Nuffnang Ads

Monday, December 24, 2012

Polis Tubuh Pasukan Khas Siasat Budak Dibunuh Dan Dibakar



Polis Tubuh Pasukan Khas Siasat Budak Dibunuh Dan Dibakar Polis Johor menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes seorang kanak-kanak perempuan dipercayai berusia setahun yang dibunuh cara kejam dengan perutnya terburai sebelum dibakar.
Pemangku Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Superintenden Abdul Samad Salleh ketika dihubungi (pihak TV3) memaklumkan pihaknya sedang menunggu hasil bedah siasat.
Mayat kanak-kanak perempuan yang dibungkus plastik dengan kesan terbakar itu ditemui di tepi Jalan Salleh, Taman Ungku Aziz, semalam.
Polis turut meminta orang ramai yang melihat kejadian tampil membantu siasatan.
Mereka yang kehilangan kanak-kanak juga diminta tampil membuat laporan di balai polis berdekatan.
Kanak-kanak perempuan dipercayai dibunuh sebelum dibakar secara kejam di kawasan bekas flat Bukit Chagar, Johor Bahru.
Tiada identiti ditemui pada bayi itu dan polis turut menemui kesan minyak petrol dan plastik yang dipercayai untuk membungkus bayi sebelum dibakar.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
P/S: Persoalan yang bermain di kepala…apalah dosa budak setahun sampai perlu dibunuh dan kemudian dibakar? Marilah kita berdoa pelaku yang bertangungjawab ditangkap dan dihukum gantung!

No comments:

Post a Comment