Nuffnang Ads

Saturday, December 29, 2012

Hospital Berhantu?

Perhatikan kedudukan lampu cerah digunakan oleh pekerja penyelenggara lif. Sinaran lampu di bahagian hadapan lazimnya mengakibatkan kamera mengalami masalah 'back light' untuk merakamkan subjek di tengah.  
Pembaca sendiri boleh mencuba.
Minta rakan berdiri membelakangkan cahaya atau matahari dan rakamnya gambarnya dari hadapan. Wajah rakan itu pasti kelihatan gelap.
Entahlah, barangkali 'hantu' tidak mematuhi lumrah teknik rakaman dalam kehidupan manusia biasa.
Mungkin mereka lebih arif dalam bidang photografi boleh memberikan penjelasan lebih terperinci.
Apapun, ingin saya kongsikan sedikit maklumat berhubung jin. Jin, makhluk gemarkan tempat kotor dan berbau busuk. 
Imej dimuatkan di entri ini dirakamkan berhampiran tandas di Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan oleh kru Penyingkap Fakta.
Hospital, premis darah mudah untuk ditemui sebelum dibersihkan. Contohnya di bilik pembedahan atau tempat pelupusan bahan klinikal.
Pihak pengurusan hospital selalunya tidak senang jika pusat perubatan dikendalikan oleh mereka dilabelkan berhantu.

No comments:

Post a Comment