Nuffnang Ads

Friday, August 10, 2012



PAHLAWANKU

Meringkuklah nadi dan sendulah hati

Kerana semalam kisah sayu memamah diri

Dalam kehitaman sejarah bumi ini

Matinya pahlawan kerna bertahan di dada pertiwi

Dengan darah dan peluru

Dengan keringat yang tumpah

Pahlawan

Matimu mati melingkar sejarah

Matimu hanya mati dari jagat

Dan matimu hanya mati pada jasad

Pahlawan

Ketahuilah kami

Bahawa kematianmu Cuma di kenang dalam doa dan restu

Cuma diukir nama pada sebuah tugu

Dan semusim sekali dibawa berlagu

Tapi padalah

Biarkan tugu menjadi keramat dan jihad

Biarkan ia dikenang dengan tekad

Bahawa kami penyambung wasiat

Bisa ada warisan dalam darah dalam sejarah

Pahlawan

Kami anak-anak menggugat sejarah

Bukannya lumrah

Hanya tekad

Bahawa kami akan mengukir sejarah

Sepertimu jua

Demi ibunda yang tercinta

Ku rela rebah

Demi ibunda tercinta

Aku rela menitis darah

Pahlawan

Hari ini hari mu dalam kenangan

Kerna jasa dan bakti nan terbilang

Kami kenang dengan sendu dan sumpah hulubalang

Semadilah dikau

Dengan bunga-bunga dikalungan

Lambang kenangan

Dan itulah kurnia maha agong kami sembahkan

Kerana bintang-bintang kebesaran

Sudah tidak bererti padamu

Matilah

Matilah

Hingga harimu kemari lagi

No comments:

Post a Comment