Nuffnang Ads

Friday, August 10, 2012

Si Burung Merbah






Assalammualaikum…

Kisah Si Burung Merbah, Matimu Tanpa Nisan…

Di suatu hari yang agak tenang dan sunyi. Kesian burung nie, entah kenapa tiba-tiba saja dia mati di tingkap pejabat aku tengahari lalu. Aku amat berasa pelik akan keadaan ini kerana tiada bunyi atau benda jatuh pun kat tingkap tu. Mungkin si burung ini tidak dapat melihat tingkap cermin di bangunan ini yang kelihatan cerah dari luarnya.

Aku sempat mengambil gambar burung tu, matanya tertutup rapat, bulunya berwarna coklat. Di bahagian bawah perutnya kelihatan tompok-tompok berwarna coklat kuning Tapi kalau diamati dibahagian kepala burung tu kelihatan setompok darah yang sudah kering. Ini kerana burung tu jatuh diatas permukaan plat besi yang agak panas. Aku pasti burung nie terbang rendah dan terlanggar tingkap kaca ku.

Kenapalah si burung nie terbang rendah, aku pun tidak tahu. Mungkin sudah ajalnya. Aku sempat berkongsi cerita dengan Zura, rakan sepejabatku. Tapi dia sibuk dengan menonton cerita Korea, sehinggakan tidak tahu apa yang berlaku disekelilingnya, kelakar sungguh. Dimana si burung nie tinggal agaknya ya?. Kalau manusia boleh kita cari alamat, kalau haiwan macam si burung nie, bagaimana agaknya?

Apakah burung ini mempunyai anak atau ibu yang sedang menanti kepulangannya. Kalau kita dikaitkan dengan kisah si burung ini sebagai manusia biasa, cer renung-renungkan?. Tentu keluarga kita sedih dan risau kerana kita tidak pulang-pulang ke rumah. Begitu jugalah dengan nasib si burung ini. Kita dianugerahkan dengan akal fikiran yang waras untuk menentukan hala tuju hidup kita sendiri. Tapi, ingat jangan sesekali melupakan ibubapa kita dan dimana tempat kita berasal.

No comments:

Post a Comment