Itu kata Mohamad Akmaruddin Zulkifli, 5, yang mungkin masih tidak faham apa sebenarnya berlaku di sebalik kematian ayahnya, Inspektor Zulkifli Mamat, 29. Allahyarham Zulkifli, anggota komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berpangkalan di Hulu Kinta, dekat sini, adalah antara dua anggota pasukan keselamatan negara yang terbunuh dalam operasi pengusiran penceroboh dari Sulu, Filipina di Lahad Datu, Sabah, semalam.
Seorang lagi anggota PDRM yang terbunuh dalam kejadian jam 10 pagi itu
ialah Koperal Sabarudin Daud, 46, manakala tiga lagi rakan setugas
mereka cedera. Dalam insiden itu, 12 penceroboh yang dikatakan dari
pasukan tentera Sulu dilaporkan terbunuh, namun jumlah yang cedera tidak
dimaklumkan kepada media.
Mohamad Akmaruddin, anak sulung arwah Zulkifli ditemui di rumah datuk
angkatnya, Hussain Harun, 53, di Desa Putra Indah, Bandar Sri Putra,
Bercham, dengan ditemani adiknya, Mohamad Akhil, setahun.
Ibunya, Nor Aziah Nor, 28, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih
dengan pemergian suaminya selain tidak berapa sihat berikutan alahan
kerana mengandung dua bulan.
Suasana pilu menyelubungi rumah berkenaan semalam apabila Nor Aziah
berulang kali menyebut ‘nak balik… nak balik’ (ke rumahnya) sambil
menangis sebelum dipapah dan ditenangkan Hussain dan isteri, Nor Anita
Mohamad, 49, dan beberapa rakan.
Malah, Nor Aziah yang kini menjalani latihan praktikal perguruan di
sebuah sekolah rendah di Tanjung Rambutan, dikatakan pengsan tiga kali
sepanjang tempoh berada di rumah bapa angkatnya itu.
No comments:
Post a Comment