Nuffnang Ads

Thursday, May 30, 2013

FUSILI BOLOGNAISE

FUSILI BOLOGNAISE.

Bahan-bahan untuk menyediakan pasta:

250g Fusili
2 liter Air
2 sudu teh Garam
3 sudu besar Minyak masak

Bahan-bahan untuk Sos Pasta:

3 sudu besar Minyak masak
100g Bawang besar ( dicincang )
4 ulas Bawang putih ( dicincang )
150g Ayam kisar
½ sudu teh Serbuk Lada Hitam
½ sudu teh Garam
4 sudu besar Tomato Puri
4 sudu besar Sos cili
200g Saderi ( dihiris )
100g Tomato ( dipotong dadu )
1 tangkai Pasli untuk hiasan
2 keping Keju Cheddar
1 sudu besar Keju Parmesan

Bahan perasa:

1 ½ sudu Garam
1 sudu besar Gula
½ sudu teh Herba oregano

Cara Menyediakan Pasta:

(1) Didihkan 2 liter air dalam periuk.

(2) Taburkan 2 sudu teh garam & 3 sudu besar minyak masak.

(3) Masukkan pasta fusili.

(4) Kacau sekata & masak pasta.

(5) Padam api sebaik sahaja masak dan tapiskan.

(6) Campur dengan 2 sudu besar minyak untuk mencegah pasta daripada melekat sesama diri.

Cara Menyediakan Sos Pasta:

(1) Perap ayam kisar dengan serbuk lada hitam & Garam.

(2) Panaskan 3 sudu besar minyak masak dalam kuali.

(3) Kacau-goreng bawang besar cincang sehingga naik bau, kemudian masukkan bawang putih cincang. Kecau sekata.

(4) Masukkan ayam yang telah diperap. Kacau supaya isi ayam dipecahkan.

(5) Campur-gaulkan puri tomato & sos cili. Tuang ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati.

(6) Tambahkan saderi, tomato dan keju cheddar. Didihkan campuran.

(7) Taburkan Garam & gula hingga cukup rasa. Kacau sekata dan didihkan.

(8) Padam api, seterusnya taburkan oregano. Gaul rata & hidang dengan pasta.

(9) Taburkan dengan keju parmesan & hiaskan hidangan dengan pasli.

No comments:

Post a Comment