Assalammualaikum dan Salam
Ukhwah,
Tuan/Puan,
Aku pendekarmontel, amat sedih
dengan nasib kanak-kanak ini, yangmana tidak mendapat kasih sayang dari seorang
ayah dan ibu. "Mak…Abah…dimana wahai mak yang mengandungkan aku dan abah
yang wajib membesarkan aku dengan kedua-dua belah tangannya",
"Dapatkah aku menggenggam tangan ibu bila di Akhirat nanti dan apakah aku
dapat mendakap abah di syurga Mu Ya Allah"?, mungkin ayat ini yang
dilafazkan jauh…dari sudut hati kecilnya, tapi kita di sini dan aku
pendekarmontel tidak dengar akan rintihannya. Jom…kawan-kawanku semua berbuat
amallah dikala kita masih bernafas dan ini adalah satu amal jariah kita sebagai
bekalan di sana kelak di ketika kita dijemput olehNYA. Terima kasih
sahabat-sahabatku semua, www.pendekarmontel.blogspot.com
Sekian,
Jebat Si Pendekarmontel
Anak2 ini berusia seawal 2 tahun
hingga 7 tahun, ditempatkan di Rumah Amal Buah Hatiku, Seksyen 7 B.B.Bangi.
Mereka ini datang dari keluarga miskin, asnaf zakat, dan separuh daripadanya
adalah anak yatim piatu. Ada 26 anak2 kecil dijaga di rumah amal ini. Menurut
kata pengurus, oleh kerana kekurangan dana, hanya seekor ayam dimasak untuk
sehari bagi mengalas perut anak2 yang ramai ini untuk hidangan tengahari dan malam. Kadang-kandang mereka hanya
dihidangkan nasi dan bebola ikan.Semoga ada yang sudi menghulurkan apa jua
jenis sumbangan ke rumah amal ini supaya anak2 ini dapat menikmati makanan yg
berkhasiat untuk tumbesaran mereka. Susu, gula, beras, milo, minyak, makanan
mentah seperti ayam, daging, sayur, buah-buahan. Juga diperlukan lampin pakai
buang, ubat gigi, sabun, ubat2an dan sebagainya. Anda boleh menyalurkan bantuan
terus ke alamat:No.22, Jalan 7/3C Seksyen 7,Bandar Baru Bangi, Selangor.Atau
boleh menderma dalam bentuk wang ringgit ke akaun bank:Maybank:
5628-3461-8936Nama: Buah Hatiku Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Puan
Asiah (pengurus): 017 392-5392.Semoga sumbangan anda, walaupun sedikit, dapat
membantu mereka meneruskan hidup yang serba kekurangan ini.
No comments:
Post a Comment