Nuffnang Ads

Friday, August 10, 2012


31 Julai, Tarikh Keramat…

Tanggal 31 Julai setiap tahun, ialah Sambutan Hari Pahlawan. Satu tarikh keramat buat jasa pahlawan-pahlawan Negara yang berjuang dan gugur di medan perang demi membela nusa dan bangsa serta tanah air yang tercinta. Bergalang peluh keringat dan darah yang tumpah ke bumi, dengan iltizam yang penuh semangat juang yang tinggi mempertahankan bumi bertuah ini.

Dengan selogan “ Gempur! Wira!” dan pantang undur sebelum ajal membuatkan semangat kita membara mengusir segala anasir-anasir jahat dan musuh-musuh Negara. Jangan biarkan musuh bertapak walau seinci pun di bumi bertuah ini. Jangan kita lalai dan alpa dengan kemerdekaan kita hari ini. Ingat kita semua mempunyai peranan yang penting untuk menjaga keamanan Negara.

Jangan kita letakkan semuanya di bahu pahlawan-pahlawan kita sahaja, kerana tanggungjawab ini, adalah di pikul bersama. “ Aku bukanlah seorang pewira, gagah menghunus senjata, namun hati rela berjuang, walau dengan cara sendiri demi cinta ini ” , bak lirik Allahyarham Dato’ seri Sudirman Hj Arshad dalam lagunya. Mendengar lirik itu saja, meremang bulu roma kita, bukan takut tapi semangat yang datang bagai ditiup sang bayu.

Beritahu mereka di luar sana, tentang pahlawan kami, demi ibu pertiwi, pahlawan kami berjuang dari dahulu sehingga kehari ini.

No comments:

Post a Comment