**Pihak polis telah mengesahkan penahanan penyanyi wanita 39
tahun yang terlibat di dalam kes membelasah suaminya sehingga mati
adalah Nouri Ramli.
Nouri pernah popular dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir dan turut
memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Industri Muzik
(AIM) pada tahun 1999.
Berita asal di bawah:
AMPANG – Seorang penyanyi wanita sanggup membelasah suaminya dalam
keadaan kaki dan tangan terikat hingga mati gara-gara tidak mahu mangsa
bertemu dengan anak perempuan mereka berusia setahun.
Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, suspek bersama dua anak saudaranya
bertindak sedemikian selepas berang apabila mangsa mendesak meminta
bertemu dengan anaknya meskipun tidak dibenarkan berbuat demikian.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin
berkata, pihaknya yang menerima maklumat tentang kejadian, bergegas ke
rumah itu sebelum menemui mangsa tidak sedarkan diri di dalam sebuah
bilik dengan keadaan terikat.
Menurutnya, mangsa cuba diberi bantuan kecemasan oleh anggota paramedik namun disahkan sudah meninggal dunia.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.
“Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut kerana serangan
jantung akibat pergelutan dan kekasaran. Suspek dan dua anak saudaranya
ditahan reman untuk membantu siasatan,” katanya.
Menurutnya, polis merakamkan percakapan suspek dan kes dijangka dibawa ke pendakwaan pada masa terdekat
Difahamkan, pasangan berusia 39 tahun itu tidak tinggal bersama sejak
setahun lalu dan dalam proses penceraian. Kes disiasat mengikut Seksyen
302 Kanun Keseksaan. – SinarHarian
No comments:
Post a Comment