Nuffnang Ads

Thursday, December 27, 2012

Aqsa Syarif Memperingati Operation Cast Lead 27 Dec 2008

Aqsa Syarif Memperingati Operation Cast Lead: Ulangtahun yang ke-4 (27 Disember 2008)

1. Pada 27 Disember 2008, Israel melancarkan 'Operation Cast Lead', operasi ketenteraan selama 22 hari yang disifatkan antara serangan paling kejam dan ganas ke atas Gaza.

2. Lebih 1, 400 orang awam Palestin terbunuh, termasuk lebih 300 kanak-kanak dan remaja berumur bawah 18 tahun. Lebih 5,000 rakyat Palestin cedera, 3,540 rumah runtuh dan sekitar 2,870 lagi rumah rosak akibat serangan Israel ini.

18 sekolah, 268 pusat perniagaan, 324 kilang dan bengkel rosak dan serangan ke atas bekalan elektrik Gaza mengakibatkan kerosakan berjumlah lebih $10 juta. (1) 

3. Pada bulan Jun 2008, satu perjanjian gencatan senjata diadakan antara Israel dan HAMAS. Namun demikian, gencatan senjata ini berakhir pada bulan November 2008, bilamana tentera Israel menyerang Gaza dan membunuh 6 ahli HAMAS. Ini merupakan serangan pertama dalam siri-siri serangan yang akhirnya menjadi operasi besar-besaran, 'Operation Cast Lead'.

4. Selain itu, Israel juga menyekat kemasukan makanan, minyak dan ubat-ubatan ke Gaza untuk menghalang serangan balas oleh HAMAS.

5. Hakikatnya, Israel sebenarnya sudah lama merancang operasi ini. Menurut Barak Ravid, wartawan Haaretz, sebuah akhbar Israel, Menteri Pertahanan Israel ketika itu, Ehud Barak telah mengarahkan persiapan untuk 'Operation Cast Lead' sejak lebih 6 bulan sebelum itu, hatta sewaktu rundingan diadakan antara Israel dan HAMAS untuk gencatan senjata. (2)

6. Serangan ini tidak lain tidak bukan merupakan sebahagian usaha rejim Zionis untuk menghalau rakyat Palestin dari Palestin dan menggantikan Palestin dengan negara haram Israel, walaupun mereka cuba mengaburi mata dunia dengan mengatakan mereka hanya menyerang HAMAS yang kononnya merupakan organisasi pengganas.

Ur Shlonsky, seorang professor linguistik di Universiti Geneva, Switzerland menyebutkan bahawa objektif Israel adalah untuk "menyerang masyarakat awam dan memastikan kemusnahan maksima infrastruktur awam. Kehidupan seharian rakyat Palestin mesti ditekan sehingga mereka tidak lagi mampu bertahan; mereka patut dikurung, dihalang dari melaksanakan aktiviti harian, bekerja, bersekolah dan mendapatkan bantuan kesihatan dari hospital. Ini akan menggalakkan perpindahan keluar dari Palestin dan melemahkan semangat mereka untuk menentang serangan-serangan Israel yang akan datang." (3)

7. Operasi ini dijalankan selama 22 hari sehingga 3 Januari 2009, dengan pelacaran jet pejuang F-16, helikopter apache, dan 'unmanned drones' yang menyerang lebih 100 tempat di Gaza.

8. Ironinya, sama ada kebetulan ataupun tidak, serangan pertama Israel (4 November 2008) berlaku pada hari pilihanraya presiden di Amerika Syarikat... Dan ia berakhir 2 hari sebelum Barack Obama dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat secara rasmi.

9. Pada September 2009, setelah didesak masyarakat sivil antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membentangkan 'Laporan Goldstone' yang memperincikan sekurang-kurangnya 36 jenayah perang yang dilakukan oleh Israel dalam operasi tersebut, termasuk pembedilan rumah-rumah masyarakat awam seperti keluarga Samouni dan Al-Daya dan penggunaan fosforus di kawasan penempatan. 

Seorang komander Israel dilaporkan berkata pada askar-askarnya, "Saya mahukan keganasan- jika ada seorang yang mencurigakan di tingkat atas sebuah rumah, kita akan membedilnya. Jika kita ada syak mengenai mana-mana rumah, kita akan runtuhkan rumah tersebut. Kita tidak akan teragak-teragak, tidak akan berfikir panjang, biarlah kesilapan itu mengambil nyawa mereka, bukan nyawa kita." (4)

10. Namun demikian, laporan itu tidak sedikitpun mengubah pendirian kuasa-kuasa besar dunia. Israel tidak pun dihukum atas jenayah-jenayah perang yang mereka lakukan dalam operasi ini, mahupun operasi-operasi sebelumnya atau selepasnya, seperti 'Operation Pillar of Cloud' baru-baru ini.

Nyata, selagi mana kita tidak bersungguh-sungguh melawan rejim kejam ini, kekejaman Israel akan berterusan, operasi demi operasi!

Sumber:

(1) Fact Sheet: Operation Cast Lead. Institute for Middle East Understanding. 4 Januari 2012. http://imeu.net/news/article0021968.shtml

(2) Barak Ravid, "Operation "Cast Lead": Israeli Air Force strike followed months of planning", Haaretz, 28 Disember 2008. http://www.globalresearch.ca/operation-cast-lead-israeli-air-force-strike-followed-months-of-planning/11521

(3) Ghali Hassan, "The World's Largest Prison", Global Research, 2005. http://www.globalresearch.ca/gaza-the-world-s-largest-prison/829

(4) Amos Harel, "Testimonies on IDF misconduct in Gaza keep rolling in", Haaretz, 22 Mac 2009. http://www.haaretz.com/print-edition/news/testimonies-on-idf-misconduct-in-gaza-keep-rolling-in-1.272610

via @[156473134450911:274:Israa Institution]

via Israa Institution

No comments:

Post a Comment