Nuffnang Ads

Monday, February 3, 2014

FAIZAL ISMAIL DEDAH PUNCA SEBENAR LETAK JAWATAN DI HOT FM?

“SAYA letak jawatan bukan kerana tawaran lumayan daripada stesen radio lain!”

Demikian kata-kata FBI.

Menerusi sidang media, di Restaurant Marche, The Curve, Faizal yang lebih mesra dengan panggilan FBI tampil merungkai spekulasi mengenai tindakannya itu.
Pendedahan FBI :-
“Tindakan ini dibuat bukan kerana saya lebih tertarik dengan tawaran stesen radio lain atau mempunyai masalah dengan Hot FM.

“Dalam masa terdekat ini, saya tidak akan terima sebarang tawaran bekerja dengan stesen radio lain. Jadi, spekulasi mengenai peletakan jawatan saya kerana ingin beralih angin adalah tidak benar.
“Saya berhenti kerana ingin urus perniagaan sendiri. Malah, perkara ini telah saya bincang bersama isteri yang juga penasihat saya sejak dua tahun lalu,”
Tambah Faizal, selepas tarikh itu, dia masih lagi bersama radio tersebut secara sambilan menerusi segmen khas.

Dalam pada itu,FBI memberitahu, dia masih lagi bersama Hot FM sehingga 15 November ini. Selepas itu, dia akan sambung secara ‘part time’ sahaja, mungkin di segmen hujung minggu, Sabtu atau Ahad.

No comments:

Post a Comment