Nuffnang Ads

Friday, March 15, 2013

Filipina Gerakan 34 Kapal Perang


untitledd
MANILA – Tentera Laut Filipina telah membuat kenyataan hari ini bahawa pihak mereka telah menghantar 34 buah kapal perang bagi membantu orang ramai yang keluar dari Sabah dan bagi memastikan tiada pengikut Sultan Sulu, Jamalul Kiram III boleh menceroboh masuk ke Sabah.
“Pihak kami mempunyai jumlah kapal yang mampu mengawasi seluruh negara,” kata jurucakap Tentera Laut Filipina, Leftenan Komander Gregory Fabic, sambil menjamin bahawa unit mereka mampu mengesan dan menghalang sebarang aktiviti menceroboh di negara tersebut.
Pihak Tentera Laut Filipina telah memulakan sekatan dan mempergiat rondaan di kawasan perairan Tawi-Tawi, Sulu dan Basilan setelah pasukan pertahanan Malaysia mula membuat serangan balas kepada pengikut Sultan Sulu yang diketuai oleh adik beliau, Raja Muda Agbimuddin Kiram.
Semalam, Tentera Laut Filipina melaporkan bahawa 35 pengikut Sultan Sulu yang lengkap dengan senjata, telah dipintas oleh pihak mereka di kawasan perairan Tawi-Tawi.
Pengikut Sultan tersebut menggunakan dua bot.
Selain daripada operasi rondaan, pihak Tentera Laut Filipina juga berkata beberapa kapal dari kesemua 34 kapal perang yang dihantar akan digunakan sebagai sebahagian daripada misi kemanusiaan kerajaan Filipina dengan membantu orang ramai yang keluar dari Sabah.
Lebih daripada 1,000 warga Filipina yang menetap di Sabah telah pulang ke Tawi-Tawi sejak kerajaan Malaysia membuat serang balas kepada pengikut Kiram. – The Philippine Star

No comments:

Post a Comment