Nuffnang Ads

Wednesday, November 14, 2012

Lebih 30 Rumah Rosak Akibat Puting Beliung Di Melaka

MELAKA, 11 Nov (Bernama) -- Lebih 30 buah rumah mengalami kerosakan selepas
dilanda angin puting beliung di Kampung Telok Gong Kuala Sungai Baru di sini
hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Melaka Lokman Hakim Sulaiman berkata
pihaknya menerima panggilan pada 9.11 pagi sebelum dua jentera dari balai bomba
Masjid Tanah dan Alor Gajah dengan sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata puting beliung selama lima minit yang dipercayai datang dari
arah laut itu menyebabkan kerosakan pada bahagian bumbung kebanyakan rumah yang
terlibat.
"Siasatan awal mendapati tujuh rumah mengalami kerosakan teruk sehingga
hampir memusnahkan keseluruhan premis," katanya ketika dihubungi Bernama di
sini hari ini.
Beliau berkata bilangan mangsa yang terlibat dalam kejadian itu dianggarkan
melebihi 100 orang namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Puting beliung di Melaka, 30 rumah rosak (AP)

No comments:

Post a Comment