Nuffnang Ads

Tuesday, February 26, 2013

Fiesta Pancing 2013 di Putrajaya



Putrajaya: Fiesta Pancing BSN 2013 di Pusat Rekreasi Air, Taman Wetland, Persint 13, Putrajaya, Ahad ini, saluran terbaik bagi bank komuniti itu memperkenalkan idea baru bagi mendekati orang ramai secara meluas.

Naib Presiden Kanan/Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Bank Simpanan Nasional (BSN), Puspa Marina Omar, berkata fiesta itu diadakan dengan kerjasama akhbar BH dan Perbadanan Putrajaya (PPj).
Katanya, ia satu platform terbaik bagi BSN memulangkan kembali sokongan pemilik akaun kerana pertandingan memancing anjurannya berkesan serta terbukti dengan kehadiran ramai pengunjung.


“Bila sebut saja pertandingan memancing, Berita Harian (BH) adalah satu ikon yang terbukti penganjurannya. Malah, syarikat ini juga pelopor aktiviti luar itu dan mendapat sambutan luar jangkaan sama ada di bandar mahupun luar bandar lokasi penganjurannya.

“Jadi pemilihan BSN untuk bekerja dengan BH bertepatan. Begitu juga dengan Tasik Putrajaya sebagai lokasi pertandingan dan tapak fiesta, strategik untuk mendekatkan kami (BSN) dengan badan, agensi kerajaan serta masyarakat sekitar, ” katanya selepas majlis pelepasan ikan di Pusat Rekreasi Air, Taman Wetland, Putrajaya di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mior Kamarul Shahid Kamarul Baid; Naib Presiden Kanan/Ketua BSN, Mohd Sofi Mat Jahaya dan Pengurus Projek Khas BH, Mohd Mizal Hasbullah.

Fiesta Pancing BSN 2013 yang julung kali diadakan bank komuniti itu menawarkan hadiah wang tunai RM58,500 berserta sebuah motosikal dan bot gentian kaca kepada orang ramai sebagai hadiah utama cabutan bertuah.
Juara akan membawa pulang RM25,000 berserta barangan iringan, diikuti kedua RM10,000; ketiga RM5,000 dan keempat RM1,000. Tempat kelima hingga ke-10 RM300; ke-11 hingga ke-35 RM200; ke-36 hingga ke-45 RM150 dan ke-46 hingga ke-55 RM100.

Pertandingan bermula jam 8 pagi hingga 1 tengah hari itu dengan setiap penyertaan dikenakan bayaran RM70 termasuk diberi secara percuma Sijil Simpanan Premium BSN bernilai RM20.

Maklumat lanjut hubungi BH Joran di 1 300 22 6787 sambungan 4240 atau Zulhilmi Hat 019-314 3664 dan Mohd Hazrul Rabu 019-314 1642.

No comments:

Post a Comment