Sedih! Disebalik Kisah Tirai Besi Banduan 650 | Tidak ramai yang tahu tentang kisah sebenar seorang banduan yang dikenali sebagai banduan 650
ini. Namun coretan perjalanan hidupnya cukup menyedihkan kerana dirinya
telah dizalimi oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Seorang yang berpendidikan tinggi dan merupakan seorang hafizah al-Quran dan sudah mempunyai anak. Namun tiba-tiba diri dan anak-anaknya hilang. KisahBest.My wanita yang dikenali sebagai Dr Aafia ini sebenarnya telah dipenjarakan malah turut diseksa dan dirogol. Ya Allah, kejamnya mereka!
Pada bulan Ramadhan 2011, si ibu menerima
panggilan telefon dari Aafia yang terpenjara di Amerika . Ibunya pun
menangis bila terkenangkan nasib cucunya harus melalui penderitaan, cucu
lelakinya masih hilang, dan anak perempuannya masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali dengan redha Allah.
Tahukah apa yang Aafia katakan kepada ibunya?
“Wahai ibu janganlah menangis, saya
gembira!” (Subhanallah, kenapa dia gembira?) “Wahai ibu, setiap malam
dalam mimpiku Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu Rasulullah SAW
mengajakku untuk menemui isterinya Aisyah ra, dan mengenalkannya kepada
isterinya dan beliau berkata pada Aisyah.. inilah puteriku Aafia..” Subhanallah. ( rujuk: tausyah.wordpress.com )
Siapakah Aafia?
Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan
dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di
dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafizah al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.
Beliau diculik bersama 3 orang anak
kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan
Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650
yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang
wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa.
Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara
besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650.
Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada
Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan
beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya
banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.
Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.
Sehingga kini tiada dakwaan tentang
kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan
dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam
tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di
Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada
bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di
perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk
keselamatan diri.
Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau
juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan
di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali
beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah.
Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela
beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan
menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau
telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan
gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan
Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder).
Sekarang tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk saudari seIslam kita ini.
Tiada apa yang mampu kita lakukan. Hanya
doakan yang terbaik buat beliau. Moga Allah menolong bukan sahaja
beliau, malahan tahanan2 Muslim dan Muslimat di penjara2 Yahudi di luar
sana. Andai beliau mati di dalam penjara dalam keadaan dianayai
sedemikian rupa, mati beliau adalah mati syahid.
“Ya Allah! Tolonglah mereka yang dizalimi. Tolonglah kami umat Islam! Aamiiin.”
No comments:
Post a Comment