Nuffnang Ads

Thursday, September 27, 2012

Teman Pengganti Black ft Malique



Perdengarkan lagu dan lirik kata lagu ini. Insafi diri ini dan diri kalian semua, kerana kita hanya seketika di dunia ini. Jangan lalai atau lupa dimana kita akan pergi juga menghadap yang maha Esa. Kawan-kawanku semua bermaafanlah sebelum kita pergi buat selama-lamanya.

Setiap seni kata dan lirik itu penuh bermakna, bukan ingin menonjolkan bangsa Melayu sahaja, tapi semua bangsa dan agama serta keturunan di Malaysia ataupun di seluruh negara sekalipun, jihad anak-bangsaku.

Tersungkur sekali bukan bererti gagal selama-lamanya. Bangkitlah wahai anak bangsaku, pikul jika berat dan jinjing jika ringan, ayuh maju kehadapan. Dikala Ibu Pertiwi melambai dikau datang. Kerana ada tanda-tanda merah yang minta korban, hadapai dengan tenang, nescaya balasan yang berlipat ganda menantimu disana, jika dikau gugur di medan perjuangan.

Ayuh anak-anak Palestin, bangkit!!!, selamatkan bumi para ambia, selamatkan Masjid Al-A'sar, semoga doa kali semua beroleh kemenangan, Aku Pendekarmontel, tetap mendoakan, walaupun dari jauh, tapi Allah Maha Esa, Maha Mendengar dan Maha Melihat, Allah penuh dengan kasih sayang wahai anak-anak Palestin. Biar darah jatuh ke bumi, biar peluh selautan, tabah dengan dugaan ini, akan satu masa nanti satu rombongan pejuang-pejuang Allah akan menghancurkan kezaliman di Bumi para suhadah ini. Allah Huakhbar!!!

Aku Pendekarmontel, ingin menyeru semua sahabat seperjuanganku agar terus jihad kejalanNya. Ingat, akan Mahaguru kita berpesan kepada semua anak-anaknya, " Biar Putih Tulang " Jangan Putih Mata".... Allah Huakhbar!!!

Ikhlas dari;

Pendekarmontel.blogspot.com

Abang Long Pusaka Selendang Rimau.

No comments:

Post a Comment