tidak pernah atau jarang sekali melakukan Operasi Latihan kecuali Negara
IRAN. Padahal Malaysia mempunyai kekuatan dan sejarah panjang yang
sangat cemerlang di dalam peperangan ketika menentang Komunis. Latihan
Ketenteraan juga kerap dilakukan oleh Pasukan Tentera Malaysia dengan
menggabungkan kekuatan darat, laut dan udara.
Sungguhpun askar-askar Singapura dilatih oleh Israel, hakikatnya mereka
takut Mati kerana mereka adalah 'YOUNG OFFICER' yang tiada pengalaman
peperangan. Berbeza dengan Malaysia yang sanggup berkorban nyawa dan
badan demi negara tercinta! - Berita-Saya
“Cuba
lihat apa dilakukan oleh mereka ini, lebih kejam daripada komunis!”
Nada suaranya teras menyatakan kepada kami dalam pertemuan di Felda
Residen Sahabat, semalam.
SELEPAS 10 hari membuat liputan di Lahad Datu, akhirnya kami dapat
mendekati antara individu yang paling sibuk memantau Op Daulat.
Pesuruhjaya
Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, dengan riak wajah yang sentiasa tenang
menyifatkan pengganas bersenjata selatan Filipina lebih kejam daripada
komunis yang pernah menyerang negara.
Melihat tindakan yang tidak
berperikemanusiaan dilakukan terhadap anggota dan pegawai polis semasa
operasi mengesan mereka di Kampung Simunul, Semporna 2 Mac lalu, beliau
tidak dapat menggambarkan betapa kejamnya pengganas itu.
Sungguhpun
begitu kami yakin semangat anak buahnya langsung tidak pernah pudar
untuk memastikan pengganas berkenaan gugur dari setiap inci permukaan
bumi Malaysia.
Beliau yang pernah terlibat dengan operasi
membanteras komunis di Raub, Pahang yakin pasukan keselamatan akan
menumpaskan pengganas walaupun tidak menetapkan tempoh masa tertentu. “Cuba
lihat apa dilakukan oleh mereka ini, lebih kejam daripada komunis!”
Nada suaranya teras menyatakan kepada kami dalam pertemuan di Felda
Residen Sahabat, semalam.
Difahamkan, anggota keselamatan yang maut di Kampung Simunul, Semporna 2 Mac lalu dibunuh kejam.
Mereka yang terkorban adalah Asisten Superintendan Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud di Kampung Tanduo.
Manakala
di Semporna adalah Superintendan Ibrahim Lebar, Deputi Superintendan
Micheal Padel, Sarjan Mejar Baharin Hamit, Sarjan Mejar Abd Azis
Sarikon, Sarjan Salam Togiran dan Koperal Azrul Tukiran.
Dua lagi
adalah Koperal Ahmad Hurairah Ismail di Kampung Sg Nyamuk dan Koperal
Ahmad Farhan Roslan dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu -
Cenderawasih.
Beliau berkata, gugurnya 10 wira negara dalam Op
Daulat langsung tidak mematahkan semangat anak-anak buahnya dan pasukan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Kami yakin dapat menyelesaikannya kerana kawasan pengganas telah dikepung pasukan keselamatan," katanya.
Sebelum
ini, Hamza juga menegaskan, pihak berkuasa tidak sekali-kali
mempercayai apa yang ditawarkan Azzumudie Kiram, katanya, “Sejak hari
pertama kami tidak mempercayainya.”
Sunday, 17 March 2013 TERKINI LAHAD DATU : KAD PERAKUAN TENTERA MILIK JENERAL MUSA DITEMUI 10:00am
Dua laras senapang jenis M1 Garand, enam bilah parang panjang
dan lima helai seluar dalam berwarna putih adalah antara pelbagai
barangan peribadi milik kumpulan pengganas Sulu yang ditemui sepanjang
hampir dua minggu Ops Daulat dijalankan.
Kesemua barangan itu
termasuk berpuluh-puluh pakaian celoreng pelbagai warna, but perang dan
beg sandang ditemui di beberapa lokasi persembunyian kumpulan pengganas
yang mati ditembak di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu dekat
sini.
Turut ditemui dua kad perakuan tentera milik pemerintah
pengganas Sulu di Sabah, Komander Musa yang masing-masing menggunakan
nama Habib Musa A. Abdullah dan Gen. Musa A. Abdullah.
Pada
kedua-dua kad itu tertera jawatan Musa sebagai Naib Ketua Staf Tentera
Diraja Sulu yang berpangkalan di Tawi-Tawi, Filipina.Komander Musa
disahkan mati ditembak dalam pertempuran di Tanjung Batu yang turut
mengorbankan 30 lagi pengganas lain pada 7 Mac laluSumber memaklumkan,
kesemua barang itu milik pengganas Sulu yang ditemui di dalam beg yang
ditinggalkan selepas mereka diserang oleh pasukan keselamatan Malaysia.