Nuffnang Ads

Friday, November 30, 2012

Bateri Eveready dibangunkan di India



Eveready Industries India, Ltd (EIIL) yang dahulunya dikenali sebagai Union Carbide India, Limited adalah sebuah syarikat unggul di bawah naungan BM Khaitan Group.

Bateri Eveready adalah satu jenama unggul yang telah dibangunkan di India semenjak tahun 1905.
Kegiatan utama niaga EIIL adalah melibatkan proses pembuatan dan pengedaran bateri, lampu suluh dan lain-lain produk yang berasaskan mangan elektrolitik dioksida.

Selain itu, syarikat turut terlibat dalam pemprosesan teh dan memasarkannya ke peringkat pasaran luar dari India.
Kemudahan operasi kumpulan syarikat terletak di Kolkata, Chennai, dan Navi Mumbai.

EIIL adalah merupakan syarikat pengeluar bateri karbon ketiga terbesar di dunia. Syarikat berjaya menjual lebih daripada satu bilion unit bateri dalam setahun.
Sejarah penubuhan EIIL bermula pada tahun 1905 di India. Produk bateri sel kering atau alkali keluaran pertamanya berjaya dijual ke pasaran Amerika syarikat dan ke beberapa bandar utama di dalam negara tersebut.

Pada mulanya bateri tersebut digunakan sebagai bahan cas untuk lampu suluh.

Pada tahun 1939, syarikat mulai serius dalam bidang pembuatan bateri dan telah membina kilang bateri di Kolkata dan kemudiannya diikuti penubuhan kilang di Chennai pada tahun 1952 sementara kilang lampu suluh pula berjaya dibina pada tahun 1958 di Lucknow.
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Eveready_Industries

No comments:

Post a Comment