Nuffnang Ads

Thursday, August 16, 2012

Rangka Mona Lisa Sebenar Ditemui

rangka-mona-lisa

Click Here

FLORENCE – Beberapa ahli arkeologi kelmarin menemui satu rangka manusia di bawah simen biara Sant’Orsola di sini yang dipercayai mungkin model wanita lukisan Mona Lisa yang dilukis oleh pelukis terkenal, Leonardo da Vinci.

Sebelum ini beberapa rangka tulang manusia juga telah ditemui dalam misi mencari kubur model tersebut yang dipercayai isteri seorang pedagang sutera, Francesco del Giocondo iaitu Lisa Gherardini.

Kerja-kerja untuk mencari rangka Gherardini itu diketuai seorang ahli arkeologi Itali, Silvano Vinceti di biara tersebut pada tahun lalu.
Ia dilakukan selepas dokumen terbaharu yang ditemui mengesahkan Gherardini pernah tinggal di biara tersebut selepas kematian suaminya.

Rangka-rangka manusia itu akan dikaji bagi mengetahui sama ada ia kepunyaan Gherardini.

Selepas identiti rangka manusia itu diketahui, kerja-kerja untuk membentuk semula mukanya akan dilakukan selama dua bulan.
Kebanyakan ahli sejarah bersetuju bahawa Gherardini merupakan model untuk lukisan Mona Lisa.

Lukisan itu dihasilkan antara tahun 1503 dan 1506. Ketika ini lukisan tersebut dipamerkan di Muzium Louvre, Paris.

No comments:

Post a Comment