Nuffnang Ads

Friday, March 20, 2015

BENDAHARA TEPOK

Bendahara Tepok


DRAMA BENDAHARA TEPOK


SINOPSIS

Drama Bendahara Tepok mengisahkan tentang semangat dan kepahlawanan Bendahara Melaka ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud iaitu zaman kejatuhan Melaka kepada Portugis. Bendahara Tepok adalah merupakan Bendahara Melaka yang terakhir yang begitu menyanyangi Melaka dan sanggup mati demi mempertahankan kedaulatan Melaka daripada pencerobohan Portugis. Walaupun umur beliau ketika itu telah menjangkau 90 tahun dan lumpuh tetapi beliau berani dan bersemangat menentang Portugis demi membela agama, bangsa dan tanah air yang dicintai.

Walaupun lumpuh beliau masih lagi bersemangat dan meminta hulubalang yang menjaganya Selamat Gajah membawanya ke Melaka dan terus bertahan untuk menentang pencerobohan Portugis di Melaka. Namun begitu, Selamat Gajah terpaksa membawa Bendahara Tepok beundur di Ulu Muar kerana ramai pahlawan dan hulubalang Melaka telah terkorban. Selain itu, Sultan Mahmud, Tun Fatimah pemaisurinya dan hulubalangnya juga terpaksa berundur kerana Portugis sangat kejam dan tidak mampu bertahan lagi. Pada mulanya Sultan Mahmud dan hulubalangnya berhajat untuk membina semula sebuah negeri baru di Pagoh kerana pagoh termasuk didalam daerah Melaka. Namun begitu, Sultan Mahmud dan Hulubalang sekalian pengikut terpaksa berundur ke Pahang kerana kedatangan tentera Portugis untuk mendapat Sultan Mahmud Syah. Namun begitu, pada mulanya Bendahara Tepok tidak mahu berundur dan terus mara menentang tentera Portugis walaupun telah mendapat perintah daripada Sultan Mahmud tetapi setelah dipujuk oleh Selamat Gagah, Hang Nadim dan anaknya Khoja Ahmad agar berundur kerana angkatan Hulubalang Melaka sudah tidak mampu lagi untuk melawan kerana banyak yang tercedera. Akhirnya Bendahara Tepok bersetuju untuk berundur dan meminta seri Nara mengangkat batu besar dan membawa batu tersebut ke lubuk sungai untuk di campakkan untuk membuat pertimbangan iaitu jika batu yang dicampaknya itu timbul mereka akan kembali semula untuk mendapatkan Melaka dan jika tenggelam mereka terpaksa bernegeri di tempat lain.

Kesudahan cerita ini, Kota Bentayan dan kota Pagoh runtuh diserang Portugis. Sultan Mahmud syah dan Pemaisurinya serta pengiring pengiringnya terpaksa berundur ke Pahang, Kampar dan akhirnya, Puteranya baginda membuka negeri di Johor. Manakala angkatan Bendahara Tepok berundur ke sebuah lubuk anak Sungai Muar. Di lubuk itu, Bendahara Tepok telah mencampakkan batu yang dibawanya dan telah ditakdirkan batu itu tenggelam. Sejak itu, tempat tersebut dinamakan Lubuk Batu. Selepas peristiwa itu, Selamat Gagah membawa Bendahara Tepok itu sangat segera. Selepas itu, jajahan itu dinamakan Segera Amat iaitu pada masa kini dikenali sebagai Segamat. Apabila Bendahara Tepok itu meninggal dunia, jenazahnya dimakam di Lubuk Batu. Oleh Sebab itu, Bendahara Tepok juga dikenali sebagai Bendahara Lubuk Batu.

PEMIKIRAN

Drama ini mengutarakan pemikiran tentang semangat perjuangan rakyat Melaka menentang Portugis yang mahu menakluki Melaka. Semangat Bendahara Tepok yang sentiasa tinggi untuk melawan musuh biarpun mempunyai fizikal yang kurang upaya menyerlahkan ketinggian semangat perjuangan rakyat Melaka dalam mempertahankan watan daripada ancaman musuh.

PERSOALAN

Persoalan ketidakadilan dan kezaliman dalam pemerintahan
Ketidakadilan dalam pemerintahan memberikan kesan yang mendalam dalam pembinaan masyarakat yang berjaya dalam sesebuah negara. Contoh: Sultan Mahmud yang membuat keputusan yang zalim hingga ramai orang besar terkorban.

Persoalan kemungkaran mampu mendatangkan masalah kepada negara
Kemungkaran seperti pecah amanah, zalim, aniaya, hasad dengki dan lain-lain mengakibatkan kemungkaran dalam masyarakat di Melaka telah menghancurkan masyakarat itu sendiri.Contoh; Sultan Mahmud begitu zalim sehingga menghukum bunuh Raja Zainal, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan keluarganya tanpa usul periksa.

Persoalan kekurangan nilai perpaduan dalam masyarakat
Perpaduan yang dibentuk dengan betul mampu membentuk masyakarat yang kuat dan kukuh. Contoh: kekurangan nilai perpaduan dalam kalangan rakyat Melaka telah mengakibatkan Portugis mampu menawan Melaka dengan mudah.

Persoalan semangat juang yang tinggi untuk menewaskan musuh.
Perjuangan dalam mempertahankan tanah air daripada ancaman pihak musuh. Contoh: ketinggian semangat juang Bendahara Tepok untuk terus berjuang mempertahankan Melaka daripada ancaman musuh harus dicontohi oleh masyarakat hari ini.

Persoalan Taat setia pada pemerintah

Seri Nara melahirkan kebimbangannya terhadap keselamatan Sultan Mahmud serta meluahkan taat setianya untuk melindungi baginda.


No comments:

Post a Comment