Nuffnang Ads

Thursday, February 7, 2013

Dua Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemilik Kelab Hiburan Diculik

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki untuk membantu siasatan dalam kejadian dipercayai penculikan seorang lelaki pemilik kelab hiburan dan keretanya dibakar.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur ACP Khairy Ahrasa berkata suspek pertama ditahan pada hari kejadian (2 Feb) di kawasan Puchong manakala seorang lagi ditahan semalam di kawasan Dang Wangi.
"Suspek pertama berusia 27 tahun ditahan sejam selepas kejadian iaitu pada 8.30 malam manakala seorang lagi berusia 30 tahun ditahan semalam.

"Kedua-dua mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan polis mendapati kejadian itu mempunyai kaitan dengan masalah perniagaan dan gangsterisme serta pinjaman wang haram.

"Sehingga hari ini, kita belum tahu nasib mangsa dan masih mengesannya.
Tetapi kita dah temui beberapa petunjuk dan yakin untuk selesaikan kes ini dalam tempoh satu atau dua minggu lagi," katanya.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan atas kesalahan melarikan orang, Seksyen 395 kanun sama kerana melakukan rompakan secara berkumpulan dan Seksyen 170 kerana menyamar sebagai pegawai polis.
Dalam kejadian Sabtu lepas, seorang ahli perniagaan dipercayai diculik empat lelaki yang menyamar sebagai polis manakala kereta BMW 5 Siri miliknya ditemui terbakar di Jalan Hulu Yam.
Ini kerana polis tidak mengeluarkan arahan untuk menahan pemilik kereta mewah itu yang juga pemilik sebuah pusat hiburan di Dang Wangi.

Siasatan awal mendapati empat lelaki berusia antara 30-an dan 40-an, ''menahan'' mangsa di lobi sebuah hotel di Petaling Jaya, pada 7.20 malam, Sabtu lalu dan kemudian dibawa ke dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra berwarna hitam.
Dipercayai selepas menahan ahli perniagaan itu, suspek kemudian melarikan kereta mangsa sebelum dibakar di Jalan Sungai Tua, Hulu Yam, Gombak. Rangka kereta itu ditemui keesokan harinya pada 7.20 malam.
Malam tu masa aku nak balik ke Putrajaya, aku terserempak dengan kereta yang sudah rentung dan di situ terdapat sebuah Land Rover yang aku pasti, pegawai Forensik sedang menyiasat kes tersebut. Jalan tersebut memang gelap dan sunyi dan pada malam yang sama aku nampak sebuah kereta waja warna merah memberhentikan keretanya di tepi jalan Hulu Yam ke Pekan, dan menyalakan lampu signal kecemasan. Cermin kereta tersebut gelap dan aku tidak dapat melihat apa yang berlaku di dalam kereta itu.

Kereta itu betul-betul berhenti tidak jauh dari kawasan empangan. Aku meneruskan perjalananku sehingga ke Putrajaya dengan seribu pertanyaan?

No comments:

Post a Comment