Nuffnang Ads

Saturday, November 3, 2012

Al-Fatihah Buat 2 Pewira Negara

AL FATIHAH: Ketua Polis Negara dan seluruh warga PDRM mengucapkan salam takziah kepada keluarga Konst. Mohd Nor Adrizan b. Mat Desa dan Konst. Mohd Zaihasrul Reza b Mohd Zaini yang meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangi mereka ketika sedang melakukan rondaan dirempuh sebuah treler di Jalan Lahat, Simpang Pulai, Ipoh, malam semalam.

Allahyarham Konst. Mohd Zaihasrul Reza,22 meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada keseluruhan anggota badan manakala Allahyarham Mohd Nor Adrizan,22 meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Semoga keluarga Allahyarham Konst. Mohd Zaihasrul Reza dan Allahyarham Mohd Nor Adrizan tabah menghadapi dugaan daripada Allah s.w.t dan di hari Jumaat yang mulia ini, marilah bersama kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada kedua-dua Allahyarham agar roh mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman... Amin.

*Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran atau IPD Ipoh di talian 05-254 2222 bagi membantu siasatan.

Sumber: Akhbar Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment