“Kemampuan memiliki senjata untuk
penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan. Ini kerana rifle
penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu
unit.
“Malah ada yang mencecah harga RM200,000
ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5
kilometer),” lapor laman itu lagi.
Satu lagi insiden yang perlu diberi
perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak
memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan
terumbu karang Tubbuhata.
Menjadi tanda tanya kenapa kejadian
tersebut terjadi pada 17 Januari iaitu 24 hari sebelum pendaratan
penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 2013.
Yang pasti kapal perang tersebut sengaja
belayar keluar dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal
secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu
karang di kawasan Tubbataha Reef.
Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah
beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan
menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. Tetapi bagaikan dirancang
USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti.
Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose
Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian
dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang tersebut.
Berdasarkan risikan Filipina, kapal
perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka
langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina
“The question is: Who did they inform?
The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha
Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of
the Armed Forces of the Philippines) did not know,”
USS Guardian mendakwa kapal mereka
tersangkut di kawasan terumbu tersebut, ketika itu apabila pengawal
marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan
USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina.
“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”
Menjadi tanda tanya kapal perang
tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara
tergesa-gesa. Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang
mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang.
Berdasarkan maklumat risikan dari
Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan
operasi menyelamat dan memunggah barang-barang.
Tetapi aktiviti mereka dibuat secara
rahsia. Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal
USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir
sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.
Selepas kejadian memindahkan anak kapal
selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan
Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah
mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III.
Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan
lelaki berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka
menyusup masuk ke Sabah.
No comments:
Post a Comment