Bilangan
penceroboh militan yang terbunuh dalam Operasi Daulat membuktikan
mereka sebenarnya tidak kebal, sepertimana yang diperkatakan.
"Ini
terbukti apabila pasukan keselamatan menembak mati 54 orang daripada
mereka," kata Penolong Ketua Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara
(Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohammed Yusoff pada Isnin.
Beliau
berkata, cerita mengenai kekebalan penceroboh Sulu itu menjadi
percakapan ramai apabila tersebar di laman sosial gambar mereka yang
terbunuh memakai tangkal dan kain berwarna kuning pada badan. Ramli
berkata, penggunaan tangkal itu mungkin untuk meyakinkan pengikut
kumpulan berkenaan bahawa tindakan mereka kononnya adalah jihad.
Tangkal
bertulisan Arab dipercayai ayat al-Quran dan al-Quran kecil yang
dipakai serta dibawa sepanjang masa oleh pengganas Sulu kononnya untuk
menjadi kebal, ternyata tidak berkesan apabila 54 daripada mereka mati
ditembak di dua lokasi berasingan di Lahad Datu dan Semporna sejak 1 Mac
lalu.
Tangkal
terbabit ditemui ketika pemeriksaan pada mayat pengganas oleh pasukan
keselamatan. Buku kecil bertulisan Arab dipercayai al-Quran kecil yang
diikat dengan tali dan dililit di pinggang.
The
Lion Of Sulu akhirnya tumpas dengan peluru, ternyata tangkal yang
mereka agungkan tidak mampu menangkis peluru tidak bermata..... heh!
Malah
tangkal itu difahamkan turut ditemui pada mayat seorang daripada
pengganas yang ditembak pada 6 Mac lalu di Kampung Tanduo di sini, dan
amat menyedihkan tangkal itu dipakai di celah kelangkang.
"Hakikatnya
hanya ilmu pengetahuan yang mampu memberikan kita kepandaian dalam
mempertahankan negara dan bukan ilmu tahyul yang menyempitkan akal
kita," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment